CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: aku_dia

[C] Koleksi cerpen daripada aku_dia [U]

[Copy link]
 Author| Post time 5-4-2015 08:03 AM | Show all posts
sambungan cerpen 04


***

Menyinga wajah ayah sebaik sahaja aku sampai di rumah tengah malam itu. Wajah bengis ayah ku tatap dengan takut. Air mataku dah mengalir seperti empangan pecah sejak dalam perjalanan ke sini lagi. Sepanjang perjalanan Aliff memujukku untuk bertanggungjawab dan menjelaskan perkara sebenar kepada ayah.
“Dasar anak tak kenang budi! Patutlah kau beriya-iya nak kerja dulu. Konon nak belajar cari duit! Tapi kau cari laki! Anak tak guna!” Ringan tangan ayah menyentuh pipiku. Air mataku laju mengalir. Mak hanya berdiri tanpa dapat membuat apa-apa.
“Ayah, Fatin minta maaf. Ni semua salah faham, ayah. Percayalah cakap Fatin.” Aku cuba menagih simpati ayah. Kaki ayah kupeluk erat.
Cepat-cepat ayah mengalihkan kakinya. “Sudah! Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Sebelum satu kampung tahu kau kena tangkap basah, aku nak kau menikah dengan jantan tu!” tegas ayah.
Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. Aku mengalih pandang melihat Aliff. Aku cuba meminta pertolongannya supaya ayah menarik balik arahannya.
“Pak cik,” tegur Aliff, seakan-akan faham apa yang aku fikirkan tadi.
“Saya minta maaf kerana membuat perkara tak senonoh dengan anak pak cik.” Kata-kata Aliff bagai halilintar buatku. Masakan dia mahu ayah semakin marah denganku dengan mengeluarkan kata-kata seolah-olah aku dan dia pernah berbuat sesuatu?
“Saya sayangkan Fatin, pak cik. Saya sanggup bertanggungjawab. Saya akan bersihlkan nama keluarga pak cik.”
What?! Mamat ni betul-betul gila. Betul-betul dah gila!
“Fatin, ayah tak nak dengar perkataan tak nak dari mulut kamu. Esok kamu berdua bersiap. Kita uruskan apa yang patut. Kamu dengar, Fatin?!”
Dari nada suara ayah aku dah tahu yang aku tidak boleh membantah lagi. Aku memandang Aliff dengan penuh rasa benci. Andai aku boleh undurkan masa, sudah tentu aku tidak akan menjejakkan kaki ke company itu lagi!

***

Keesokan harinya, tepat pukul 10.00 aku dah menyandang gelaran Mrs. Aliff Haikal. Aku lihat wajah Aliff sungguh bahagia. Berbeza sungguh denganku yang muram sejak semalam. Jangan-jangan lelaki ini yang rancang semua?
“Fatin,” panggil ayah. Aku menoleh melihat wajah tegang ayah yang masih tak berubah sejak semalam.
“Ya, ayah. Kenapa?”
“Ayah nak kamu ikut Aliff balik hari ni. Esok dia kerja kan?” Tersentak aku mendengar kata-kata ayah. Ikut lelaki tu balik?!
“Tapi, yah...”
“Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Hai, nak suruh ikut balik pun tak nak? Sebelum kahwin buat benda tak senonoh tak kisah pulak?” sinis sahaja suara ayah di pendengaranku. Pantas aku menunduk sebik sahaja merasakan air mata mula hendak menitis.
“Baiklah ayah,” kataku perlahan sambil menghayunkan kaki ke bilik.
Sebaik sahaja aku masuk bilik, empangan air mataku pecah. Aku sudah tak dapat menahan perasaan lagi. Aku duduk di tepi katil. Aliff yang ketika itu baru keluar dari bilik air pelik melihatku.
“Sayang? Kenapa ni?” tegurnya.
Aku mematikan diri. Malas mahu bersoal jawab dengannya. Kalau tak kerananya, pasti hidup aku tak jadi macam ni. Aliff memanjangkan tangan kanannya menyentuh bahuku. Pantas aku menepis tangannya.
Kemudian aku bangkit dan menapak keluar meninggalkan Aliff yang terpinga-pinga di bilik.
Petang itu aku dan Aliff bersiap-siap untuk pulang ke KL. Aku pergi mendapatkan mak yang masih di dalam bilik sebelum kami bertolak. Sejak aku pulang malam tadi, aku langsung tak berkesempatan untuk berbual panjang dengan mak.
“Mak?” tegurku sebaik sahaja aku masuk ke bilik mak.
Perbuatan mak mengesat air mata terkesan jua di mataku. Mak bangun dari duduk dan berjalan mendapatkan aku. Terus aku memeluk mak sebaik sahaja mak berdiri di hadapanku. Air mataku kembali tumpah.
“Fatin Najihah anak mak. Sekarang kamu dah jadi isteri orang. Jaga diri ya nak,” pesan mak. Mak mengusap-usap belakangku.
“Mak, mak percayakan Fatin tak pernah buat benda tak elok? Mak percayakan Fatin kan, mak?” soalku. Hanya maklah harapanku kini. Melihatkan mak terangguk-angguk membuatkan dadaku lapang sedikit.
“Mak percayakan anak mak. Fatin seorang je anak mak. Tak ada lain. Fatin, mak tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi yang pasti, mak yakin kamu tak pernah buat bukan-bukan. Fatin, ingat pesan mak. Dengar cakap suami. Walau macam mana pun Fatin tak suka kat dia, Fatin kena ingat, syurga Fatin kat suami Fatin. Bukan kat mak lagi,” panjang nasihat mak. Aku hanya diam mendengarkannya.
“Fatin nanti jangan lupakan mak ya.” Mak dah mengesat air matanya. Mak, maafkan Fatin sebab buat mak menangis.

***

Awal malam barulah kami sampai di rumah Aliff. Aliff tinggal bersama kedua ibu bapanya memandangkan dia anak bongsu dan hanya tinggal dia yang belum berkahwin. Aliff memakirkan kereta di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, pintu utama rumah itu dibuka dari dalam. Seorang wanita separuh abad keluar. Dia tersenyum memandangku.
Sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, perempuan itu mendapatkan ku. Aliff mengambil tugas untuk mengeluarkan barang-barangku. Banyak juga sebenarnya sebab aku bawa sekali barang untuk naik sem minggu depan.
“Ini Fatin ya?” soalnya.
Aku cuba mengukir senyuman buatnya. “Saya, mak cik.” Kami bersalaman.
“Eh, apa mak cik-mak cik. Panggil ibu,” katanya. Aku terdiam. Oh, mak Aliff! “Fatin ni manis orangnya. Patutlah Aliff tak tidur malam dibuatnya.”
Aku menjadi malu dengan kata-kata dari ibu Aliff. Tak lama kemudian, keluar seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ibu. Aku dapat merasakan yang lelaki ini ayah Aliff.
“Menantu abah?” tegur lelaki itu. Aku sudah tak tahu nak tayang muka macam mana. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian aku menyalami tangan abah.
“Memang lawa menantu kita. Aliff mana?” soal abah.
“Aliff kat sini. Angkat barang Fatin sekejap. Ibu, abah masuklah dulu. Berbual kat dalam lagi selesa. Sayang, abang angkat barang-barang dulu ya?”
Aku malu sendiri apabila Aliff membahasakan diri abang dan memanggilku sayang di hadapan kedua orang tuanya. Lelaki ni, mulut manis sungguh!
Aku turut membantu Aliff mengangkat barang. Sebuah kotak sebderhana besar berisi buku-buku, aku angkat. Baru sahaja aku mesuk ke ruang tamu, aku terdengar suara abah berbual dengan ibu dari arah dapur.
“Hai... kenapalah Alif ambil tindakan terburu-buru tanpa berbincang. Bukannya kita tak boleh pergi jumpa keluarga budak tu, cakap elok-elok nak meminang. Ini dah jadi macam ni baru menyesal tak sudah buat taktik kotor macam tu.” Bebel abah panjang.
Aku yang sedang berjalan tiba-tiba berhenti. Taktik kotor? Ya Allah. Sebab taktik inilah ayah dah tak percayakan aku lagi. Air mataku kemali bergenang.
“Aduh, yang awak nak siku-siku saya ni kenapa?” sekali lagi suara abah kedengaran.
“Yang awak cakap kuat-kuat ni kenapa? Dengar si Fatin tu lain jadinya. Aliff dah minta maaf, kan? Biasalah manusia kalau terlajak perbuatan tu” marah ibu. Aku masih boleh tangkap kata-kata ibu meskipun jarak sedikit jauh.
“Hah! Itulah awak. Saya bebelkan anak, awak menangkan dia. Sampai ambil tindakan bukan-bukan. Macam tak ada adab! Mujur dia tak rogol budak tu. Ingat semudah itu nak mengawal nafsu?”
Ibu hanya diam. Terima kasih abah! Kalau tak mesti sampai sekarang aku tak tahu.

***

Malam itu buat kali pertama aku tidur sebilik dengan lelaki ajnabi. Berdebar tak usah cakaplah. Tapi, rasa marahku melebihi rasa berdebar ini. Aku baring di atas katil milik Aliff sebaik sahaja usai solat Isyak. Penat. Mentally and physically. Makan malan tadi pun aku lebih banyak diam daripada bercakap. Dan aku hanya akan buka mulut bila hendak menyuap nasi dan menjawab soalan je.
Tak lama kemudian aku terdengar pintu bilik dikuak. Aliff mungkin. Aku tidak memberikan apa-apa reaksi. Aliff terus masuk ke bilik air. Kemudian dia menunaikan solat. Usai solat, Aliff melangkah ke katil. Dadaku kembali berdebar.
“Sayang? Dah tidur?” soal Aliff perlahan. Mungkin mengelakkan aku terjaga jika aku sudah tidur. Bingkas aku bangkit dari pembaringan dan duduk di birai katil. Membuang pandang ke luar melalui celah langsir tingkap.
“Saya ada perkara nak bincang,” kataku tegas. Aliff mengambil tempat di sebelahku. Bahu kami bersentuh. Dadaku kembali berdegup kencang. Aduh! Macam mana ni?
“Apa, sayang?” soalnya lembut.
“Awak yang rancang semua ni kan? Kenapa? Apa dosa saya kat awak Aliff?” Aliff terpaku mendengar kata-kataku. Wajahnya berubah riak.
“Mana sayang tahu?” soalnya. Mungkin dia fikir tak patut untuknya berahsia lagi.
Aku memandangnya. “It’s not the answer for my question, Aliff Haikal!” nadaku meninggi.
Wajah Aliff sedikit tegang memamdangku. Tak suka aku meninggi suara barangkali. Kemudian pandangannya kembali redup. “Fatin, awak percaya pada cinta pandang pertama?”
Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Soalan aku dia tak jawab, aku pula yang diberikan soalan.
“Abang jatuh cinta dengan Fatin sejak kali pertama abang jumpa Fatin. Abang boleh nampak yang Fatin ni seorang gadis kampung yang pandai jaga diri. Tapi abang geram bila abang cuba dekati Fatin, Fatin sering melarikan diri,” ujarnya panjang berjela. Riak wajahku sedikit pun tidak berubah mendengarkan kata-katanya. Apa? Dia ingat dia boleh beli jiwa aku dengan bercakap macam tu?
“Bila sampai hari terakhir Fatin bekerja, abang terpaksa buat macam tu. Abang tak nak kehilangan Fatin. So, langkah terbaik untuk dapatkan Fatin dengan cara macam tu. Abang akui, memang abang dah rancang daripada awal.”

Darahku kembali menggelegak. Aliff membuka mulut untuk meneruskan kata. Pantas aku mengangkat tangan. Menyuruhnya berhenti.
“Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut awak. Cuma, saya nak mintak tolong kat awak. Tolong terangkan perkara sebenar dekat ayah saya. Kemudian, tolong lepaskan saya. Saya tak nak jadi isteri awak,” kataku tegas.
Aliff sedikit terkejut dengan permintaanku. Aku tak kisah dengan hubungan kami. Aku lebih sayangkan ayahku. Apa yang pasti esok pagi sebelum subuh aku akan tinggalkan rumah ini!

