CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6648|Reply: 29

Samsung Malaysia Melancarkan Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge

[Copy link]
Post time 3-4-2015 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Samsung Malaysia Melancarkan Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge – Harga Bermula RM2599, Dijual 17 April
Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge. Kedua-duanya membawakan pelbagai ciri-ciri dan spesifikasi terkini, dan bakal dijual di Malaysia bermula 17 April kelak.

Samsung Galaxy S6 membawakan kemaskini pada rekaan peranti Samsung, dimana ia dilengkapi dengan bingkai berasaskan logam serta kerangka berasaskan kaca pada bahagian belakang. Skrin hadapannya digunakan menggunakan Gorilla Glass 4 yang tahan daripada calar. Samsung turut mengatakan rekaan mereka lebih 50% kukuh berbanding pelbagai peranti lain dari segi penggunaan logam dalam rekaan.

Bersama-sama pengumuman Galaxy S6, Samsung turut memperkenalkan Galaxy S6 Edge yang membawakan bahagian tepi melengkung pada kedua-dua bahagian, tetapi tidak menyeluruh seperti pada Note Edge sebelum ini.



Samsung turut mengemaskini rekaan antaramuka untuk TouchWiz pada Samsung Galaxy S6. Samsung mengatakan kini mereka memudahkan lagi antaramuka untuk pengguna, dan membuang pelbagai perkara yang tidak digunakan. Pelbagai ikon juga kini digantikan dengan teks, selain notifikasi yang lebih efektif berbanding kebiasaan. Samsung dilihat mengintegrasikan pelbagai elemen Android 5.0 Lollipop pada antaramuka ini, dan menggunakan kod warna untuk penggunaan tetingkap aplikasi – hijau untuk panggilan, ungu untuk video, dan jingga untuk buku alamat.


Samsung turut sama menyertakan sokongan tambahan pada kamera untuk membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih cantik pada pelbagai keadaan. Perkara ini turut dijayakan dengan penggunaan sokongan penstabilan imej optikal yang terbina pada peranti ini.
Pada bahagian belakang peranti, Samsung masih mengekalkan sensor nadi yang turut boleh digunakan untuk tujuan merakamkan gambar, ataupun untuk menghantar beberapa mesej pantas pada Galaxy S6 Edge.


Dari segi spesifikasi, Galaxy S6 menggunakan cip pemprosesan 64-bit berasaskan 14nm yang membawakan pengoptimasian tenaga sehingga 35% berbanding Note 4 sebelum ini. Untuk memori pula, Galaxy S6 menggunakan memori LPDDR4 yang lebih 80% banding kebiasaan, sementara untuk storan pula ia menggunakan UFS 2.0 yang beroperasi lebih pantas. Galaxy S6 menggunakan skrin bersaiz 5.1-inci dengan paparan Quad HD – membawakan 55% lebih pixel berbanding dengan Galaxy S5.

Samsung mengatakan dengan pengecasan selama 10 minit, pengguna boleh menggunakan peranti sehingga 4 jam lamanya. Selain pengecasan pantas, Samsung turut mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa-wayar pada peranti ini.



Kamera belakang yang disertakan adalah sensor 16-megapixel F1.9 OIS yang membolehkan anda merakamkan gambar dengan jelas walaupun pada keadaan malap dan gelap. Beberapa mod khusus turut disertakan pada peranti ini, dan pengguna turut boleh mengakses kamera dengan dwi-tap pada Home Button di Galaxy S6 atau Galaxy S6 Edge. Bagi mereka yang inginkan ciri-ciri profesional, mod manual turut disertakan pada Galaxy S6.

Ciri-ciri lain yang turut disertakan pada Galaxy S6 adalah termasuk sokongan S-Health, S-Voice, integrasi aplikasi Microsoft, dan juga Samsung KNOX. Tiada ruangan storan kad-SD yang disediakan, dan Samsung menggantikan ia dengan aplikasi OneDrive yang menawarkan ruangan percuma sebanyak 100GB selama dua tahun.





Samsung akan mula menjual Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge bermula 17 April, dan mereka akan memulakan pra-tempahan bermula 3 Mac – iaitu eok. Beberapa pembeli pertama akan menerima pengecas tanpa wayar bernilai RM232 secara percuma. Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan ditawarkan dalam variasi 32GB, dimana Galaxy S6 akan dijual pada harga RM2599, sementara Galaxy S6 Edge pula pada harga RM3099.

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 03:54 PM | Show all posts
dengar cite samsung dah launch s6? harganya pon leh tahan mahal.. betol ke? kalau macam mahal sgt, kena ambik pakej la macam gini.. tapi ada ke yang buat pakej blei s6 ni? ada sapa2 tau  tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 09:34 PM | Show all posts
korg ade tak tgk S6 specs. Bagui betul, terutamanya camera dia, siap dgn 4k video recording. Aq ni mmg suka dgn design baru dia ni tapi mahal la kat preorder skrg ni, Rm2,499. Student mcm aq ni tak mampu sgt la. Ade siapa yg tau mana blh dpt s6 lebih murah??
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:56 AM | Show all posts
hooyamys5 replied at 6-4-2015 09:34 PM
korg ade tak tgk S6 specs. Bagui betul, terutamanya camera dia, siap dgn 4k video recording. Aq ni m ...

