CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1594|Reply: 0

Patito wira baru Harimau Selatan

[Copy link]
Post time 6-4-2015 10:01 AM | Show all posts |Read mode


Patricio Rodriguez jadi wira di Larkin selepas membantu Johor Darul Takzim (JDT) mencatat kemenangan berharga 2-1 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi saingan Liga Super.
                Pemain yang baru saja dipinjam dari kelab Brazil Santos mempamerkan aksi mantap sebaik perlawanan di mulakan.

ATM terlebih dahulu berada didepan pada minit ke 23 menerusi jaringan awang import Jerry Palacios.

Namun itu langsung tidak mematahkan semangat skuad kendalian Bojan Hodak untuk bingkas mencari gol penyamaan.

Hasilnya, Patricio berjaya membuka ruang buat Amri Yahyah untuk meledak gol pertama JDT pada minit ke 31 selepas membuat lorongan yang cantik.

Bermula babak kedua, Patricio mempamerkan kemantapan pengawalan bolanya yang membawa kepada jaringan oleh Safiq Rahim pada minit ke 56.

Walaupun ini baru perlawanan pertama buat Patricio Rodriguez namun aksinya sudah cukup untuk membuatkan penyokong Harimau Selatan berasa teruja dengan kemampuan pemain kelahiran Argentina itu.

Keputusan lain:

Felda United 1-4 Perak

Pahang 3-2 Lions XII

Selangor 3-2 Sime Darby

Terengganu 2-1 Kelantan

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061895 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list