CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1610|Reply: 0

Penggantungan Gary tamat awal, denda dikurangkan

[Copy link]
Post time 3-4-2015 09:08 AM | Show all posts |Read mode


        Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang bermesyuarat hari ini, memutuskan hukuman penggantungan terhadap Gary Steven Robbat, yang dijadual tamat 16 April ini, berakhir hari ini.


    Jawatankuasa itu turut memutuskan denda berjumlah RM50,000 ke atas pemain skuad Harimau Muda A itu juga dikurangkan kepada RM20,000.
   
"Gary kini dibenarkan menyertai latihan bersama mana-mana pasukan berkuat kuasa serta merta," kata jawatankuasa itu dalam dalam satu kenyataan hari ini.
   
Selain itu, jawatankuasa itu secara sebulat suara turut memutuskan denda berjumlah RM100,000 terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikurangkan kepada RM50,000.
   
Pada 16 Jan lepas, Jawatankuasa Status FAM memutuskan pemain kebangsaan berasal dari Kulim, Kedah, didapati bersalah kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain.
   
Atas kesalahan itu, pemain itu dikenakan hukuman penggantungan selama tiga bulan kerana menandatangani dua kontrak bersama PBNJ dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Selain Gary, PBNJ juga dikenakan denda RM100,000 kerana kecuaian dalam urusan perpindahan pemain.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086671 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list