***

Final sem dah dua bulan berlalu. Maknanya lagi beberapa bulan sahaja lagi aku bakal menamatkan pembelajaranku di sini. Selama 2 bulan ini hidupku tiada gangguan daripada Aliff. Tapi ada masanya, rindu juga untuk melihatnya. Hubungan aku dengan ayah masih lagi dingin. Sering mengelak bila aku nak bercakap dengannya di telefon.
Ah, Aliff mesti tak cerita perkara sebenar kepada ayah. Rasa marahku padanya kembali meluap-luap. Namun aku sedar, rasa rinduku padanya melebihi rasa marah ini. Aku sering ternanti-nanti panggilan daripadanya. Namun sia-sia sahaja penantianku selama 2 bulan ini.
Deringan handset di atas meja mematikan khayalanku. Nombor yang terpapar di skrin tidak pernah kukenali. Aku menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Fatin ya?” suara seorang wanita mencecah gegendang telingaku.
“Wa’alaikumussalam. Ya, saya. Siapa ni?” soalku sopan.
“Ini ibu, Fatin. Fatin dah tak ingat ke?” Ibu? Ibu Aliff Haikal? Masakan aku boleh lupa!
“Oh, ibu. Ada apa ibu?” dadaku sedikit berdebar. Janganlah berita buruk tentang Aliff. Doaku dalam hati.
“Saja ja. Ibu rindu pada Fatin. Bila tanya Aliff tentang Fatin, dia diam je. Kamu bergaduh ke? Kenapa kamu balik U tak beritahu kami?” soalan demi soalan keluar dari mulut ibu. Aku menjadi serba salah. Malam aku meminta penjelasan Aliff, aku sudah menelefon teksi untuk mengambilku pukul 4.00 pagi. Seminggu sebelum semester bermula aku sudah berada di Johor Bahru. Terpaksalah aku menginap di rumah Anis sementara menunggu U dibuka.
“Err, taklah bu. Kami ok je. Aliff tengah buat apa tu?” berkobar-kobar semangatku untuk mendengar khabar Aliff.
“Aliff kerja. Semenjak Fatin pergi, dia asyik dengan kerja je. Diri sendiri pun dah tak terurus,” adu ibu. Aku terdiam. Kenapa Aliff jadi macam tu? Ah, aku tak akan menunjukkan yang aku begitu mengambil berat tentangnya selagi hubungan aku dan ayah tak pulih!
“Oh, macam tu. Okaylah ibu. Fatin ada kerja sedikit nak buat. Lain kali kalau ada masa Fatin telefon. Ini telefon rumah ya, bu?”
“Ya. Jangan lupakan ibu dan abah. Telefonlah selalu. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Talian mati. Huh, tak mungkin aku akan call rumah itu. Buatnya Aliff yang angkat?

***

Perjalanan dari Johor Bahru ke Temerloh terasa lama. Aku sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kedua ibu bapaku. Terasa rindu sungguh! Terasa sekejap 4 tahun aku belajar meskipun dalam masa 4 tahun itu, pelbagai perkara telah berlaku dalam hidupku. Kebanyakan barang-barangku aku tumpang di rumah Anis. Mungkin 2-3 hari lagi aku akan ke sana untuk mengambilnya setelah hubungan aku dan ayah baik semula.
“Assalamualaikum. Mak, ayah! Fatin dah balik ni!” jeritku dari luar rumah. Terasa tanah yang dipijak tak cukup untuk aku melangkah.
“Waalaikumussalam,” jawab satu suara di balik pintu. Macam suara ayah. Ayah, Fatin rindu! Terus aku meletakkan beg dan meluru memeluk tubuh di balik pintu itu.
“Sayang, abang tak sangka yang sayang rindukan abang macam ni sekali.” Tangan lelaki itu kejap memeluk tubuhku. Aku mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu. Aliff Haikal? Iya ke? Kenapa nampak lain? Dengan adanya jambang di wajahnya, aku hampir tidak mengenali lelaki itu.
Pantas aku menolak tubuh Aliff. Dadaku dah berdebar semacam. Lelaki ini terlalu hampir denganku. Bukan terlalu hampir, malah tubuhku dan tubuhnya dah bersatu sebentar tadi!
“Apa ni? Awak buat apa kat sini?” nada suaraku meninggi.
Aliff menarik tanganku. Menyuruhku duduk di atas sofa. “Awak yang meluru peluk saya. Bukannya saya yang tarik peluk awak.” Dia sengih mengusik.
Wajahku sedikit panas. Sedar kealpaan ku. “Awak buat apa kat sini? Tak malu ke datang rumah orang?” soalku sedikit lembut daripada tadi.
“Ada banyak perkara yang abang nak selesaikan.” Jawabnya. Aku menantikan kata-kata yang seterusnya. Namun, Aliff hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian, mak dan ayah keluar ke ruang tamu. Aku bingkas mendapatkan mereka berdua.
“Mak,” panggilku.
Belum sempat mak membuka mulut, aku dah peluk mak terlebih dahulu. Terasa rinduku sedikit terlerai. Kemudian aku mendapatkan ayah. Terasa sedikit gementar menantikan reaksinya. Baru aku hendak membuka mulut, ayah dah menarikku ke pelukannya. Air mataku laju menitis.
“Ayah, Fatin minta maaf sebab hancurkan hati ayah,” kataku di selangi esakan. Ayah mengusap belakangku lembut. Aku rindukan belaiannya.
“Dah, jangan menangis. Buruk dah besar-besar ni menangis,” usik ayah. Walhal matanya turut bertakung air.
“Aliff dah ceritakan semua kat ayah. Ayah minta maaf Fatin sebab tak percayakan kamu,” ujar ayah. Aku telah mendapatkan kepercayaan ayah kembali. Aku memeluk ayah erat. Tak mahu ayah ‘memboikot’ aku lagi.

“Fatin.” Aku melepaskan pelukanku dan beralih memandang Aliff.
“Thanks sebab tolong saya. Saya harap permintaan kedua saya awak boleh tunaikan sekarang,” ujarku tidak berperasaan.
Aliff menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidak. Abang tak akan lepaskan sayang. You’re my wife forever and ever. Remember that. Cuma...” Aliff mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. “Abang nak lamar sayang kembali. Melamar dengan cara yang sebetulnya. Mengambil Fatin sebagai isteri abang dengan cara yang betul.”
Aku mendiamkan diri. Berfikir.
“Fatin? Abang nakkan jawapan Fatin.” Aliff memandangku penuh harap.
“Kita dah bercerai ke? 3 bulan kan awak nak beri apa-apa nafkah?” soalku.
“Belum. Kita tak pernah bercerai. Tiap-tiap bulan abang masukkan duit dalam akaun saying. Abang cakap dengan ayah, abang akan bertanggungjawab sepenuhnya.” Penjelasan daripada Aliff melegakanku. “Macam mana?”
Aku berjalan merapati Aliff. Tubuhnya kupeluk erat. Terlepas sudah rasa marah dan rindu selama ini. “I’m all yours, dear. Forever and ever.”
“Kalau macam tu, jadilah plan kita hujung bulan ni?” soal ayah tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Plan apa pula ni?
Aliff mengangguk dengan sebuah senyuman. Wajahnya lebih berseri daripada tadi walaupun jambangnya masih belum dikemaskan.
“Plan apa ayah?”
“Hujung minggu ni, buat kenduri kat rumah kita. Minggu depannya kat rumah Aliff.”
Oh, kenduri kahwin! Ya, dengan adanya kenduri ini tidak membuatkan aku rasa aku berkahwin kerana terpaksa. Aku memandang Aliff. Rasa sayangku melimpah ruah buat lelaki ini meskipun aku begitu membencinya sewaktu ketika dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2015 08:14 AM | Show all posts
Cerpen 05 Sijil Untuk Abah

Laman web Jabatan Perkhidmatan Awam ku tenung lama. Cursor di skrin monitor aku main-mainkan di link untuk memohon Program Ijazah Lanjutan Luar Negara. Aku memikirkan tindakan yang akan ku ambil. Sama ada mengisi borang itu atau tinggalkannya dan menganggap seolah-olah tiada apa-apa.
Keputusan SPM yang ku terima beberapa hari lepas melayakkan aku untuk memohon biasiswa ini. Namun, abah sering mematikan niatku untuk belajar di luar negara. Walhal, dia tahu betapa fanatiknya aku dengan universiti-universiti di luar negara ini.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengisi borang tersebut. Isi sahaja. Tak jadi hal, kan? Bukannya aku pasti akan dapat pun. Lagipun abah tak tahu...

***

“Anak kau tak mintak pergi oversea?” Aku yang sarapan dengan abah pagi itu memandang wajah lelaki yang hampir sebaya dengan abah. Mungkin dalam 50-an.
Abah hanya tersenyum memandang pak cik itu. “Tak. Kat Malaysia ni pun bagus. Banyak buruk dari yang baik belajar kat luar negara ni,” balas abah.
Aku menelan air liur. Kalaulah abah tahu yang aku mohon biasiswa JPA untuk oversea, macam manalah reaksi dia agaknya?
“Oh, betul lah tu. Oklah, kawan gerak dulu. Orang rumah tengah tunggu tu,” ujar pak cik itu sambil berlalu dengan mengangkat tangan kanannya.
Aku meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. Wajah tua abah kupandang. Abah membuang pandang ke arah jalan raya.
“Bah,” panggilku.
Abah menoleh. “Hrm?”
Aku berfikir untuk menyusun kata. “Ina nak apply JPA oversea, boleh?” Aku cuba memancing reaksi abah.
“Tak payahlah. Buat apa kamu nak belajar jauh-jauh? Kat Malaysia ni pun dah bagus U nya. Orang luar pun datang belajar kat sini.” Kata-kata abah melumpuhkan semangatku yang berkobar-kobar untuk ke luar negara.
“Tapi bah, bila lagi nak berjalan ke negara orang? Pengalaman bah. Bukan senang nak dapat.” Aku cuba memujuk abah. Kalau berjaya, ada peluanglah aku!
Abah menggeleng-gelengkan kepala. “Ina nak tahu satu benda tak?” soal abah.
Aku mengangguk-anggukkan kepala. “Apa bah?”
“Dulu, masa Along tahun 3 dekat U, dia selalu cerita kawan-kawan dia yang balik semula ke sini.”
Aku diam tak berkutik.
“Belajar kat luar negara ni banyak masalahnya, Ina. Kita jangan fikir seronoknya. Kawan-kawan Along tu balik bukan sebab tak boleh belajar. Tapi banyak masalah lain,” jelas abah.
Hatiku memberontak mendengarkan kata-kata abah. Ah, masalah apanya? Belajar ajelah elok-elok. Jangan bila dah pergi sana, hidup pun terikut-ikut cara hidup diorang.
“Dah sudah?” soal abah bila melihatkan aku berhenti makan.
“Belum. Sekejap,” balasku. Makanan yang tinggal sedikit aku habiskan. Perbualan aku dengan abah tentang luar negara terhenti sampai di situ.

***

Aku meletakkan punggung di atas sofa di hadapan televisyen. Rancangan yang disiarkan sedikit pun tidak menarik minatku. Mak yang sedang melipat kain di sebelah kupandang.
“Mak,” panggilku perlahan. “Ina nak beritahu mak satu benda ni,” ujarku.
Tangan mak terhenti daripada melipat kain. “Apa, Ina?”
“Mak, sebenarnya Ina ada isi borang untuk mohon biasiswa ke luar negara.” Aku mengambil keputusan untuk memberitahu mak tentang tindakanku.
Wajah mak sedikit berubah. Aku tidak tahu untuk menafsir riak wajah mak. “Abah tahu tak?” soal mak.
Aku menjadi serba-salah. “Tak. Mak janganlah beritahu, ya? Ina saja je isi. Nanti kalau dapat interview baru bincang dengan abah. Janji ya, mak?” Aku memandang wajah mak dengan penuh harapan.
Lama mak terdiam. Kemudian barulah dia bersetuju. Aku tersenyum senang melihat mak. Yes!!! Mak dah setuju. Tinggal abah je. Kalau ada rezeki, dapatlah aku terbang ke negara orang!

***

Aku menghabiskan masa dengan membantu abah di kebun. Sejak abah bersara tahun lepas, abah rajin menebas kebun di belakang rumah. Hujung minggu pula kami akan ke Pahang untuk berjumpa dengan Achik yang masih belajar di sekolah asrama penuh di sana. Kadang-kadang, kami berjalan ke Melaka untuk berjumpa dengan Along.