Gambar sudah bg tahu semua Samsung S6 dan S6 edge punya harga.   Tapi, Celcom bg yg harga yg paling murah, S6 RM1088 dan S6 edge RM1488.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 06:09 PM | Show all posts
Harga telepon skrg betul2 mahal… nak sign package pun susah.. takut tak mampu nak bayar. Telepon masih boleh guna kenapa nak beli? tak rasa bazir duit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:27 AM | Show all posts
nasalo replied at 8-4-2015 06:09 PM
Harga telepon skrg betul2 mahal… nak sign package pun susah.. takut tak mampu nak bayar. Telepon ma ...

outdated phone cannot use 4G.. cannot watch movie fast fast
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2015 12:53 PM | Show all posts
Preoder utk Samsung S6 dgn Celcom ialah paling murah kalao nak kompare kat telco lain. Bukan saja murah tapi servis telco Celcom bagui jugak, rangkaian luas semua. Aq sudah tgk kat website, dgn RM200 deposit blh dapat S6 tu dan jugak blh menangi Galaxy Tab 3V. Cuba tgk kat link ni:

https://www.celcom.com.my/person ... e?pid=1360826467841
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 05:32 PM | Show all posts
Edited by pikochew at 10-4-2015 08:13 PM

sapa nk book bek g awai2.. takot dh abis utk book.. aku dh pg book nk bli utk buat hantaran.. peh dh ramai gila yg book s6 ni..
td member pg kat KLCC tp staf tu ckp x blh buat booking..x tau tempat lain ada lg x...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 08:03 PM | Show all posts
Saya nak beli warna Samsung s6 Blue Topaz, tp celcom ada saje!!! Limited edition ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 03:46 PM | Show all posts
Saya pun, preoder utk S6 dgn Celcom mcm best je~~~ murah + best coverage~~~
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:01 PM | Show all posts
Member kata Samsung S6 hot itemm tahun ni mcm iphone 6 dulu... katanya jugak samsung S6 akan habis jual, takkan cukup stock dia sbb terlalu byk demand skrg ni. kat hari pelancaran dia tu pon takkan ade stock yg ngam2 utk pelangan2 semua. ehh betul ke berita ni????? Malaysia byk org yg akan beli ke?? Apa yg aq tau ialah pre booking dan tutup, nampaknya sukarlah nak dpt S6 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 10:45 AM | Show all posts
Betul!!! Kawan saya yg kerja di Celcom, tak cukup stock bagi customer  krn banyak order sekarang dan mereka bg Galaxy Tab 3V yg sgt baloi. Nak order sekarang atau tunggu ? Kalau tunggu, nak beratur di celcom utk beli Samsung S6?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 04:15 PM | Show all posts
Saya rasa tiba awal lebih baik pada 17/4/15, kalau tak nanti jual habis kecewa la.  Tak sabar nak dapat telepon baru….
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:53 PM | Show all posts
S6 ni sangat hangat eh..
aq dah komfem nk beli S6 EDGE sbb aq gemar akn ia punya design la!!
tapi aq bimbang warna limited edition tu akn habis cepat la weh
warna limited edition tu cantik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 05:22 PM | Show all posts
http://www.phonearena.com/news/S ... -to-be-fake_id63754


saya pergi shopping tadi, tp tgk byk tempat jual Samsung S6! Sgt Takut jual Palsu punya Samsung S6. Dgn, byk forum tulis ada Samsung S6 palsu di byk kedai ! Kalau kamu beli Palsu Samsung S6 blh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 05:14 PM | Show all posts
goldring51 replied at 21-4-2015 05:22 PM
http://www.phonearena.com/news/Samsung-Galaxy-S6-leak-turns-out-to-be-fake_id63754

Baik ko pergi authorized Samsung retail, takut nanti kedai luar kacau warranty ke apa. Kalao masih lagi nak beli murah2 Samsung S6 tu, blh cuba tgk kat plan telco.Hari tu member ade kata Celcom plan bagus sbb blh call dan sms percuma kepada semua network kat malaysia... lagipon cuma RM1088 je! tgk kat link:

https://www.celcom.com.my/personal/devices/android/overview/samsung-galaxy-S6

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 10:32 AM | Show all posts
Klu nak aku sign up Celcom... sila baiki service line anda di Seremban area... mmg teruk.. complain pun tak dengar sekali pun.. walaupun phone murah.. tak baloi kut!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 10:39 AM | Show all posts
dexterthengll replied at 24-4-2015 10:32 AM
Klu nak aku sign up Celcom... sila baiki service line anda di Seremban area... mmg teruk.. complain  ...

Celcom I guna di bandar tak masalah.. u seremban mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 09:56 PM | Show all posts
tak sangka dua hp ni dpt sambutan gitu hangat
khabarnya ari launching dah oos!!
mana nak dptkan hp ni??
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 06:40 PM | Show all posts
Lmkeat replied at 16-9-2015 09:56 PM
tak sangka dua hp ni dpt sambutan gitu hangat
khabarnya ari launching dah oos!!
mana nak dptkan hp ...

mana tak dapat sambutan. dua2 4g. skrg zaman 4g bos. org dh tak nak pakai 3g dah. slow. hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.101287 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list