CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63949|Reply: 1047

ENCIK LOKCIN DAN CIK PIANA

[Copy link]
Post time 8-4-2015 12:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 22-10-2015 06:28 PM

I'm  back........  with gila-gila punya story...mata tak mengantuk...karoot kat sini with this gila-gila punya citer

Bab 1

Kringgggg!!! Bunyi jam loceng yang nyaring membuatkan laju saja jemari mencari punat jam.Teraba-raba Leya mencari jam bulat berwarna merah jambu dengan gambar Hello Kitty. Punat jam itu ditekan. Dia menggeliat kecil ketika matanya sedikit terbuka. Mulut yang menguap ditutup dengan tapak tangan. Perlahan Leya buka mata, terkebil-kebil melihat wajah seseorang sedang tersenyum kepadanya.Digenyeh-genyeh mata sekali lagi.

“Bangun!!”Jerit Adira dengan kuat.

Tercegat Leya bingkas bangun sambil menekup telinga.

“Pukul berapa ni?!” Leya menggeliat kecil. Mata masih dipejam.

“Burung pun dah keluar cari rezeki. Kau masih buat tahi mata. Tengok dah pukul berapa!”Adira capai jam loceng dan ditalakan ke muka Leya.

“Hah?!!”Luas mata melihat jarum jam sudah hampir lapan setengah pagi. Melompat dia dari atas katil, selimut ditolak kasar dan bergegas dia capai tuala masuk ke bilik air.

Adira geleng. Hari-hari dia terpaksa kejutkan Leya, pemilik nama penuh Sharifah Aleya Syed Al Akhtar. Hari ini lagi parah, mentang-mentanglah ada ‘bendera merah’, sengaja lajak tidur sampai lupa pada kelas!

Adira melangkah ke ruang dapur. Sarapan yang sempat disediakan tadi dihidangkan diatas meja makan. Pancake bersama sosej dan telur mata dihidangkan bersama kopi‘0’ panas. Sementara menunggu Leya bersiap, dia membelek nota ringkas yang sempat dibuat semalam. Dua minggu lagi, peperiksaan semester pertama akan bermula.  Berada di tahun akhir pengajian membuatnya semakin sibuk dengan kuliah dan juga tesis serta projek yang terpaksa disiapkan sebelum peperiksaaan akhir semester bermula. Waktu makan pun nota sentiasa ada di tangan.

“Ha..dah siap pun kau!” Adira mendongak. Leya sudah menapak ke meja makan.

“Kenapa kau lambat kejutkan aku?” Leya segera ambil tiga keping pancake dan diletakkan ke atas pinggan. Dua sosej goreng turut diambil. Sarapan pagi itu dikunyah laju.

“Weh! Kut ya pun, pelan-pelan la makan tu. Kan dah tercekik!” Adira geleng.

“Erk!!Uhuks!” Pantas pula Leya capai cawan dan diteguk gelojoh.

“Uhuks!Fuh! Fuh!” Meluru  Leya ke singki dan berkumur. Lidahnya sudah terasa melepuh.

Adira hanya ketawa melihat gelagat Leya yang kelam kabut. “Tu la! Gelojoh lagi!”

Leya mengipas-ngipas lidahnya dengan tangan. Terjelir-jelir lidahnya menahan hangat air kopi O panas. Dia kemudian menogok pula air sejuk dari peti sejuk. Habis satu gelas!

“Kenapa air kopi ni panas sangat?” Lidah Leya masih lagi terasa melepuh. Segelas lagi air sejuk ditogok. sampai tertumpah-tumpah.

Adira geleng. Agaknya macam manalah Leya di rumah sendiri. Kelam kabut dan kalut macam itukah? Sengih lebar dua ulas bibirnya. Tergelak melihat gelagat Leya yang sudah menyapu sisa air kosong yang sudah membasahi tudungnya.

“Eh,eh! Nak salahkan kopi aku pulak! Kau tu yang gelojoh.” Sisa ketawa Adira masih kedengaran. Dia tahu Leya selalu gelojoh dalam apa jua dia lakukan. Kelam kabut tak susah cerita.