Pendek kata, tiap-tiap minggu ada sahaja program kami sekeluarga. Abah pula memang rapat dengan kami adik beradik. Masa aku belajar di sekolah asrama di Johor pun abah dengan mak selalu datang. Pada aku, abah tak izinkan aku ke luar negara sebab jauh sangat kalau dia dengan mak nak datang. Kalau apa-apa jadi, senang kata dia.
Telefon bimbitku di kocek sular berdering. Kerjaku yang sedang menebas rumput terhenti. Azwa. Aku menjawab panggilannya.
“Ina, kau tak dapat mana-mana offer lagi?” Azwa menyoalku di talian sebaik sahaja salamnya ku jawab.
Aku ketawa. “Banyak yang dapat. Sampai tak tahu mana nak pilih,” kataku.
“Oh, kau dapat offer mana?” Azwa dah bersemangat nak tahu.
Semakin galak ketawaku. “Aku dapat offer kolej swata. Banyak gile surat sampai kat rumah aku. Kau?”
“Ah, kau ni! Aku pun samalah! Sengaja je kau ni kan,” kata Azwa dalam nada geram.
Aku ketawa kerana dapat menyakatnya. “Kau tengah buat apa ni?” soalku.
“Aku tengah online. Eh, JPA yang untuk oversea dah keluar lah. Untuk interview. Kau dah check belum? Dapat ke tak?” Kata-kata Azwa membuatkan aku berdebar-debar ingin tahu.
“Aku kat kebunlah, yang. Nanti balik rumah aku check. Tapi, kena tunggu abah aku tak ada kat depan akulah. Dia tak tahu aku mohon. Kau dapat ke?”
“Tak. Tak ada rezekilah,” balasnya pendek.
“Oh! Ek, tak apalah. Okaylah, aku tengah tolong abah aku kat kebun ni. Nanti kalau apa-apa aku inform ek?”
“Ok.”
Sebaik sahaja mematikan talian, aku kembali meneruskan kerjaku. Jantung dah berdebar-debar nak tahu sama ada aku layak tak untuk ke temuduga. Ya Allah, harap adalah rezeki. Amin!
Sebaik sahaja pulang dari kebun, aku ke bilik air untuk membersihkan diri. Badan yang sedikit penat terasa segar kembali. Selesai memakai baju, aku berjalan menuju ke meja komputer yang abah letak di ruang tamu. Abah masih lagi di bilik air.
Sebaik sahaja laman web JPA terpampang di dada skrin, jantungku kembali berdegup kencang. Aku memasukkan nombor kad pengenalan di ruangan kosong. Dengan lafaz bismillah, aku menekan enter.
Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu kuucapkan berkali-kali. Aku sudah tersenyum sampai ke telinga. Panggilan daripada abah mematikan senyumanku. Aku menjadi cuak apabila abah bertanya aku sedang buat apa.
“Ina tengah check JPA, bah.” Aku menjawab perlahan.
Abah datang mendekatiku yang tengah duduk di kerusi. “JPA? Dah keluar ke?” soal abah.
Aku menelan air liur. “Erk, Ina dapat bah. Interview. Tapi oversea.”
Wajah abah berubah riak. “Oversea?”
Aku mengangguk. “Boleh pergi interview ya, bah? Cari pengalaman.” Aku cuba memujuk abah. Kalau abah tak bagi pergi, hancurlah cita-citaku untuk ke luar negara. Kalau abah bagi...
“Pergilah. Tapi ni untuk cari pengalaman je,” balas abah. Kalau abah bagi, maknanya aku kena buat yang terbaik untuk dapatkannya. Kalau dah lepas interview, dapat, boleh aku pujuk abah nak pergi pulak! Aku dah tersenyum smpai ke telinga.
“Terima kasih abah.” Aku bangun meninggalkan komputer. Mendapatkan mak di dapur.

***

“Aku dengar, kau dapat JPA. Cikgu mohonkan ke?” Along menyoalku semasa kami ke Melaka untuk berjumpanya.
Angin laut Selat Melaka menyegarkanku. Aku memandang wajah Along yang duduk berhadapan dengan ku. “Ha’ah. Aku dapat. Aku yang mohon sendiri. Tak bagi tahu abah pun masa tu.”
Along tersengih. “Pandai ko ni, eh? Abah cakap apa? Boleh pergi?”
Aku ketawa. Lalu aku menceritakan apa yang berlaku petang itu.
“Hrm. Buatlah elok-elok. Mana tahu kalau ada rezeki. Nanti boleh pujuk abah.” Kata-kata Along menaikkan semangatku.
Aku tersenyum. “Nanti kalau dapat kau tolong pujuk abah, eh?”
Along hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda bersetuju. Aku tersenyum senang.
“Interview bila? Kat mana?” soal Along lagi.
“Minggu depan. Kat KL,” balasku pendek.

***

Aku melangkah penuh debaran ke bilik temuduga. Aku cuba membina keyakinan diri. Temuduga dijalankan secara perseorangan. Ah, apa nak di takutkan? Yang menemuduga aku itu pun orang juga. Bukannya hantu!
Hampir sejam di dalam bilik temuduga, akhirnya ia berakhir juga. Aku menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sebaik mungkin. Seminggu lamanya aku membuat sedikit kajian, akhirnya berhasil juga.
Aku berjalan mendapatkan abah yang setia menunggu di kereta sejak aku masuk ke bilik temuduga dengan senyuman. Kemudian aku mengambil tempat di sebelah abah. Mak tak ikut menghantarku. Penat katanya.
“Macam mana? Ok?” soal abah sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.
“Oh! Ok... Boleh dapat punyalah,” balasku. Sengaja mahu melihat reaksi abah.
Abah hanya menggeleng-gelengkan kepala. “Abah tak izinkan kamu pergi kalau kamu dapat.”
Aku diam. Menunggu kata-kata seterusnya daripada abah. Namun, abah hanya mendiamkan diri. Hanya celoteh deejay radio yang memenuhi ruang udara di dalam kereta ini.
“Kita nak makan kat mana, bah?” soalku apabila merasakan sedikit lapar.
“Nantilah. Kita singgah kat R&R boleh? Dah tak jauh dah ni,” balas abah. Kereta dipandu dengan tenang.
“Bah, kenapa abah tak bagi Ina pergi oversea?” soalku. Terasa tak puas hati pula bila abah tak pernah menceritakan masalah yang sering diperkatakannya.
Abah tersenyum namun matanya masih tidak berganjak. “Kalau Ina pergi, Ina akan rasa rugi sangat. Persediaan 2 tahun. Buatnya kalau berhenti kat sana? Dah rugi masa. Balik sini, masuk tahun satu balik. Masa sekarang ni seronoklah orang cakap nak pergi luar negara. Kat sana nanti entah apa-apa budaya pula yang dibawa balik. Abah tak nak anak abah terpengaruh dengan budaya luar.”
Tapi tak semua kan yang balik? Dan tak semua juga yang tak baik. Aku pernah jumpa seorang senior sekolah semakin bertudung labuh walaupun belajar di UK. Cerita abah tak mematahkan semangatku untuk belajar di negara orang. Kalau aku dapat pergi, aku janji akan bawa balik sijil untuk abah. Bukan bawa masalah.

***

Along menghubungiku malam itu. Bertanyakan tentang temudugaku pagi tadi. Aku menceritakan dari awal hingga akhir. Seronok benar dia mendengarkan ceritaku.
“Kau mintak mana?” soalnya.
Aku mintak UK. Tak kisahlah kat mana. Best sikit UK,” ujarku.
“Kalau kau dapat macam mana?”
“Pergilah. Bukan semua orang dapat tawaran ni tau!” tegasku. “Kau kan nak tolong aku pujuk abah.”
Along mengeluh. “Ina, aku rasa baik kau fikir elok-elok.”

Kata-kata Along membuatkan aku menjadi pelik. Macam mana dia boleh berubah fikiran? Sedangkan sebelum ni dia dah janji nak tolong aku pujuk abah? Kami berhenti berbual tak lama kemudian. Sebelum talian di matikan, sekali lagi dia memintaku berfikir sebelum membuat keputusan. Bila aku bertanya kenapa, dia hanya menyuruhku berfikir. Ah! Apa yang Along tengah fikirkan sekarang?

***

Hujung bulan April, Along balik ke rumah memandangkan hari Isnin cuti Hari Buruh. Lama juga dia berada di rumah. Penat bekerja barang kali. Along pun dah jarang balik ke rumah. Kalau berjumpa pun bila abah mengajak kami pergi berjumpanya.
Selepas makan malam, aku mengambil angin di laman rumah. Bintang-bintang yang berkelipan di dada langit begitu cantik sekali.
“Ina,” tegur Along lalu mengambil duduk di sebelahku.
“Hrm. Dah sudah? Mak tengah buat apa?” soalku tanpa memandang wajah Along. Mataku masih lagi pada bintang-bintang di langit.
“Mak tengah tengok TV. Ina, aku ada benda nak cakap,” ujar Along.
Aku tak memberikan apa-apa reaksi.
“Tengoklah sini. Aku nak cakap sikit,” desak Along apabila aku tidak mengendahkannya.
“Apa?” soalku malas.
Along memandangku. “Aku rasa baik kau fikirkan balik tentang JPA tu kalau kau dapat,” ujar Along.
Aku mengeluh. “Kenapa? Kau dari hari tu cakap, fikirkan-fikirkan. Mestilah aku nak pergi kalau dapat!” tegasku.
Along menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju denganku. “Ina, aku serba salah sebenarnya,” katanya. Aku tertanya-tanya. Serba salah?
“Abah suruh aku slow talk dengan kau. Tak payahlah pergi kalau dapat. Kau tak kesian ke dengan dia? Dia tu kan rapat dengan kita adik beradik. Kau tak tengok ke wajah dia masa aku nak pindah Melaka? Wajah dia bila Achik dapat masuk sekolah kat ahang? Dia termenung tau. Tapi, tak apalah. Dekat. Lagipun selalu boleh datang jumpa kalau dia rindu. Ina, kalau kau pergi UK sana macam mana dengan dia tu? Antara kita tiga beradik, kau yang paling rapat dengan dia. Tak kan kau sanggup tinggalkan dia?” panjang penjelasan Along.
Aku mendiamkan diri. Memikirkan kebenaran kata-katanya.
“Ina, kalau kau rasa kau boleh belajar kat luar negara, boleh perform, apa kata kau belajar kat Malaysia. Buat elok-elok. Dapatkan biasiswa. Dapatkan first class. Tak semestinya kau belajar kat luar negara kau dah bagus. Kat Malaysia, universiti kita pun setanding dengan universiti luar,” ujarnya lagi.
Aku mengambil kata-katanya sebagai satu cabaran. First class, eh?
“Lagi satu. Kalau kau perasanlah. Ramai pak cik-pak cik yang umur sebaya dengan abah duduk je rumah lepas pencen. Kau tahu tak, kalau diorang duduk rumah senang sakit. Sebab? Diorang tak ada life. Sebelum ni sibuk kerja. Tiba-tiba duduk berehat tak buat apa. Life abah dengan anak-anak dia. Tu yang boleh kata setiap minggu dia ajak mak jalan nak jumpa anak-anak dia. Kalau kau pergi jauh-jauh, macam mana dia nak jumpa kau.” Along mendongak ke langit. “Kau fikirkanlah apa yang aku cakap ni. Kalau kau nak buat master kat oversea aku rasa ok lagi. Setahun je. Tapi kalau degree... Baik tak payahlah. Lama. Kesian kat orang tua tu.”
Kata-kata Along membuatkan aku berfikir panjang. Tapi, macam mana dengan cita-citaku?

***

Dewan sudah di penuhi ibu bapa. Aku masih tercari-cari abah dengan mak. Tak kan mereka tak datang? Aku menghela nafas panjang. Tak lama lagi aku akan berbaris untuk masuk ke dewan. Aku memandang ke jalan raya. Mengharapkan kehadiran mereka.
Achik melambai-lambai apabila melihatku. Aku dah tersenyum sampai ke telinga. Mak dan abah berjalan bersama di belakang. Diikuti Along dan isterinya. Aku gembira tak terkata. Abah masih lagi nampak sihat walaupun umur sudah hampir mencecah 60 tahun.
“Bagi penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, kelas pertama dipersilakan Siti Nuraina binta Jamaluddin, Chen Bee Lay...”
Aku melangah penuh bangga ke atas pentas diiringi bunyi gamelan. Naib Canselor universiti aku menyampaikan sijil. Hanya aku pelajar Melayu yang berjaya mendapat kelas pertama bagi bidangku.
Kata-kata Along malam itu aku jadikan cabaran. Tak semestinya hanya dengan ke luar negara kita akan dapat yang terbaik. Di negara sendiri sudah ada yang terbaik. Setelah selesai sesi penganugerahan, aku berjumpa dengan abah dengan mak di luar Dewan Sultan Iskandar.
Aku ternampak abah memegang sejambak bunga ros di tangan. Air mataku menitis. Aku berjalan mendapatkan abah lalu tubuhnya kupeluk erat. Abah mengusap belakangku.
“Ina, hari ni hari gembira Ina. Kenapa nak menangis?” pujuknya.
Aku tertawa. “Abah, sijil degree ni untuk abah. Ina sayang abah.” Sekali lagi tubuhnya aku peluk.
Aku menangis bukan kerana sedih. Tetapi aku terharu sungguh melihat abah. Bagai terngiang-ngiang kata-kata Along malam itu di telingaku. Anak-anak adalah kehidupan abah. Dan kerana itu aku sanggup korbankan niatku untuk ke luar negara.
Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di University of Aberdeen masih elok ku simpan walaupun sudah hampir 5 tahun. Surat itu akan ku jadikan pembakar semangat buat anak-anak ku pada masa akan datang.
Along sedang berbual-bual dengan abah dan mak. Achik dan Kak Long pun turut serta dalam perbualan mereka. Melihatkan senyuman gembira di wajah abah membuatkan aku merasa bahagia. Sesungguhnya membahagiakan kedua ibu bapa akulah cita-citaku sejak kecil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_dia replied at 4-4-2015 10:39 PM
Hihi. Menulis suka-suka je kak.
nama pena Hannah Dhaniyah. tapi dah biasa guna aku_dia sejak d ...

