CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2112|Reply: 3

[Dunia] Wanita cuba serang ibu pejabat polis ditembak mati

[Copy link]
Post time 2-4-2015 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Wanita yang cuba menyerang ibu pejabat polis di Istanbul ditembak mati. Foto: AFP

ISTANBUL, 2 April:

Polis Turki menembak mati seorang wanita yang bersenjatakan rifal, pistol dan bom tangan ketika cuba menyerang ibu pejabat polis di Istanbul pada Rabu.

Kejadian menggemparkan Istanbul itu berlaku sehari selepas seorang pendakwa raya dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak, Barisan-Parti Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) yang menyerbu masuk sebuah mahkamah.

Beliau dijadikan tebusan kerana mengetuai siasatan kes kematian seorang remaja lelaki semasa protes anti-kerajaan pada tahun 2013.

Mehmet Selim Kiraz, 46, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian berkenaan.


Polis mengawal keadaan di sekitar ibu pejabat polis di Istanbul. Foto: AFP

Pejabat Gabenor Istanbul dalam satu kenyataan berkata, polis mengesan seorang pemberontak wanita yang lengkap dengan senjata cuba menyerang ibu pejabat polis


Mehmet Selim Kiraz dijadikan tebusan kumpulan pemberontak, Barisan-Parti Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) Foto: AFP

“Wanita itu kemudian ditembak mati oleh polis,” katanya yang belum jelas mengenai motif serangan itu dilakukan.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, serangan itu merupakan satu provokasi untuk mewujudkan kacau-bilau menjelang pilihan raya yang bakal berlangsung pada Jun.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 12:05 PM | Show all posts
GILA GANAS BTL REMAJA ISTANBUL . . SUPER MUVIE DIA BUAT
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 12:08 PM | Show all posts
Malaysia kita jugak yg pumpang pung pang punyalah kecoh... tp tak dak pulak mcm ni....siap pi bunuh pendakwa raya lagi.... at least kita ni setakat guling atas jalan... nyala lilin saja
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 2-4-2015 12:08 PM
Malaysia kita jugak yg pumpang pung pang punyalah kecoh... tp tak dak pulak mcm ni....siap pi bunuh  ...

Melayu mana berani....

Orang Turki ni kan kelompok2 rumpun asia tengah...tamadun tinggi bangsa hebat...beza dgn Meleis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041191 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list