CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 0

Xiaomi Menyambut Ulang-Tahun Ke-5 Esok

[Copy link]
Post time 7-4-2015 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Xiaomi Menyambut Ulang-Tahun Ke-5 Esok – Menawarkan Beberapa Produk Baru Di Malaysia
Xiaomi merupakan salah satu jenama telefon pintar dari China yang mempunyai komuniti yang kukuh disebaliknya. Kini, pada tahun ini, mereka akan menyambut ulang-tahun ke-lima, dan bersempena dengannya, Xiaomi akan mengadakan pelbagai promosi dan tawaran khusus, termasuk untuk para pengguna di Malaysia.
Xiaomi menamakan 8 April ini sebagai Mi Fan Festival 2015, dimana mereka akan menyediakan pelbagai promosi menarik dari 10 pagi hingga ke 10 malam melalui jualan di web rasmi mereka.



Di Malaysia, salah satu produk baru yang akan dipasarkan oleh Xiaomi adalah Mi Headphones pada harga RM319 dan juga Redmi 2 berwarna kelabu gelap. Selain daripada itu, pelbagai aksesori akan dipasarkan oleh Xiaomi, termasuk Mi band Strap bewarna, LED Light untuk Mi Power Bank, Mi Power Bank 5000mAh berwarna merah, dan juga Mi Phone Holder.
Selain daripada itu, Xiaomi turut mengadakan jualan pelbagai aksesori mereka – terutamanya Mi PowerBank dan juga Mi In-Ear Headphones, dan juga penawaran Mi Teddy Bear Bunny pada harga RM34.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pelbagai produk Xiaomi pada harga istimewa dan juga pelbagai aksesori daripada syarikat China yang semakin kian meningkat naik namanya esok – 8 April.




kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.475919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list