Wow! Novelist novel yg kuminat rupanya...  Suamiku Ustaz... Patutlah ler cerpennya marvellous... Wow!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_dia replied at 5-4-2015 08:14 AM
Cerpen 05 Sijil Untuk Abah

Laman web Jabatan Perkhidmatan Awam ku tenung lama. Cursor di skrin mo ...

Terharunya... I wish I can be like her... Brilliant & good daughter...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:51 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-4-2015 07:58 PM
Wow! Novelist novel yg kuminat rupanya...  Suamiku Ustaz... Patutlah ler cerpennya marvellous... W ...

hihi.. malu saya.
biasa je.. ada masanya lemau jugak. kikiki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:53 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-4-2015 08:26 PM
Terharunya... I wish I can be like her... Brilliant & good daughter...

Insya Allah... selagi kita masih bernyawa, selagi tu masih ada masa untuk jadi anak yang terbaik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2015 12:57 AM | Show all posts
Cerpen 06 Si Baju Biru


“Minggu depan junior masuk.” Aina dah tersengih penuh makna.
“Yeah!” balasku pendek.
“Boleh usha,” katanya lagi.
“Ah, kau. Junior je. Apalah sangat?” kataku sedikit meluat. Junior? Dah lah muda setahun. Kalau senior last year nak usha tak apalah jugak!

***

Tekun aku menyiapkan latihan Fizik yang Cikgu Hamidah bagi minggu lepas. Aku menjeling jam di dinding kelas. Pukul 10.25 pagi. Alahai! Lagi 5 minit. Fokus Diana, fokus! Lagi sikit je ni. Come on! Itulah. Orang lain dah siap dah. Yang kau baru nak buat hari ni siapa suruh?
Aku kembali menghalakan pandangan kepada helaian di atas meja. Belum pun sempat mataku mencapai target, sesusuk tubuh yang berjalan di aras tiga bangunan Damai menarik perhatianku. Siapa tu? Macam tak pernah nampak sebelum ni. Ah, Diana! Cepat! Lagi 2 minit nak ke makmal ni! Mati aku kena dengan Cikgu Hamidah tu karang!

***

“Aina, siapa tu eh?” aku menegakkan jari telunjukku ke arah budak lelaki yang aku nampak berjalan di aras tiga blok Damai pagi tadi.
Aina memfokuskan pandangan ke arah yang aku tunjukkan. Dia tertawa kecil. “Itu juniorlah. Adam nama dia. Junior Kapur tu.”
Aku mengecilkan mata untuk melihat muka Adam dengan lebih jelas. Not bad. Hati aku dah melonjak kegirangan. Dapat tahu nama pun dah oklah tu.
“Oit!” sergah Aina. Fuh! Gugur jantung aku!
Aku membuat muka. “Apahal kau? Sergah-sergah aku pulak,” rungutku.
Aina dah sakan menggelakkan aku. “Kau tengok Adam macam nak makan boleh tak?”
Aku menjulingkan mata. “Suka hati akulah,” balasku pendek.Oh Adam!
Aku meletakkan sandal di atas rak kasut sebelum masuk ke dorm. Hanya ada beberapa orang je di dalam dorm. Yang lain semua dah selamat ke D.M. (Dewan Makan). Malam ni malam apa eh? Oh, Rabu. So, malam ni makan mee goreng hangit. Argh!
Tepat jam 11.00 malam, kami bersama-sama membaca Surah al-Mulk sebagai pendinding. Setelah majlis di tutup, aku merehatkan diri di atas katilku. Kay, si pemilik katil sebelahku sibuk mengemaskan katil. Tiba-tiba terasa katilku bergegar. Aduh, juniorku seorang ini. Aku dulu, nak gerak sikit punya perlahan takut kena marah dengan senior. Budak ni? Hrm... Biarlah.
“Kay,” panggilku. Kay yang dah tengah mengemas menoleh.
“Apahal?” soalnya.
“Banyak lagi?” soalannya ku jawab dengan soalan.
“Tak. Last.”
Kay memasukkan barang terakhirnya ke dalam locker. Kemudian dia mengambil tempat di katilnya. Aku membelek-belek kalendar di atas katil. 9 bulan lagi untuk SPM. Bermakna lagi 9 bulan je aku bersama Adam. Ceh.
“Diana!” suara Kay menghentikan lamunanku. Aku berpaling melihat Kay.
“Apahal?” soalku.
Kay memandangku dengan muka pelik. “Kau nak cakap apa?”
Aku mengerutkan dahi. “Cakap apa? Bila masa aku nak cakap apa-apa dengan kau?”
“Come on lah. Kau ni macam atas angin je aku tengok apahal?” Aku tergelak. Atas angin, eh? Nampak sangat ke?
“Eh, Kapur satu class dengan kau kan?”
Kay menelek kulit buku nota Sejarah. “Mimpi apa kau tiba-tiba tanya pasal Kapur?” soalnya.
“Mimpi Adam.”
Diam sekejap.
“Oh, Kak Diana suka Adam, eh?” terdengar satu suara lain yang menyampuk. Bukan suara Kay, tapi suara junior dormku yang lain. Aku berpaling mencari arah suara tersebut. Erk?! Satu dorm melihat ke arah ku dengan senyuman penuh makna. A... dus!
“Amboi Diana. Dalam diam ko eh? Cik Siti di katil seberang dah tersengih-sengih.
“Kak Diana, nanti orang cakap kat Adam, eh? Dia sekelas dengan orang tau!” Wawa junior Sakinah bersuara.
“Alahai, Adam Kak Diana minat? Ramai tau budak lain minat kat dia,” kata Liyana adik katil si Aina.
“Kak Diana...”
“Dah... dah. Cukup Pergi tidur. Akak minat main-main ajelah. Korang ni pun. Telinga kecik, tapi dengar aje orang cakap,” pintasku sebelum Fatin junior dorm ku yang lagi seorang bersuara.
“Alah, Kak Diana yang buat announcement. Siapa suruh?” Liyana membela diri dan rakan-rakan.
Aku memandang Kay. ‘Iya, ke?’ tanyaku tanpa mengeluarkan suara.
Kay mengangguk-angguk. Ah, patutlah. Alahai. Baru hari ni aku tahu kewujudan Adam, dah kecoh satu dorm. Aku menutup muka dengan selimut. Malu!
“Alala... Kak Diana, janganlah malu,” Fatin mengusikku. Terdengar gelak tawa budak-budak dormku yang lain. Dorm yang dihuni oleh 7 orang pelajar tingkatan 5 dan 8 orang pelajar tingkatan 4. Memang riuh rendahlah jadinya!

***

Malam itu merupakan malam Jumaat. Seperti biasa, aktiviti surau dijalankan. Kami beramai-ramai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau. Aku mengambil tempat di tingkat atas. Sedang aku menaiki tangga, mataku tercantap pada Adam yang sedang duduk dengan Al-Quran terbuka di tangan.
Hatiku serta-merta berbunga. Bagusnya budak ni. Tak sia-siakan masa. Aku tergelak di dalam hati. Tak macam aku. Naik tingkat atas, ambil peluang mengusha anak teruna orang! Astaghfirullah! Lepas ni lebih baik aku duduk bawah. Insya-Allah!
Selepas tazkirah ringkas daripada Ustaz Zainuddin, kami bersurai. Aku mengajak Aina ke D.M. untuk supper. Malam ni bubur ayam. Erm, yummy! Aku beratur di barisan mengambil air. Mataku melilau melihat orang ramai di dalam D.M. Kenudian, wajah Adam muncul. Adam nampak segak dengan baju melayu biru tua cekak musang. Padan dengn kulitnya yang cerah. Aku tersenyum sendiri.
“Fatin!” Aku memanjat katil Fatin di atas katil Ida sebaik sahaja balik daripada D.M.
“Kenapa kak?” soalnya pelik.
“Tadi akak nampak Adam,” ujarku.
Fatin mencebikkan bibir. “Alah. Fatin selalu je nampak dia.”
Aku tergelak. “Lain. Hari ni dia nampak smart sangat. Dia pakai baju melayu dark blue! Cekak musang pulak tu. Handsome!” pujiku tinggi melangit. Kalau dia tahu, malu sungguh aku!
Fatin tergelak mendengar kata-kataku. “Kak Diana, budak lelaki sekolah ni, manalah ada banyak baju melayu. Paling banyak pun ada 2 helai je. Pakai pun seminggu sekali. Minggu depannya pakai lagi. Entah basuh ke tak tu,” katanya.
Aku mencebik. “Iyalah cik Fatin. Dahlah. Dah dekat pukul 11.00 p.m. ni. Kita siap nak al-Mulk,” arahku. Sebagai ketua dorm, kenalah pandai nak jaga dorm!

***

Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar dah hampir sebulan kami menduduki peperiksaan setengah tahun. Peperiksaan yang dijalankan serentak untuk tingkatan 4 dan 5. Sunyi sepi sekolah. Yang bising bila habis kertas Matematik Tambahan. Masing-masing ke koperasi mencari aiskrim. Tension punya pasal, untung koperasi.
“Kak Diana, abang katil ipar Ana ada kat sana,” Ana, junior katilku menunjuk ke arah pelajar lelaki yang berkumpul di sebelah kiri koperasi.
Aku menanyang muka selamba. “Bila masa pulak awak ada abang katil ipar?” soalku tak berperasaan. Sejak malam tu, tak aman hidup aku. Kena usik je.
“Eleh, Kak Diana. Buat-buat tak tahu pulak,” balas Ana.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Aina di sebelah tersenyum-senyum melihat aku.
“Sudah-sudahlah tu.”
Aku terus melangkah ke koperasi. Walhal, mata dah melilau-lilau mencari sesusuk tubuh yang dikatakan Ana tadi. Nampak! Aku tersenyum sendiri.
“Lepas ni kita pergi Makmal Fizik 2 eh?” ajak Aina.
Aku memandangnya pelik. “Lepas ni aku ada bio la. Kau nak suruh aku buat apa kat sana?”
“Alah. Sekejap je. Ranking tingkatan dah keluar. Form 4 punya pun ada tau!” desak Aina dengan senyuman penuh makna.
Selepas ke koperasi, aku membontoti Aina yang sibuk hendak ke Makmal Fizik 2. Aku malas sebenarnya nak tengok ranking aku. Mestilah teruk! Dapat 60% je masa setengah tahun hari tu.
Dalam tak nak pergi tadi, aku cari juga nama aku dekat papan kenyataan yang bertampal dengan kertas-kertas warna putih berdakwat hitam itu. Erk! Namaku diwarnakan dengan warna kuning. Ranking dalam tingkatan nombor 159 daripada 270 orang murid. Mak aih! Target untuk percubaan 65%. SPM 72%. Eh, target aku A2 je untuk SPM? Sampai hati cikgu.
Kemudian mataku melilau ke nama-nama pelajar tingkatan 4. Zarif Adam Bin Hussaini. Adam... Adam... Ahah! Erk? 75%? Ranking nombor 98 daripada 350 orang murid. 75? Tujuh puluh lima? A2? Wah... wah! Aku sendiri tak pernah dapat A2 untuk Fizik! Kalau masa tingkatan 4 pernahlah juga! Itu pun ujian awal tahun. Ujian tau bukannya peperiksaan! Mak! Malunya aku!!!
“Oit! Dah jumpa nama Adam?” Aina tersengih-sengih melihatku.
“Kau dah sudah?” soalku kembali.
Bibir Aina tak lekang dengan senyuman. “Dah lama dah. Tunggu kau cari nama ‘kau’ lama sangat. Kau jumpa ke nama kau dekat kertas nama budak form 4?” usiknya.
“Diamlah kau!” marahku. Malu sebenarnya.
Sedang kami berjalan menghala ke tangga, Adam dan rakan-rakannya berjalan menghala kami. Jantungku kembali berdegup kencang. Apabila dia berjalan melepasi kami barulah perasaanku reda sedikit. Gila betul! Aku menoleh ke arah Aina. Dia tak habis-habis tersengih ke arahku.
“Kau sengih-sengih macam kerang busuk ni apahal?” Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Tak habis-habis sengih!
“Elele... Sudahlah Diana. Tak payahlah nak malu-malu konon,” giatnya.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Wajahku terasa panas. “Diamlah kau!”
Aku membaringkan diri di atas katil balik tengah hari itu. Malas mahu turun makan. Kay pula tengah sibuk menyalin sesuatu di dalam bukunya. Aku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding dorm. Pukul 1.30 p.m. Zohor dah sudah. Petang ni pukul 2 ada kelas tambahan Fizik. Erm. Fizik.
“Kay,” panggilku.
“Erm?” jawab Kay. Namun matanya masih tak lari daripada kerjanya.
“Adam tu pandailah,” kataku. Mataku terbayang-bayang wajah Adam yang bersahaja di sebalik cermin mata separuh bingkai yang di pakainya.
“Apasal tiba-tiba kau cakap macam tu?” tanya Kay.
Aku terdiam sekejap sebelum kembali meneruskan kata. “Dia dapat 75% seh untuk mid-year Fizik. Aku pun tak sehebat dia!” ujarku.
Kay mengangguk-angguk mendengar ceritaku. “Oh. Baguslah.”
“Kay,” panggilku lagi.
Kay tak menjawab tapi aku tahu dia mendengar. “Aku nak jadikan Adam pemangkin aku untuk belajarlah. Aku nak dapatkan A1 dalam Fizik untuk percubaan ni dengan SPM,” kataku penuh bersemangat.

