CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 0

TRW perlu waspada - Piya

[Copy link]
Post time 3-4-2015 09:12 AM | Show all posts |Read mode


        Pemain Kelantan perlu berwaspada dengan jentera serangan Terengganu apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.


    Kapten The Red Warriors (TRW) Mohd Badri Mohd Radzi berkata pasukan lawan itu memiliki barisan serangan 'luar biasa' musim ini, selain berada pada prestasi terbaik berikutan masih belum tewas di gelanggang sendiri.

"Kita sedar Terengganu ada kelebihan bermain di tempat sendiri dan mereka antara pasukan pilihan musim ini.

"Pemain perlu elak melakukan kesilapan mudah dan kita tahu mereka ada Zairo Anuar Zalani, Ismail Faruqi Asha'ri dan beberapa pemain lain yang berbahaya, jadi kita perlu berwaspada," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Badri yang lebih mesra disapa Piya, berkata pasukannya juga perlu mengawal ketat dua pemain import pasukan itu iaitu Gustavo Fabian Lopez dari Argentina dan Paulo Rangel dari Brazil.

"Kita kena waspada dengan pemain import Terengganu dan saya tahu Gustavo cukup berbahaya kerana dia mempunyai hantaran yang cukup hebat.

"Kedua-dua pemain import itu perlu dikawal dan tugas itu saya yakin dapat dilaksanakan oleh Isaac Pupo," katanya.

Mohd Badri berkata pasukannya perlu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada pertemuan tersebut.

"Kita sasar untuk menang atau seri kerana kita sedar ini ujian pertama untuk jurulatih baharu (Mohd Azraai Khor Abdullah) dan kalau menang ia satu bonus buat pasukan," katanya.

Mohd Azraai Khor dilantik sebagai jurulatih baharu Kelantan bagi menggantikan George Boateng dan beliau dibantu oleh Zahasmi Ismail serta Mohamad Sidek Shamsuddin.

Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super 2015 setakat ini, selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam lima perlawanan dan berada pada kedudukan ketujuh liga dengan tujuh mata.   


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.302825 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list