CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 0

Australia terlalu ampuh buat Malaysia

[Copy link]
Post time 7-4-2015 08:19 AM | Show all posts |Read mode

        
Setelah tewas 4-2 berdepan New Zealand semalam, skuad hoki negara hari ini tewas lagi kali ini berdepan gergasi hoki dunia Australia dengan jaringan 3-2.   
    Australia mempamerkan aksi mantap sebaik perlawanan bermula namun terpaksa menunggu hingga minit ke 43 untuk membuka tirai jaringan menerusi Jamie Dwyer.

Namun 10 minit selepas itu Dwyer sekali lagi menjadi wira Australia dengan menjaringkan gol kedua.

Jaringan itu bagaikan membuat skuad negara bangun dari tidur dan mula memperkemaskan permainan, akhirnya Firhan Ashaari berjaya meledak gol pertama pada minit ke 56.

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila Australia bingkas menjaringkan gol ketiga menersi Dylan Wotherspoon.

Pemain berpengalaman Tengku Ahmad Tajuddin berjaya merapatkan jurang setelah pukulan penalty corner-nya berjaya menerjah gawang Australia.

Walaubagaimanapun, tiada sebarag jaringan penyamaan dihasilkan skuad negara dan keputusan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Positifnya kali ini, Malaysia mempamerkan permainan yang lebih baik walaupun terpaksa menunggu hingga minit ke 50.

sumber:www.stadiumastro.com
   




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.376346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list