***

Tinggal seminggu lagi sebelum percubaan SPM berjalan. Aku semakin sibuk dengan pelajaran. Tapi kadang-kadang tu melahu jugak! Kelas persediaan malam itu aku mengajak Aina ke perpustakaan. Aina menurut sahaja. Bagus betul! Huhu.
Aku mengambil tempat duduk di hujung sekali. Menghadap meja pelajar lelaki. Kelihatan ketua pengawas sekolahku sedang sibuk mengulangkaji selang 2 buah meja di hadapanku. Aku cuba menumpukan pembacaan aku pada buku teks Sejarah di hadapanku. Tidak lama kemudian, seorang pelajar lelaki berbaju t-shirt biru muda berjalan menuju ke arah ketua pengawas.
Aku terkedu seketika. Adam. Jantungku kembali berdegup kencang. Aku mengangkat buku teks Sejarah bagi menghalang penglihatanku daripada melihat Adam. Tak boleh! Walaupun tak nampak, aku tahu dia betul-betul duduk di hadapanku. Aina di sebelahku pelik melihat tingkahku. Aku menayangkan senyuman plastik. Tak lama kemudian matanya melihat ke hadapan. Dia tersenyum. Mungkin dah tahu apa yang membuatkan aku gelabah macam ni. Budak baju biru itulah!
“Diana,” panggil Aina perlahan.
Aku menoleh. “Apa?”
Aina tersenyum. “Boleh baca? Sepatutnya lagi senang nak faham,” usiknya.
Aku menayangkan penumbukku kepadanya. “Nampak ni?” soalku.
Aina tersenyum-senyum. “Diamlah!” marahku.
“Aku tak cakap apa-apa pun,” katanya.
“Diam!” tegasku. Aina masih tersenyum-senyum.
Alahai, macam mana nak fokus baca ni?
Setibanya di dorm, seperti biasa aku merehatkan diri di atas katil sementara menunggu untuk membaca surah al-Mulk. Aku menjawab salam yang diucapkan oleh Wawa. Tiba-tiba Wawa berjalan menuju ke arah katil ku.
“Kak Diana, orang ada cerita nak beritahu ni,” katanya.
Aku mengangkat kening bertanya. “Orang dapat tahu, keluarga Adam ada kedai makan dekat Melaka,” ujarnya penuh perasaan.
Aku tersengih. “Mana dapat tahu? Kat mana? Boleh ajak ayah akak pergi nanti.”
“Kawan orang cakap. Dia budak sekolah Adam sulu. Kedai makan dia kat Umbai. Kalau tak silap kedai yang tepi sungai kut. Yang banyak ikan bakar tu,” cerita Wawa. “Okaylah. Nak salin baju. Tu je orang nak cakap.” Wawa melangkah ke katilnya dengan senyuman di bibir.
Oh! Budak baju biru itu ada kedai makan kat situ! Boleh aku ajak abah makan dekat situ. Aku dah ketawa dalam hati.

***

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Akhirnya bulan November menampakkan diri. Lagi 2 hari pelajar tingkatan 4 akan pulang. Tinggallah kami senior-senior di sekolah ni untuk berjuang dengan SPM. Percubaan aku tak berapa baik. Tapi ada peningkatan kalau dibandingkan dengan setengah tahun hari tu. Fizik aku hanya berjaya dapat 68%. Tak apalah. SPM cuba lagi!
Memandangkan lagi 2 hari lagi junior akan meninggalkan sekolah, termasuk si baju biru, aku mengambil tindakan berani mati malam itu. Semua pelajar tingkatan 4 berada di D.M. untuk taklimat yang aku sendiri tak pasti berkenaan apa. Pelajar tingkatan 5 pula perlu ke kelas persediaan seperti biasa. Blok tingkatan 4 dan tingkatan 5 merupakan blok yang berbeza. Aku mengajak Aina ke kelas Adam untuk mengulang kaji pelajaran. Saja je sebenarnya. Teringin hendak melihat keadaan kelasnya.
Bila masuk kelas Adam, bukannya boleh belajar pun sebenarnya. Aku menyelak-nyelak nota ringkas Pendidikan Agama Islam yang diberikan Ustaz Zainuddin minggu lepas. Tepat pukul 10.00 p.m. aku mengajak Aina untuk pulang ke kelas. Sebelum itu, sempat aku meninggalkan nota kecil di atas meja Adam. Tulis perasang untuknya yang bakal menduduki SPM tahun depan. Ceh, aku sendiri teruk, nasihatkan orang.

***

Dah hampir seminggu SPM berjalan. Aku memangkah tarikh yang sudah aku lalui. Esok 19 November. Aku tersenyum sendiri. Hari jadi Adam! Aku menyemak baki kredit di telefon bimbitku. RM 5.95. Boleh sangat kalau nak wish dia!
Keesokan harinya, balik dari dewan peperiksaan, aku terus masuk ke dorm. Telefon bimbit di dalam locker aku capai dan aku hidupkan. Laju aku menaip ucapan Selamat Hari Jadi untuknya. Delivered. Aku menunggu balasan daripadanya. Seminit... dua minit... tiga minit... lima minit... sepuluh minit... Ah! Hisy budak ni! Sampai hati. Kot ye pun tak layan perempuan, janganlah buat aku macam ni. Sedih tau!
Aku pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Selepas itu, aku kembali ke dorm untuk menunaikan solat Zuhur. Kemudian aku baring di atas katil. Telefon bimbit yang aku setkan ke silent mode aku capai. 1 message received.
Thanks. Siapa ni? –Adam-
Aku tersenyum. Laju aku mengenalkan diriku sebagai Diana, seniornya. Kemudian tiada balasan daripadanya. Biarlah.

***

tbc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 12:57 AM | Show all posts
sambungan cerpen 06

Itu kisah zaman sekolah menengahku. Kisah yang sudah hampir 5 tahun berlalu. Khabar Adam sudah tiada lagi kedengaran. Kadang-kadang tu, tertanya-tanya juga apa khabar dia agaknya? Sebaik sahaja aku menamatkan zaman sekolah menengahku, aku memohon untuk memasuki universiti awam dengan keputusan SPM 9A. Fizik A1 tu! Alhamdulillah. Rezeki aku ada di sebuah universiti yang terkenal dalam negara. Dengan mengambil Kejuruteraan Awam sebagai jurusanku, aku telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda dengan kelas kedua atas.
Hujung minggu itu, aku mengikut Aina ke kampungnya. Dah lama dia ajak. Baru sekarang aku berkesempatan untuk mengikutnya. Malam itu Aina sekeluarga mengajakku makan di luar. Makan ikan bakar, katanya. Aku menurut sahaja. Tiba-tiba aku teringat cerita Wawa tentang keluarga Adam yang mempunyai kedai makan di Umbai. Aku tersenyum sendiri. Mulutku melagukan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC yang berkumandang di corong radio. Aina menoleh ke arahku.
“Sejak bila kau suka nasyid?” soalnya pelik.
Aku tersentak. “Kau ni, aku baru nak layan blues. Kacau,” rungutku.
“Layan blues ke? Jap eh. Kalau tak silap aku lah, lirik dia kena sangat dengan kau. Erm. Ku pendamkan perasaan ini. Kurahsiakan rasa hati ini. Melindungkan kasih yang berputik tersembunyi di dasar hati...” Aina dah mula menyanyi rangkap pertama lagu itu. Wajahku terasa panas.
“Kau ni bisinglah. Aku nak dengar lagu tu. Bukannya nak dengar kau nyanyi. Dah, dah. Bising je,” marahku. Aina dah ketawa sakan.
“Tengok tu muka dah merah. Diana... Diana. Kau tunggu Adam lagi ke? Sudah-sudahlah tu.”
Aku terus menyanyikan lagu UNIC tadi. Malas mahu melayan kerenah Aina. Makin dilayan makin menjadi. Last-last aku juga yang terkena.
Setibanya di destinasi, aku sedikit gabra bila aku berada di medan ikan bakar umbai. Aku memandang Aina yang sibuk berbual dengan ibu dan ayahnya. Kemudian, mereka berjalan ke sebuah gerai. Aku hanya mengekor daripada belakang.
Sementara menunggu pelayan mengambil order, aku memerhatikan kawasan kedai makan di sini. Ramai juga orang datang walaupun sekarang ni tengah-tengah bulan. Tak lama kemudian, seorang lelaki berbaju t-shirt biru datang ke meja kami. Aku menoleh ke arah lelaki itu. Erk? Adam! Mak, lainnya dia sekarang.
Aku cuba menahan wajah daripada berubah riak. Nasib baiklah yang Adam tak pernah kenal aku. Huhu. Tapi, kalau dia tengok majalah sekolah macam mana? Ah, tak kanlah dia nak sangat kenal aku. Dah lah aku ni antara berpuluh peminat dia. Tak mungkinlah dia kenal.
“Kak?” teguran daripada Adam membuatkan aku malu sekejap. Nampak sangat yang aku ni asyik berangan pasal dia. Ah! Malu!
Aku menoleh ke arah Adam. “Nasi goreng kampung satu ya?” pintaku.
Adam mempamerkan wajah pelik. “Nasi goreng kampung? Kat sini biasanya orang makan nasi lemak. Betul akak nak nasi goreng kampung ni? Nanti saya buatkan special untuk akak.”
Aku dah ketawa dalam hati. Ya tak ya. Selalukan orang nak nasi lemak. Aku menjeling Aina di hadapanku. Aina dah tersengih tak berhenti. Hampeh punya budak. Entah apalah yang dia fikir sekarang ni. “Oh. Ya. Kalau macam tu bagi nasi lemak je lah.”
Adam dah tergelak-gelak. “Nasi lemak memang kami akan hantar ke meja. Jangan risau. Saya nak tanya air.”
Ya Allah. Kenapa hari pertama jumpa dia selepas hampir masuk 6 tahun aku perlu malu dengan dia. Relaks. Dia bukannya tahu yang aku pernah minat dia dulu. Eh? Dulu ke sekarang? “Okay. Saya nak teh ‘o’ ais limau.”
Adam melangkah pergi sebaik sahaja mengambil pesanan.
Sebaik sahaja nasi lemak tiba, aku antara orang terawal yang membuka bungkusannya. Erk? Mana sambal? Takkan lupa letak? Isk. Takkan nak tanya Adam? Malu oh. Baru aku nak bersuara, Adam dah tiba dengan dulang berisi gelas. Aku membina keyakinan untuk bertanya.
“Err... Nasi lemak ni tak ada sambal,” ujarku.
Adam menoleh. “Hah?”
“Ni, nasi lemak ni tak ada sambal,” kataku sambil menunjukkan nasi lemak yang putih bersih.
“Hoi, Diana. Sambal dekat bawahlah. Lain kali tanya aku dulu,” ujar Aina. Aku dah menahan rasa malu di hadapan Adam. Aina dah ketawakan aku.
Adam hanya tersenyum nipis. “Enjoy your meal!” katanya. Macam dekat Pizza Hut pulak.
Mak, tak nak jumpa Adam lagi! Malu!

