CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 0

Zainal Abidin puji disiplin anak buahnya

[Copy link]
Post time 6-4-2015 09:56 AM | Show all posts |Read mode


Disiplin permainan tinggi dipamerkan pemain Pahang ketika bertemu Lions XII di babak kedua saingan Liga Super menjadi kunci utama kejayaan pasukan itu mencatat kemenangan 3-2 di halaman sendiri, malam tadi.
                Pengendali skuad yang terkenal dengan jolokan Tok Gajah itu, Zainal Abidin Hassan berkata anak buahnya telah berusaha bersungguh-sungguh memperkemaskan rentak permainan setelah menampilkan aksi cuai pada separuh masa pertama.

"Pada separuh masa pertama, kita mendapat banyak peluang termasuk dua dilihat memang boleh menghasilkan gol buat Pahang tetapi ia disia-siakan.

"Sebaliknya, Lions XII menghukum kita dengan jaringan pendahuluan ekoran kecuaian pemain. Namun, syukur Matias Conti berjaya menyamakan keputusan dan ini titik tolak mengubah corak permainan Pahang kepada lebih tersusun dan berdisiplin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata Pahang lebih banyak menguasai perlawanan selepas itu dan berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk memastikan tiga mata penuh dalam genggaman mereka.

"Saya berpuas hati dengan prestasi pemain, cuma di akhir perlawanan kita agak lalai dan ini membuka ruang kepada Lions XII merapatkan jurang gol.

"Hal ini perlu diperbaiki agar tidak berulang. Walau apapun, kemenangan ini berjaya melonjakkan moral pemain setelah kita sudah lama tidak memperoleh kemenangan dalam saingan liga," katanya.

Mengenai pertemuan Pahang menentang Pulau Pinang dalam kempen Piala FASelasa ini, Zainal Abidin berkata beliau meletakkan harapan agar anak buahnya mampu melangkah lebih jauh dalam saingan itu.

"Saya harap pemain tidak sia-siakan peluang dan bermain untuk mencatat kemenangan. Pulau Pinang belum pernah kalah, jadi saya tidak menganggap pertemuan kali ini antara kita, sebuah pasukan Liga Super menentang pasukan Liga Perdana kerana rekod mereka lebih baik," katanya.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list