CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1756|Reply: 0

Penjaga Gol JDT II Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 6-4-2015 10:03 AM | Show all posts |Read mode


Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad ditahan polis selepas perlawanan membabitkan pasukannya dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya malam tadi.
                Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pemain berusia 33 tahun itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955 Pindaan 1987.

"Pemain itu masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan selepas selesai siasatan dia akan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sumber polis memberitahu pemain berkenaan dilihat mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota pasukan keselatam yang bertugas ketika sedang berjalan memasuki bilik persalinan sejurus permainan berakhir kira-kira pukul 10.50 malam.
Terdahulu, perlawanan berlangsung dalam keadaaan tegang dengan pengadil Mohd Jeffrey Zolkefli melayangkan tiga kad kuning kepada pasukan Pulau Pinang manakala pasukan pelawat menerima dua kad kuning.

Situasi semakin tegang apabila penonton menunjukkan reaksi tidak berpuas hati dengan bersorak dan mula membaling bekas minuman kosong dan sampah ke dalam kawasan padang pada minit ke-85.

Mohd Zaquan Adha meledak gol tunggal JDT II seawal minit kedua sebelum Pulau Pinang bangkit menghasilkan dua gol menerusi Hilton Moreira dan Alberto Goncalves dalam masa kecederaan.

Kredit imej: Anis Faron Fans Club (AFFC)

sumber:www.stadiumastro.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049175 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list