***

Hujung minggu itu aku menghabiskan masa dekat rumah. Kalau ikutkan aku kena pergi office. Malas pulak rasanya. Letih bila hujung minggu pun kena kerja. Nanti kalau dah kahwin nanti macam mana? Telefon bimbitku melagukan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Ada mesej. Bingkas aku bangkit untuk mendapatkan telefonku.
Hai akak. Lama tak jumpa dengan akak. Akak apa khabar? -0176543210-
Siapa pulak ni? Aku terus mendail nombor itu. Takkan Ana, juniorku di sekolah dulu? Rasanya baru minggu lepas aku contact dia. Talian bersambung.
“Wa’alaikumussalam. Siapa ni?” soalku sebaik sahaja orang di sebelah sana memberi salam.
“Hai akak. Saya mesej, akak telefon terus?” Soalanku dijawab dengan soalan.
“Siapa ni?” soalku sedikit tegas apabila soalan ku tidak di jawab sebentar tadi
“Akak, ni Adam. Your junior. Remember?” Adam?
“Nombor akak saya tak pernah buang sejak akak wish birthday saya. Akak dah buang nombor saya ye?” soalnya sedikit sayu.
Alahai. “Tak. Cuma hari tu handset tercicir. So, banyak nombor yang hilang.” Ah, bohong sunat. Tak apa kan?
“Iya ke?” usiknya. Perbualan kami pada hari itu hampir 20 minit. Habis terus kredit aku dibuatnya.

***

“Akak, esok saya nak datang rumah akak boleh?”
“Nak buat apa?”
“Tunggu ajelah esok.”
“Okay.”
Dan disebabkan perbualan aku dengan Adam petang semalam, mak sibuk menyediakan juadah di dapur. Abah yang tak pernah kisah tentang hal-hal memasak turut turun padang. Tepat jarum jam menunjukkan pukul 3 petang, ada bunyi enjin kereta di luar. Mungkin Adam dah sampai.
“Diana, pergi bersiap. Pakai sopan sikit,” arah mak sebaik sahaja melihat tetamu di luar. Aku berjalan ke bilik untuk menyalin pakaian. Kemudian aku berjalan ke ruang tamu. Eh? Mana Adam? Yang ada hanya beberapa orang makcik dan pakcik. Aku terasa malu sendiri. Bingkas aku berjalan ke dapur. Mencedok makanan ke dalam mangkuk.
Tak lama kemudian mak masuk ke dapur. “Diana, jom ke depan sekejap. Abah ada benda nak tanya kat kamu.” Aku mengikut langkah mak ke ruang tamu. 6 pasang mata dah merenung ke arah aku. Terasa macam pesalah kena tangkap pula.
“Diana, keluarga Adam datang nak merisik kamu. Kamu dah ada yang punya ke?” soal abah terus tanpa kiasan. 6 pasang mata tadi merenungku menantikan jawapan dari mulutku.
Aku menelan air liur. Apa ni? Adam langsung tak bagi hint pulak tu. Isk, malu!
“Diana?” tegur abah.
Makcik pakcik yang datang bertandang ke rumahku tersenyum-senyum melihatku. “Diam tu tak adalah tu,” ujar salah seorang daripada mereka. Wajahku terasa hangat. Abah tersenyum memandangku. “Kamu tak ada kawan lagi kan?” soalnya lembut.
Aku menggeleng. Mak mencuit pinggangku. “Abah tanya cuba jawab. Tak ada mulut ke?”
“Oh, mak kau! Tak ada! Nak kahwin dengan Adam!” latahku. Rumah kami dah bergema dengan suara orang ketawa. Aku menekup mulut dengan tapak tangan. Malu! Pantas aku berlari ke dapur.

Rombongan merisik daripada keluarga Adam pulang selepas makan. Aku membantu mak membasuh pinggan mangkuk di dapur. Masih malu dengan peristiwa tadi. Mak dengan abah pula tersenyum-senyum je bila memandangku.

***

Selepas sebulan dirisik oleh keluarga Adam, aku mengajak Adam berjumpa. Adam mengambilku di rumah. Mahkota Parade di Banda Hilir Melaka menjadi pilihan hati. Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri. Hanya suara deejay radio yang memeriahkan suasana. Tak lama kemudian, lagu kegemaranku berkumandang di corong radio. Aku tersenyum dalam hati. Kalaulah Adam tahu yang lagu ini menggambarkan perasaanku kepadanya...
“Ni lagu favourite akak kan?” soal Adam. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.
Aku terkedu sekejap. “Mana tahu?”
Adam tersenyum manis. “Kalau akak nak tahu, Kak Aina tu sepupu Adam.”
Kata-kata Adam bagai tamparan buatku. “SEPUPU!!!” Aku terjerit. Aina!!!
“Kita shopping untuk walimah sekali ye akak?” soal Adam sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di  Mahkota Parade.
“Bila nak walimah? Adam belajar lagi kan? Tunggu Adam habis belajarlah,” tegurku. Duit pun tak ada, ada hati nak kahwin.
“Adam tinggal 2 bulan je lagi. Lepas ni habis. Bulan 8 konvo. Mungkin tolong umi dengan abi dekat kedai sementara cari kerja,” jelasnya.
Aku mengangguk tanda setuju. Kemudian aku terfikir sesuatu. “Tak payah bertunang dulu ke?”
Adam tersenyum manis. “Kita bertunang masa walimah terus. Tak payah banyak kali akak nak buat makan-makan.”
Aku ketawa. Apa sangat setakat menjamu orang makan. Sedekah, kan?

***

Majlis walimah pagi tadi berlangsung dengan meriah. Senyuman tak lekang dari wajah mak dengan abah walaupun penat seharian melayan tetamu. Aku memandang Adam yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Tangannya melambai ke arahku. Menyuruhku datang kepadanya.
“Adam nak kenalkan. Ni kawan-kawan Adam masa sekolah dulu.” Seorang-seorang Adam perkenalkan kepadaku. Semuanya juniorku di sekolah dulu. Aku hanya tersenyum.
“Err, Dam. Nak panggil akak ke?” soal salah seorang daripada mereka. Aku tergelak.
“Panggil je Diana. Kita bukan sekolah lagi kan?” Aku menjawab bagi pihak Adam.
Adam tersenyum senang. “Kenal tak tu?” Adam menunjukkan aku seorang wanita hampir sebaya dengan kami. Aku merenungnya lama. Macam pernah kenal.
“Amboi Kak Diana. Sampai hati tak kenal kita lagi kan. Iyalah, dah dapat budak baju biru. Mana nak ingat orang lain
“Siapa ya? Adam?” tanyaku kepada Adam. Adam membuat muka.
“Apa panggil Adam-Adam? Abang bukan junior sayang lagi, tau! Abang suami sayang. Ingat tu!” tegasnya di hapadan wanitaku. Soalanku dibiarkan sepi.
Wanita itu tertawa melihatkan kami berdua. “Kak Diana. Ini Fatin lah,” kata wanita itu.
Mulutku sedikit ternganga. What?! Fatin! Pantas tubuhnya aku peluk. “Fatin! Lamanya akak tak jumpa dengan Fatin.”
Fatin tertawa. “Eh, tadi dengar orang tu cakap tak payah ber‘akak-akak’. Ni apa dah jadi?”
“Fatin lain. Akak dah terbiasa macam tu,” ujarku.
Fatin hanya ketawa. Lama sebenarnya tak berhubung dengan buda-budak sekolah sains. Hanya Aina je yang aku selalu berjumpa. Itupun sebab sama kolej dekat universiti dulu.

***

Malam itu, rumah diriuhkan dengan suara sanak saudara. Riuh rendah rumah dibuatnya walaupun jam mencecah pukul 12.00 tengah malam. Aku masih di ruang tamu, bermain-main dengan anak saudara yang masih belum tidur. Jelingan mak aku buat tak endah.
”Diana,” akhirnya mak bersuara apabila aku masih leka melayan gelagat anak saudaraku.
“Diana!” panggilnya lagi. Aku menoleh. “Masuk bilik. Dah pukul berapa ni,” tegur mak. Aku buat tak tahu.
“Diana!!!” sekali lagi mak bersuara. Akhirnya aku melangkah malas ke bilik pengantin. Adam sudah lama masuk. Seawal jam 10.00 malam lagi.
“2 bulan lepas sibuk nak menikah. Ni dah depan mata main lari-lari pulak,” kata mak perlahan. Namun masih dapat ku tangkap butir bicaranya. Wajahku terasa panas.
“Assalamualaikum,” ucapku sebaik sahaja pintu bilik ku kuak. Adam sudah terbaring di atas katil. Dah tidur ke? Aku berjalan ke bilik air. Alahai, macam mana nak cakap dengan Adam eh? Malunya.
Aku membaringkan diri di sebelah Adam. Tiba-tiba terasa pinggangku di peluk.
“Oh, mak kau!” aku dah tergolek jatuh dari atas katil. Mak aih, patah pinggang. Adam tercengang-cengang melihatku.
“Ok tak?” soalnya.
Aku mengurut-urut pinggang yang terasa sengal sedikit. “Ok,” balasku pendek.
Kemudian aku kembali ke atas katil. Tangan Adam sekali lagi mencapai pinggangku.
“Adam, akak ‘cuti’ lah,” ujarku. Adam bangkit dari pembaringannya. Wajahnya berkerut.
“Sayang, berapa kali abang nak pesan, abang bukan junior sayang lagi tau!” tegurnya.
Alamak! Lupalah. Dah terbiasa membiasakan diri sebagai akak dengan semua junior!
“Sorry... sorry. Ok, lepas ni Diana tak panggil macam tu lagi,” pujukku. Adam kembali berbaring.
“Err... Abang,” teragak-agak aku mahu memanggilnya. Adam menoleh dengan senyuman.
“Aina ada cerita apa-apa ke pasal Diana?” soalku. Pandangan Adam redup melihatku.
“Macam-macam,” jawabnya ringkas.
“Dia cerita apa?” desakku. Apalah yang Aina cerita pasal aku?
Adam masih tersenyum. Hai, sama je dengan Aina. Suka sangat tersengih!
“Aina satu dorm dengan sayang, kan?” soalnya. Aku mengiyakan.
“Aina pun bestfriend sayang, kan?” soalnya lagi. Sekali lagi aku mengiyakan.
“Aina cerita macam-macam. Cerita masa sayang first time nampak abang. Masa sayang usha abang dari tingkat atas surau...”
Wajahku terasa panas.
“... Masa sayang tengok ranking Fizik abang. Masa sayang nyanyi lagu UNIC kalau teringat kat abang,” ceritanya.
Aku menutup muka dengan bantal. “Dah... dah. Jangan cerita lagi,” ujarku. Mak datuk! Selama ni aku dok perhatikan dia dia tahulah? Kiranya aku ni bukan secret admirer lagi sebab dah tak secret dah! Adam tergelak.
“Masa sayang wish birthday abang pun abang tahu tu sayang. Lagi satu, sayang yang tinggalkan nota atas meja abang kan?” soalnya lagi.
Nasib baiklah gelap. Kalau terang, mesti dia nampak, satu kepala aku merah! “Ye. Memang Diana yang taruk. Ingatkan nak jadik secret admirer. Tapi tak sangka pula ada orang dah bocorkan,” luahku. Adam tersenyum.

“Sebenarnya bukan abang tak nak layan. Tapi abang dah set kan fikiran, masa belajar bukan untuk bercinta, nak bercinta lepas kahwin. Sebab pada abang cinta masa sekolah cinta monyet je semua tu. Last-last belajar ke mana, cinta ke mana. Tengok, kalau abang layan sayang, mesti sayang punya SPM drop. Kan? Tak ada jadi engineer macam sekarang.” Panjang lebar Adam bercerita. Aku bersetuju dengannya. Adam si pemangkin aku untuk belajar.
“Erm, tak kisah lah secret admirer ke. Apa ke. Yang penting Diana dah jadi isteri abang hari ni. Err... Lama lagi ke?” soalnya tiba-tiba.
Wajahku kembali panas. “Hrm... Hari ni hari first,” ujarku.
Adam mengeluh. “Tak apalah. Takkan lari gunung dikejarkan sayang?” bisiknya.
Mak aih! Geli aku orang main bisik-bisik ni. Aku menolak wajahnya.
“Saya Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3,” usikku.
“Banyak lah!” Adam menarik hidungku.
Suasana kembali sunyi. Akhirnya Adam dah lena dibuai mimpi. Aku menatap wajahnya. Tenang sungguh tidurnya. Tak sangka aku seniornya di sekolah menjadi isterinya. Budak berbaju biru gelaranku untuknya setiap kali aku bercerita tentangnya di dormku. Aku tersenyum sendiri. Doaku di dalam hati agar pernikahan ini akan berkekalan sampai ke hujung nyawa. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Waaa.. So sweet....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni penulis suami aku ustaz kn?..novel ni ke yg jd movie yg adi putra n nora danish blakon?wow..hebatnya tt
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 04:25 PM | Show all posts
aku_dia replied at 4-4-2015 10:36 PM
Kikiki. alhamdulillah, dah ada dua dah.

Suami Aku Ustaz dengan yang terbaru, Oh, My Prince!  ...

oh ko yg tulis novel suami aku ustaz tu?LOL..tahniah ler novel ko  diadaptasi ke filem.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 12:39 AM | Show all posts
kakZue replied at 13-5-2015 09:56 AM
Tt ni penulis suami aku ustaz kn?..novel ni ke yg jd movie yg adi putra n nora danish blakon?wow..he ...