“Aku dah lambat ni!” Leya capai beg sandangnya dan segera ke keretanya yang diparkir di halaman rumah setingkat itu, rumah yang dihuni bersama tiga lagi pelajar di situ. Kasut disarung terkocoh-kocoh. Beg sandang dilempar di tempat duduk belakang kereta. Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipecut, menderum laju meninggalkan halaman rumah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Best sambung lg cik ipo .
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back @Ipo...Permulaan cerita yg sgt menarik... Sambung please
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:28 AM | Show all posts
Ehem @Nicki_Meow .. @Ipo dah ada cerita berganti QI bila nak abesnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:21 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 8-4-2015 01:22 PM
NaylaArisha replied at 8-4-2015 11:28 AM
Ehem @Nicki_Meow .. @Ipo dah ada cerita berganti QI bila nak abesnya

Amboiiiiiiiiiiiii

Ala....rileklah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit....

Lebih kurang tahun depan, siaplah tu bukitnya....

Bulan depan due ye Nay?



@Ipo aku follow senyap2. Kang menyampuk banyak sangat, merepek lak jadinya. Ahli PNM yg lagi sorang tu pun, macam dah jarang-jarang munculkan diri

ppsstt Ipo. Email dah dapat?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 01:21 PM
Amboiiiiiiiiiiiii

Ala....rileklah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit....  

aku ka itu yg PNM yg ko maksudkan??
sori arr.. now bz hapgrade sistem utk Gee Ass Tea..
hampir2 hari2 obertaim..
weekend hari tu jd photographer tak bertauliah wedding kazen aku

Qi tu kije die tidoooooooooo jah.. mana nak siap citer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 01:38 PM | Show all posts
Ipo.. starting tu mcm familiar arr.. di mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:08 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-4-2015 01:36 PM
aku ka itu yg PNM yg ko maksudkan??
sori arr.. now bz hapgrade sistem utk Gee Ass Tea.. ...

Hello ahli...




Memang lah Qi tido memanjang. Time tido ajelah dapat jumpa Syakilla di Taman Rashidah Utama.....

Tetibaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 02:19 PM | Show all posts

tu baru betui misteri mimpi syakilla...
bangun tido tersengih2 sampai telinga..
tiba2 Qi je dpt ramai peminat kat opis dgn imej baru itu..
imej tersengih2 sorang2 angaukan syakilla....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 01:21 PM
Amboiiiiiiiiiiiii

Ala....rileklah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit....  

ha ah dua bulan 5 ni

tapikan.... 15/4 ni nay kena jumpa doktor pakar klinik O&G

dia yang tentukann boleh normal atau kena ikut tingkap gak

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:03 PM | Show all posts
Yesss!!! ipo ada cite baru...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:03 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 8-4-2015 02:31 PM
ha ah dua bulan 5 ni

tapikan.... 15/4 ni nay kena jumpa doktor pakar klinik O&G

Eh?

Bukan kali ketiga kena terus ikut tingkap?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:27 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 03:03 PM
Eh?

Bukan kali ketiga kena terus ikut tingkap?

entah lah nicki nay ikutkan jer lah temujanji dia

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yuhuuu...lokchin tu menda mek po?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 8-4-2015 03:27 PM
entah lah nicki nay ikutkan jer lah temujanji dia

Hopefully semua ok @NaylaArisha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 08:15 PM | Show all posts
mak aih.........banyak jugak ahli PNM sini..baru boleh jenguk thread ni..
sibuk manjang hari ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2015 08:16 PM | Show all posts
pen_biru replied at 8-4-2015 06:29 AM
Best  sambung lg cik ipo .

thanks baca pen_biru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 08:16 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 8-4-2015 06:54 AM
Welcome back @Ipo...Permulaan cerita yg sgt menarik... Sambung please

baru ada kesempatan nak sambung ni Zam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 08:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 01:21 PM
Amboiiiiiiiiiiiii

Ala....rileklah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit....  

ko nak merepek rapu pun aku tak kisah

email dah dapat..sorry tak sempat nak balas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 08:18 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-4-2015 01:38 PM
Ipo.. starting tu mcm familiar arr.. di mana ya?

citer aku ada tepek sikit kat Thread Nota Kaki nun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 2.499970 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list