View: 4641|Reply: 42
|
[Tempatan]
Tun M ketinggalan zaman kata Timbalan Pengerusi UMNO Sabah
[Copy link]
|
|
Edited by ib-instaforex at 6-4-2015 06:28 PM
PETALING JAYA: Kritikan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dikatakan mempunyai agenda tersirat.
Dakwaan itu dibuat, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam entri terbaru di blognya yang mempersoalkan tindakan Dr Mahathir.
Tulisnya, bekas Perdana Menteri itu berhak untuk menyuarakan pandangan, tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain menerimanya.
Selain itu, beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.
“Pandangan dan pendekatan yang dibawa oleh Tun Mahathir mungkin sesuai pada eranya, tetapi mungkin tidak sesuai pada zaman ini,” ujarnya.
Jelas Salleh lagi, bagi sesebuah negara demokrasi pendapat Najib juga harus dihormati oleh semua pihak termasuk Tun Mahathir sendiri.
“Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak semua keputusan beliau dipersetujui oleh ahli-ahli parti, tetapi terus menyokong keputusan itu atas dasar dan prinsip menghormati keputusan ketua nombor satu,” tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian Madey..akhirnya di cerca macai sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan Zaman moden ni macai lebih berkuasa dari bos |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg ketinggalan zaman tu la ke ulu hilir dijemput masyarakat antarabangsa utk berucap...
yg hang up to date tu duk ampu punggung rosmah |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan zaman si kitul berulang sudah |
|
|
|
|
|
|
|
korang senang sekarang pun kerana madey jugak..
xsedar diri..
dasar macai..
|
|
|
|
|
|
|
|
TUn memang nak runtuhkan BN
aritu saja selamatkan BN sbb nak bg anak dia merasa jadi MB |
|
|
|
|
|
|
|
madey dpt jumpa obama? bush? clinton?
cer tgk pemimpin agung kita mapudulung najib Razak.... dpt main golf lg dgn Obama
|
|
|
|
|
|
|
|
Time ni la nk enterframe....untung2 dpt jawatan muntri penuh...x pyh susah2 pijak kpla org lain |
|
|
|
|
|
|
|
hurm... macam2 dah berlaku... mesti PM lebih pening kepala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah dapat tangkap idea sebenar madey...nak jadikan anak dia pm Malaysia. Tapi kena berbaris lah... |
|
|
|
|
|
|
|
bila TDM nak masuk rumah orang2 tua? |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu mudah lupe...dulu Madey cakapcakap sepatah..correct correct correct...cakap sepatah...correct correct correct
Bangsa pengampu pembodek kannn |
|
|
|
|
|
|
|
Kann.....
Pantang kena kritik jer, ada agenda tersirat laa.
Kritik jer, nak jatuhkan orang laa.
Kritik jer, pitenah laa.
Setiap tetingkat heirarki dari atas sampai bawah parti persatuan, memang dah diajar macam tu.
Patut laa asyik angguk-angguk setuju jer.
Kalau dah sedia maklom bodoh, blajar-blajar laa terima kritikan.
Orang bodoh, kalau tak menerima kritikan, sampai bila-bila pun bodoh sebab takde bende yg boleh di buat teladan.
Tambah pulak dengan sombong, emmm..... memang bodoh sombong saje ler.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat dalam PR tu pong, sumenya HANGOK-HANGOK sajok.
Periok kata kuali itam, padahal awok lagi itam legam........ |
|
|
|
|
|
|
|
aircond kuat betul. sejuk je suasana di sekeliling no 1. |
|
|
|
|
|
|
|
aikk??
madey sama bijan berlaga
PR jugak yg salah
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la kata org johor dulu.... asal kan BN/UMNO... menyet pun dapat undi la.... kui kui kui....
|
|
|
|
|
|
|
|
kritikan TDM memang ketinggalan zaman....semua persoalanya Najib dah jawab...
PM dah arahkan Ketua Audit siasat 1MDB, tunggu ajelah lapuran dari ketua Audit...
PM arah ketua audit siasat 1MDB
130 0 0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengaudit akaun-akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata laporan audit itu akan diserahkan untuk diperiksa secara telus oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kabinet juga sudah dimaklumkan tentang arahan Najib itu.
"Jika ada sebarang salah laku, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata PMO.
Arahan itu dikeluarkan selepas Najib memanggil 1MDB dan firma audit mereka, Deloitte, bertemu Jemaah Menteri hari ini.
Sementara itu, firma pelaburan kerajaan itu petang ini turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan arahan Najib itu.
"Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan ketua audit negara dan berharap agar hasil daripada ini akan menamatkan segala spekulasi," kata Presiden 1MDB Arul Kanda.
Dalam kenyataannya, Arul turut menyifatkan bahawa "serangan" terhadap mereka mutakhir ini "bersifat politik" dan "berpotensi mengancam ekonomi".
"Ini adalah usaha yang diatur dengan sengaja untuk menjejaskan syarikat ini dengan menyebarkan tuduhan dan spekulasi tidak berasas yang mempunyai potensi menjejaskan ekonomi," katanya.
PAC sebelum ini mengenal pasti isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC menggesa siasatan ke atas perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan status wang yang disimpan di Cayman Islands.
Isu dengan Altantuya pun Najib dah jawab
ARKIB : 23/08/2008
Najib lafaz sumpah tidak kenal AltantuyaBUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.
‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”
Syed Abdul Rahman berkata, apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya”.
“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.
Terdahulu, Najib yang menyempurnakan solat Isyak di masjid itu menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid dan surau untuk seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti di sini.
Sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia tersebut.
Malah, dalam ceramah Anwar, beliau secara sinis mencerca Najib sebagai individu yang terlibat dalam pembunuhan bekas model tersebut.
Najib berkata, sumpah yang dilafazkan olehnya itu tidak bermakna beliau mahu sesiapa tampil membuat perkara yang sama.
‘‘Ini tidak bermakna saya nak ajak orang lain untuk sumpah atau tak sumpah. Masing-masing buatlah keputusan sendiri.
“Tetapi kalau dia nak ejek saya, momokkan saya, saya tetap berdiri di atas landasan yang benar,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ANjing dah bertukar tuan....
tuan lama pun digigit kekdahnye....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|