Ya saya. tak adalah hebat mana pun. ramai lagi yang hebat2 diluar sana.
Alhamdulillah, rezeki tak disangka2. Jangan lupa tengok di panggung. ehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 12:40 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-5-2015 04:25 PM
oh ko yg tulis novel suami aku ustaz tu?LOL..tahniah ler novel ko  diadaptasi ke filem.

ya saya. alhamdulillah tq.. jangan lupa tengok di panggung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 01:56 AM | Show all posts
Lama tak update cerpen. Hehe.

Cerpen 07: Maafkan Mama.

*Ditulis pada tahun 2009. Hehe.

“Anak kamu tu bila nak berlaki? Kamu tak takut ke dia jadi anak dara tua?”
Suara Mak Nah dapat aku dengar dari bilikku. Rumah kampung yang dibina daripada kayu pasti membolehkan suara menembusi dinding rumah ini.
“Entahlah, Kak Nah. Saya pun dah tak tahu macam mana nak nasihatkan si Sarah tu. Bila saya tanya bab kahwin je, pandai dia mengelak,” keluh mak.
Aku mendiamkan diri. Sengaja hendak mendengar perbualan mereka.
“Kalau susah-susah sangat biar akak je yang carikan. Kamu setuju?” tanya Mak Nah.
Aku tidak dengar mak menjawab. Tak lama kemudian barulah dia bersuara.
“Tak payah lah, kak. Tak ada maunya si Sarah tu. Dia tu sibuk dengan kerja. Kejap ke sana, kejap ke sini.”
“Kerja tu tak ke mana. Kalau perempuan tetap perempuan. Belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus pun, balik rumah tetap ke dapur. Kan ke bagus kalau dia kahwin,” Mak Nah sudah mula membebel.

Alahai, ini yang rimas kalau sesekali balik kampung! Bukannya orang nak faham. Aku sekarang ni tengah usaha lebih supaya bos puas hati dengan hasil kerja aku. Kerja merupakan passion aku. Kalau dah kahwin, kurang komitmen kat kerja. Tak seronoklah hidup!
Tapi itulah. Aku kesian juga kat mak. Terpaksa dengar cakap orang. Bukan aku tak tahu, ramai yang dok mengata cakap aku buat kerja tak senonoh kat bandar tu. Dah dapat apa yang aku nak tu yang tak nak kahwin. Hai, mulut orang! Kalau mulut tempayan, aku dah tutup dah. Letak batu seketul dekat atas jangan sampai terbuka sekalipun ditiup angin!

“Biarlah dia Kak Nah, sampai jodoh nanti, berlaki jugak dia tu,” suara mak menyebelahiku.
“Takkan lah sampai ke tua nak tunggu jodoh datang Yah, oi! Kita kena usaha juga cari! Ni hah, anak Abang Mail kat hujung kampung tu tua dua tahun dengan anak kamu. Kira sesuai lah tu. Kerja bagus.  Dekat bandar juga. Kamu tak nak ke?” Mak Nah cuba memprovok mak.
“Bukan Yah yang nak kahwin, kak. Si Sarah tu. Buatnya dia tak setuju? Kalau saya, saya setuju aje. Nak kahwin sekarang pun boleh. Lagipun saya dah lama menjanda,” mak ketawa. Aku tergelak dalam hati. Tak dapat bayangkan muka Mak Nah bila mak cakap macam tu.
“Isk kamu ni. Kak Nah cakap betul-betul kamu buat main pulak!” marah Mak Nah.
Aku berbaring di atas katil. Menghilangkan penat memandu hampir 5 jam. Baru je balik dah dengar orang bising pasal kahwin. Yang Mak Nah tiba-tiba ada kat rumah aku ni pun nak buat apa? Hrm... Biarlah dia. Tanpa sedar aku terlena.

“Sarah? Kau nak join tak trip ke Langkawi tu?” soal Wani yang duduk di hadapan ku. Aku mengangkat muka dari kertas kerja.
“Bila ye? Aku lupa lah,” tanyaku kembali. Wani hanya mnggeleng-gelengkan kepala.
“Kau ni Sarah. Kerja, kerja juga. Hal dunia cubalah ambil tahu sikit. Trip tu 2 minggu lagi. Ramai nak join ni. Orang Johor pun tumpang sekaki,” ujar Wani. Kemudian dia berjalan menuju ke mejaku dengan sehelai kertas putih.
“Jomlah. Boleh pergi dengan aku. Kita duduk sebilik. Kau isi borang ni. Hari ni last day kena submit.” Kertas putih itu diletakkan di atas mejaku. Nak ke tak nak? Aku menimbang-nimbang di dalam kepala.
“Jomlah!” gesa Wani.
“Ok... ok! Aku kena beritahu mak aku dulu. Dah janji nak balik kampung...”
“Mak kau mesti bagi punya. Kau bukanya budak sekolah lagi! Lagipun, bila masa nak hang out dengan kawan-kawan? Asyik kerja... kerja... kerja! Nanti lepas isi borang ni, jangan lupa bagi aku!” Wani berlalu ke mejanya. Kertas di atas meja ku capai lalu aku isi.
Tak apalah mak Sarah tak balik bulan ni. Dah lama tak bercuti. Balik kampung pun dengar orang bercakap. Walhal aku baru je 27 tahun. Dah orang sibuk-sibuk aku tak kahwin lagi. Kalau 37 satu hal jugak!

***

Dua minggu telah berlalu. Hari yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba juga! Kami menaiki feri di jeti Kuala Perlis. Ramai juga yang ikut trip ni. Campur dengan cawangan Johor, dekat seratus orang juga. Company awal-awal dah booked hotel kat kawasan Pantai Chenang. Aku duduk sebilik dengan Wani, Ina dan Yana.
Hari pertama di Langkawi, kami di bawa ke pekan Kuah. Sempat juga aku membeli coklat untuk adik-adik saudara aku. Nak belikan pinggan mangkuk untuk mak, susah pula nak bawa balik nanti. Sedang aku membelek-belek coklat, bahuku di langgar oleh seorang lelaki. Aku menoleh.

“Sakitlah!” marahku. Bahu yang terasa perit aku usap.
“Sorrylah! Bukannya sengaja! Tak ada maknanya saya nak langgar awak!” melengking suara lelaki itu.
Aku memandang wajah lelaki itu. Aik, dah langgar aku nak tengking-tengking aku pulak. Dah la depan orang ramai. Beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Malu sungguh!
“Tak beradab betul. Dah langgar nak tengking kita balik. Bajet bagus sangatlah!” rungutku perlahan. Tak mahu dia dengar.
“Memang bagus pun!” tiba-tiba lelaki itu bersuara. Aku terkejut. Malas mahu memanjangkan cerita, aku melangkah ke rak lain. Gila punya orang!
Sebaik sahaja kami pulang ke bilik, aku menceritakan semuanya kat Wani. Dia hanya ketawa dan menyuruhku bersabar. Katanya, ‘mamat tu baru lepas putus cinta kot.’ Aku tergelak. Putus cinta sampai nak marah aku pulak! Bukan aku ni awek dia.

***

Keesokannya, kami bersarapan di hotel sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Aku mencedok sesenduk nasi goreng dan mengambil secawan kopi. Sewaktu sedang makan, mataku terpandangkan ke arah lelaki yang melanggarku semalam. Dahi aku berkerut. Dia pun duduk sini? Bagai tau aku sedang memerhati, lelaki itu mengangkat muka. Kami berbalas pandangan. Aku tidak memberikan apa-apa reaksi dan meneruskan kunyahanku. Apabila dia memandang ke arah lain, aku mencuit siku Wani.“Mamat yang putus cinta semalam,” bisikku perlahan. Wani mengangkat kening bertanya.
“Yang pakai t-shirt dark blue tu. Duduk betul-betul bertentangan dengan aku,” terangku.
“Oh, ok! Dah nampak.” Dan kami meneruskan kunyahan.

Aktiviti pagi itu adalah menaiki cabel car. Aku sudah mula cuak melihatkan ketinggian yang bakal dilalui. Wani sudah menarik tanganku. Mengajakku sama-sama beratur untuk naik.
“Aku tak nak. Gayat!” kataku. Peluh sejuk dah mula keluar. Itu belum naik lagi!
“Jomlah. Rugi tau tak naik!” ajaknya.
Akhirnya aku setuju. “Aku nak ke toilet dulu.” Wani hanya tersenyum. “Cepat sikit!”

Akhirnya, tiba giliran kami untuk memasuki cabel car. Ina dan Yana dah selamat kat atas agaknya. Tinggallah aku dan Wani. Disebabkan ramai, pihak pengurusan meminta kami naik berenam. Kemudian, aku dan Wani terpaksa naik dengan 4 orang lelaki yang turut beratur di hadapan kami tadi.

Setelah empat orang lelaki itu masuk, giliran kami berdua pula yang masuk. Wani mendahuluiku dan duduk di sebelah pintu. Mahu tak mahu terpaksalah aku duduk di antara Wani dan salah seorang lelaki tadi.

Pada awal perjalanan, aku tidak merasa apa-apa. Apabila kereta itu sudah mula menaiki gunung, barulah aku terasa gayatnya. Peluh sejuk sudah keluar. Aku terasa ingin patah balik sekarang juga. Dek kerana takut yang amat, aku memejamkan mata. Tanganku mencapai tangan Wani di sebelahku. Terasa tangan Wani erat memegang tanganku. Mengurangkan rasa takutku.

Sampai di stesen pertama, pintu kereta ini terbuka sendiri. Tiada seorang pun yang keluar. Tanganku masih selamat di dalam tangan Wani. Aku masih tidak membuka mata dan hanya menunduk ke bawah.

Tiba di stesen kedua, pintu sekali lagi terbuka. Waktu itu barulah kami berenam keluar. Aku membuka mata dan nampak 3 orang lelaki di hadapanku tersenyum-senyum melihatku. Aku menarik tanganku. Peliknya Wani tak melepaskannya. Aku menoleh. Lah! Aku salah orang! Mati-mati aku ingat yang aku pegang itu tangan Wani. Kenapa aku tak sedar tangan itu lebih besar dan kasar? Aku Rasa malu mula menerjah. Ya Allah... apa aku dah buat ni? Cepat-cepat aku menarik tanganku dan keluar dari kereta itu.

“Sampai hati kau,” kataku kepada Wani. Wani tersenyum-senyum melihatku.
“Dah kau yang pegang. Aku nak cakap apa,” balasnya.
“Patutlah yang lain senyum-senyum tengok aku. Rupa-rupanya aku pegang anak teruna orang.” Dan malangnya oarang itu adalah lelaki putus cinta malam tadi
“Dia tu sebenarnya dari cawangan Johor,” cerita Wani.
“Mana kau tahu?” soalku pelik.
“Adalah. Eh, aku nak pergi kat jambatan tu. Kau nak ikut?” Wani menunjukkan arah yang ingin dituju.
“Tak nak! Gayat!” balasku. Wani tersengih.
“Kalau macam tu, kita jumpa kat sini nanti kalau dah nak turun. Kau tunggu eh,” kata Wani sebelum dia mengorak langkah.
Aku melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang. Subhanallah. Lawa sungguh. Tanpa aku sedar, ada seseorang di sebelahku.
“Hai,” tegur si dia. Aku menoleh. Ek?
“Err, hai,” balasku. Mukaku dah terasa panas. Malu! “Sorry tadi. I ingat tangan kawan I. Gayat sangat sampai tak perasan.”
Lelaki itu tersenyum. “Tak apa,” katanya pendek.
Huh, memanglah tak apa! Sebab perempuan yang pegang tangan kau. Bukannya nyah!
“Sebenarnya dari semalam saya cari awak.” Tiba-tiba dia bersuara. Aku mengangkat kening. Cari aku?
“Saya nak minta maaf sebab marah awak malam tadi. Mood swing. Awek minta putus. Dah 5 tahun kitorang kawan, tiba-tiba dia ada yang lain. Tu yang saya marah sangat tu.” Panjang dia menceritakan kisah dia dan aweknya. Aku tersengih. Tak sangka betul cakap Wani. Lelaki putus cinta!
“Kenapa awak senyum?” tegurnya. Aku tersentak. Erk, hehe...
“Sorry. Tak apalah. Mungkin ada yang lebih baik,” kataku. Mataku lekat melihat pemandangan yang indah tadi.
“By the way I’m Akmal,” katanya. Tangan dihulurkan tanda persahabatan.
“Sarah. Maisarah, tapi I prefer orang panggil Sarah.”
“How about Mai? Sound cute. I like it,” katanya. Terjalin sudah sebuah persahabatan.
Mai? Itu untuk suami aku je, balasku di dalam hati. “Boleh juga,” kataku. Lain di mulut, lain di hati!

