CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1673|Reply: 0

Minat mendalam kunci kejayaan - Nicol

[Copy link]
Post time 6-4-2015 09:41 AM | Show all posts |Read mode


        Datuk Nicol Ann David berharap pemain junior kebangsaan mampu mempamerkan minat yang mendalam di dalam sukan skuasy hingga ke peringkat lebih tinggi.   
    Pemain skuasy nombor satu dunia, Nicol berkata program pembangunan skuasy juga perlu diperhalusi dengan memberikan bimbingan yang betul untuk bakat-bakat muda.

"Kita mempunyai banyak pemain junior ... kita perlu memberikan mereka galakan untuk membolehkan merasa seronok dan gembira bermain skuasy.  

Kita mempunyai satu program pembangunan junior. Banyak pemain junior yang datang menyertai antara 500 ke 700 kanak-kanak.  Kesemua mereka mahu bermain dengan baik tetapi saya boleh melihat ada antara mereka yang terlalu mahukannya dan ada yang tidak berapa pasti hala tuju mereka.

"Skuasy adalah amat menyeronokkan, mereka boleh berseronok bersama rakan-rakan dan menikmatinya. Jangan memberikan tekanan untuk menjadi seperti saya atau Wee Wern (Low Wee Wern)," beliau memberitahu pemberita pada satu majlis menghargai pencapaian Nicol sebagai pemain nombor satu semasa dunia paling lama oleh CIMB, penaja kejuaraan.

Nicol juga melahirkan perasaan terhutang budi kepada jurulatihnya Liz Irving yang membantu beliau selama 12 tahun di dalam skuasy untuk muncul sebagai pemain yang menyerlah dan berdaya saing dalam menjadi pemain nombor satu dunia untuk 106 bulan.

"Sebagai jurulatih pemain skuasy, beliau memahami apa yang saya perlukan. Beliau memberikan segala masihat dan kepakaran.  Beliau mencari dan memilih  mereka yang tepat untuk bekerja dengan saya sebagai satu pasukan. Saya fikir beliau juga tidak terlalu mengongkong anak didiknya, " katanya.

kredit:www.amanz.my
   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063016 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list