***

Semenjak trip ke Langkawi berapa bulan sudah, aku semakin rapat dengan Akmal. Apa yang aku dapat simpulkan dari sikapnya, Akmal seorang yang sangat bertimbang rasa, penyabar, protektif dan romantik. Ahah, suka yang terakhir tu.
Kerjaku berjalan seperti biasa. Sebagai assistant engineer, aku lebih banyak bekerja di site. Tapi rezeki untuk naik pangkat dan gaji masih belum nampak lagi. Terpaksalah aku berkerja keras sedikit. Apa boleh buat... selalu sangat bertukar-tukar tempat kerja sejak habis belajar dulu. Macam manalah bos nak yakin dengan aku.
Suatu malam tu, Akmal menelefonku. Menyatakan hasrat hatinya. Katanya tak nak berkawan lama sangat nanti melepas. Katanya lagi, dia mahu kami bercinta selepas berkahwin. Percintaan yang memang dah lama aku bayangkan.
Mak gembira betul bila aku beritahu keluarga Akmal hendak datang hujung bulan ni. Tersenyum meleret dia. Mak kata, tak payah nak lama-lama. Terima, bertunang terus. Alahai, mak! Seronok betul dia. Kena pula aku ni anak tunggal. Macam bakal meriah je kalau walimah nanti.
Cukup tempoh 3 bulan bertunang, akhirnya aku dan Akmal disatukan. Mak tersenyum sepanjang majlis walaupun aku tahu dia penat. Mak Nah pun senyum je melihat aku dengan Akmal bersanding. Tak ada lagi mulut mereka yang sering mengutukku. Aku senyum senang hati. Bagus! Biar senyap sikit mulut mereka daripada sibuk menjaja cerita aku yang belum tentu sahih.

***

Lima bulan kami hidup bersama, Akmal masih lagi bekerja di Johor. Hanya di hujung minggu kami akan bertemu. Bila Akmal memberitahuku yang dia akan pulang hujung minggu, terpaksalah aku pulang awal sedikit daripada hari-hari yang biasa. Bos pula, pasti menjeling bila aku keluar tepat-tepat waktu kerja tamat.
“Assalamualaikum,” suara Akmal memberi salam. Aku bangkit dari kerusi dan membuka selak di pintu. Beg pakaian Akmal aku ambil dan tangannya aku salam. Seperti biasa, dia akan mencium dahiku setiap kali kami berpisah atau bertemu.
“Dah sampai Akmal, Sarah?” soal mak dari dapur.
“Dah mak,” jawabku. Wajah Akmal nampak letih dan pucat. Aku meraba dahinya.
“Abang tak sihat, ya? Eh, abang demam ni,” kataku sebaik sahaja dapat merasakan dahinya panas. Mujurlah tak ada apa-apa berlaku di atas jalan. Nauzubillah!
Akmal terus baring di atas sofa di ruang tamu. “Abang dah 3 hari demam,” jelasnya.
“Ya Allah, dah tahu tak sihat kenapa balik juga? Nasib baik tak apa-apa.”
“Abang rindu...” katanya pendek. Aku rasa terharu. Lantas tangan Akmal aku tarik. Menyuruhnya bangun.
“Jom masuk bilik. Salin baju. Nanti Mai ambil kain lembab. Letak kat dahi abang. Ok?” aku memapah Akmal ke bilik.
Selesai membantu Akmal, aku bangkit untuk keluar. Akmal menarik tanganku. Aku menoleh.
“Kenapa?” soalku pelik.
“Bila agaknya abang dapat jadi papa, sayang?” soalnya tiba-tiba. Aku menelan air liur. Tak pernah-pernah kami berbincang tentang anak. Bukannya dia tak tahu yang aku sangat mementingkan kerjayaku.
“Ada rezeki, adalah,” kataku berat lalu meminta diri untuk keluar bilik.

Keesokan harinya, demam Akmal mula kebah. Aku pula yang berjangkit daripadanya. Badanku seram sejuk. Dengan tekak rasa mual. Perut menolak apa sahaja yang aku makan. Akmal menyarankan aku ke klinik, tetapi aku enggan.
“Jangan degil! Karang kalau makin teruk siapa yang susah?” marahnya. Mahu tak mahu aku terpaksa juga menurut kehendaknya.
Kata-kata yang keluar dari mulut doktor benar-benar mengejutkanku. Perkara yang paling aku tak mahu akhirnya berlaku. Akmal tersenyum sahaja mendengarkan berita itu.
“Tahniah, puan mengandung.”
“Dah berapa bulan doktor?” soal Akmal. Tanganku diusap-usap.
“sembilan minggu. Masih awal. Puan kena jaga betul-betul kandungan puan,” pesan doktor perempuan itu sambil tersenyum manis.
Kami duduk di sofa yang disediakan sementara menunggu namaku dipanggil. Aku menanti dalam resah. Terbayang-bayang kerjaya aku bakal musnah disebabkan anak ini. Ah, aku sangat-sangat tidak mahukannya!
Aku hanya mendiamkan diri sehingga kami sampai di rumah. Aku hanya duduk di bilik dan tidak keluar-keluar sehingga mak menjadi pelik dengan tingkahku.
“Sayang, kenapa ni?” lembut Akmal menyoalku.
Aku menangis. Akmal benar-benar inginkan anak ini sedangkan aku ingin membuangnya. “Abang, Mai tak sedia lagi nak anak.”
Akmal terkejut melihatkan tangisanku. Tangannya mengusap-usap bahuku. “Kenapa ni? Anak itukan rezeki... amanah Tuhan ada kita.”
Aku menggeleng-gelengkan kepala. “Mai sayangkan kerja Mai. Kalau Mai pregnant, susah. Mai nak tumpukan dulu pada kerja sampai Mai puas. My job is my passion, abang...” aku melahirkan kebimbanganku.
“Mai... jangan fikir macam tu. Anak itu rezeki. Bukan semua orang Tuhan amanahkan dengan anak. Kita beruntung, Mai. Mai beruntung sebab berpeluang jadi ibu. Kerja itu nombor dua, sayang. Bila dah bekeluarga, keutamaan kita pun berubah,” pujuknya.
Aku menggeleng. Akmal tak faham. Dia takkan pernah faham!

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 01:56 AM | Show all posts
continued...


Sudah 9 bulan aku membawa kandunganku. Kerjaya aku berjalan seperti biasa. Masih tiada apa yang berubah. Tiada peningkatan gaji ataupun jawatan. Progres kerja aku semakin perlahan memandangkan kandungan aku membataskan pergerakanku. Ah, sepatutnya dari awal lagi aku ambil pil perancang tanpa pengetahuan Akmal!
Tarikh jangkaan bersalin semakin hampir. Pada satu malam, perutku mula terasa sakit. Akmal yang mengambil cuti untuk bersama dengan aku pada saat kelahiran membawaku ke hospital. Rasa sakit yang datang sekejap-sekejap itu merimaskanku. Akhirnya subuh itu aku melahirkan seorang bayi lelaki. Haikal.
Melihatkan wajahnya yang putih bersih, aku terus jatuh sayang kepadanya. Jika sebelum ini aku tidak dapat menerima kehadirannya, aku sudah mula menyayanginya. Janjiku, aku akan menjaga Haikal dengan penuh kasih sayang dan akan menggadaikan nyawa untuknya. Akmal lah orang yang paling gembira bila melihat perubahan aku. Sebelum ini, jenuh dia menasihati aku bila aku merungut tentang kehadiran anak yang tak dijangka.
“Sayang, baby nangis. Nak susu agaknya.” Akmal membawa Haikal yang sedang menangis dekat denganku. Aku mengambil Haikal daripada pegangan Akmal. Kucuba menyusukannya. Tetapi Haikal menolak. Aku menjadi pelik.
“Dia tak mahulah, abang. Cuba abang tengok pampers dia?” soalku. Haikal kuberikan kepada Akmal yang berdiri di tepi katil.
“Tadi baru tukar pampers baru. Takkan lah kejap sangat dah nak tukar balik?” kata Akmal sambil melihat ke dalam pampers Haikal untuk memastikan ia bersih.
“Sayang, kepala Haikal benjol sedikit. Ada terhantuk kat mana-mana ke?” soalnya pelik.
Aku terkejut. “Tak adalah. Mai tak perasan pula kepala Haikal benjol. Besar ke, bang?”
“Tak sangat. Eh, Haikal ni pun tak berhenti menangis. Anak papa kenapa sayang?” Akmal cuba memujuk Haikal.

Akhirnya, Haikal kembali senyap selepas lama menangis. Bila dia tersedar sahaja daripada tidur Haikal kembali menangis. Aku menjadi risau dengan keadaannya. Seharian Haikal menangis akhirnya kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital.
Tiba di hospital, Haikal di masukkan ke wad kecemasan. Dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya daripada sakit bersalin, aku menguatkan diri untuk terus tunggu walaupun Akmal bising menyuruh aku rehat saja di rumah. Bagaimana seorang ibu hendak berehat di saat anaknya bertarung dengan penyakit? Akhirnya setelah puas menunggu, seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Akmal terus mendapatkan doktor tersebut untuk mendapatkan penjelasan. Aku mengikut dari belakang.
“Macam mana anak saya doktor?”
“Awak ayah dia ke?” soal doktor itu. Menginginkan kepastian.
“Ya.”
“Kami baru selesai memeriksa keadaan anak encik dan kami mendapati ada ketumbuhan kecil di kepala anak encik. Saya terpaksa meminta tanda tangan encik untuk membenarkan kami membuat pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketumbuhan di kepala anak encik.”
“Anak ibu...!!!” aku terjerit mendengarkan kata-kata doktor itu. Aku hampir jatuh. Mujur Akmal memaut badan aku kuat agar terus berdiri.
“Apa risiko pembedahan ya doktor? Berapa peratus untuk pembedahan berjaya dan apa kesannya kepada anak saya?”
Aku sudah tidak mampu hendak mendengar jawapan doktor bagi soalan-soalan Akmal. Tangisan aku tidak mampu aku kawal lagi. Haikal... anak ibu...
Akmal menandatangani borang kebenaran itu, doktor itu kembali masuk ke dalam. Akmal sesekali memeluk aku cuba menenangkan aku. Wajah Haikal terbayang-bayang di mata. Allah... selamatkan anakku...

***

Aku tidak sedar masa berlalu. Akmal di sebelah tak putus-putus membaca surah yaasin manakala aku sudah menggigil kerana tidak tahan dengan suasana di hospital. Hendak pulang, aku hendak tahu sendiri bagaimana keadaan Haikal. Sesekali badanku terasa seram sejuk kerana keadaan yang tidak selesa dengan aku yang masih berpantang. Melihatkan pintu wad kecemasan dibuka, aku dengan Akmal cepat-cepat mendapatkan doktor yang menjadi ketua pembedahan tadi.
“Macam mana doktor? Boleh saya lihat anak saya?” soal Akmal. Wajahnya penuh mengharap dapat mendengar berita yang baik.
Doktor itu menggeleng perlahan. Aku sudah terasa tidak sedap hati. Tanganku memegang erat tangan Akmal.
“Saya harap encik dan puan bersabar banyak-banyak...”
“Allah...!!!” aku sudah terjerit dan terjelepok jatuh tanpa sempat mendengar kata-kata doktor itu. Dengan air muka yang muram, pasti saja beritanya...
“Anak ibu... jangan tinggalkan ibu sayang...” aku meraung di ruang menunggu. Akmal cepat-cepat memeluk aku.
“Saya minta maaf puan. Kami dah cuba yang terbaik. Allah lebih sayangkannya. Sabar puan...” nada suara doktor itu turut kedengaran sedih. Jururawat dan beberapa lagi staf hospital yang bersama dengan doktor itu membantu menenangkan aku. Aku menggeleng. Aku tak mahu apa-apa di atas dunia ini selain daripada anakku, Haikal. Haikal... ibu loves you so much! Jangan tinggalkan ibu, Haikal... Haikal anak ibu...

***

Pagi Jumaat, aku dan Akmal sama-sama menziarahi pusara Haikal. Tanahnya masih merah. Menunjukkan baru sangat dia pergi menghadap Ilahi. Aku mengusap-usap batu nisan yang tegak berdiri. Dada aku terasa ketat. Tak semena-mena, air mataku tumpah lagi. Aku telah kehilangan anakku. Anak yang aku tak mahukan kehadirannya. Dan kini dia telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Kerjaya yang aku kejar dahulu masih lagi begitu... dan mungkin akan kekal begitu. Apa yang aku harapkan, aku tak dapat dan apa yang aku ada, aku kehilangan...
Akmal menarik aku rapat ke dadanya. Mujur suami aku tidak menghukum aku atas pemergian Haikal. Haikal... tenangkan kau di sana. Tuhan, ampunkan aku atas ketelanjuranku. Izinkan aku bertemu dengan permata hatiku itu di akhirat sana...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.177258 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list