CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

ENCIK LOKCIN DAN CIK PIANA

[Copy link]
 Author| Post time 9-4-2015 05:08 PM | Show all posts

yang sebelah kanan tu tak tahan..terjulur jari kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2015 05:09 PM | Show all posts

petang cegitu...sori baru ada kesempatan nak wish
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 05:10 PM | Show all posts
reeny replied at 9-4-2015 07:56 AM
Good try ipo...
rasanya yg nie pun harus terikut dengan kehendak pembaca tegar gak nie... ...

actually dah ada stail macam ni...dua novel ipo sebelum ni
aku dia dn somtam
Beb! Akhirnya Aku Dilamar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 05:12 PM | Show all posts

owh..ko punya lokcin macam ni ke?
yang aku maksudkan kat sini..
macam ni


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 05:13 PM | Show all posts
pen_biru replied at 9-4-2015 01:39 PM
hehe.. comel je.. lamo na si faliq simpan perasaan..

tu la...dia simpan..habis belajar baru nak luahkan kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 06:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 05:12 PM
owh..ko punya lokcin macam ni ke?
yang aku maksudkan kat sini..
macam ni

aku pernah makan... sedap gilerrrrrr....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2015 10:37 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 9-4-2015 06:33 PM
aku pernah makan... sedap gilerrrrrr....

memang sedap..kalau aku balik kampung..aku akan cari benda ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 11:28 PM | Show all posts
LEYA sibuk mengemas pakaiannya yang sudah dimasukkan ke dalam dua buah beg besar. Habis saja peperiksaan akhir nanti, dia perlu pulang ke rumah orang tuanya di Kajang Country Heights. Walaupun rumah orang tuanya tidak jauh dari kampus, dia lebih senang menyewa bersama rakan yang lain, senang untuknya ulangalik dan berbincang jika ada yang tidak faham dengan pelajaran.

"Leya, cepatnya kau mengemas. Exam pun belum mula lagi." Adira sengih di muka pintu.

Leya menoleh sebentar dan kemudian dia kembali sibuk melipat baju dan masukkan ke dalam beg. "Senang nanti, habis exam je, aku capai je beg aku."

Adira menapak ke katil Leya lalu duduk di birai katil. Leya masih sibuk mengemas. "Aku pelik dengan kau ni. Rumah mak ayah kau kat Kajang je. Kau menyewa kat luar. Kalau aku la, aku tinggal je dengan mak ayah aku. Jimat duit sewa."

Leya senyum. "Dari Kajang tu nak ke kampus ni, jam tahu tak. Memanglah aku boleh ambil highway Sungai Besi tu tapi lepas tol tu, mulalah jalan jam. Dengan orang yang nak ke tempat kerja lain. Daripada aku buang masa kat jalan tu, baik aku menyewa je."

"Babe, pagi tadi kau pakai kasut kahwin eh?" Adira teringat pagi tadi, sebaik dia mengemas kasut yang berselerak, dia sengih sendiri. Ada satu kasut warna hitam dan satu kasut warna merah. Sudah sah-sah Leya sarung pasangan kasut yang berlainan warna itu.

"Nak gelakkan aku la tu. Yalah..aku nak cepat tadi. Entah macam mana, Faliq tu cepat je nampak benda tu. Habis satu kelas gelakkan aku." Leya mencebik. Kalau boleh dia tidak mahu lagi ingat itu semua.

"Tu la..bangun lambat lagi." Adira turut senyum sengih.

Leya hanya memandang Adira yang juga sudah ketawa mengekek. Memang rasa nak sorok saja muka masa Faliq menyindirnya siang tadi.

"Err..aku tanya sikit boleh?" Adira sudah mula reda ketawanya bila dihempuk dengan bantal oleh Leya tadi.

"Apa dia?"

"Faliq tu...dah ada buah hati ke?"

Ligat tangan Leya menyusun baju dalam beg tadi sudah mula terhenti aksinya. Dia pandang Adira dengan wajah keliru. Dahi sudah berkerut seribu. "Entah! Malas aku nak ambik tahu. Ada ke, tak ada ke, bukan masalah aku."

"Hmm.." Adira tunduk. Dia memintal rambut ikalnya yang melepasi bahu.

"Kenapa? Kau ada hati ke kat mamat tu?" Usik Leya pula, melihatkan reaksi Adira yang sudah tunduk dan muka sudah merona merah.

"Entahlah..setiap kali aku pandang dia..aku rasa lain..berdebar-debar.." Adira berterus terang membuatkan Leya terpaku seketika dengan pengakuan teman serumahnya.

"Kau..kau jatuh cinta ke?" Leya menelan liur.

"Entahlah..aku rasa dia tak pandang pun aku. Lagi pun, aku ni kan ambik bidang Biologi, lain dari korang semua. Entah-entah dia pun tak kenal aku.." Adira mengeluh.

Leya terdiam. Nampaknya Adira serius sukakan Faliq. "Kau betul-betul sukakan dia?"

"Kalau ya pun...aku dapat rasa dia sukakan orang lain. Tak apalah..lagipun, aku tak pandai nak mulakan. Malu aku nak jadi perigi cari timba.." Adira berkata perlahan.

"Alah..zaman sekarang ni, timba yang cari perigi berlambak. Tak salah perempuan mulakan dulu. Tak apa..aku akan tolong kau." Bahu Adira disentuh lembut. Dia akan cuba sampaikan rasa hati Adira pada Faliq nanti.

"Eh tak payah! Aku tak nak malu kalau dia tolak nanti. Kau jangan nak mengada-ngada beritahu dia. Kalau aku tahu kau beritahu jugak, siap kau!!" Adira beri amaran. Mukanya sudah kemerahan.

Leya ketawa mengekek. "Kau ni..aku nak tolong satukan hati kau je. Penakut betullah kau ni!"

Adira sudah menggelabah. Dia berharap sangat Leya tidak panjangkan hal itu pada Faliq. Malu nanti! Mana nak sorok muka?

"Oh ya...kau balik kampung tak nanti?" Leya letak beg yang sudah siap di tepi dinding dan kembali ke birai katil. Dia duduk semula di sebelah Adira yang masih tersipu malu di situ. Nampak sangat merona merah pipi milik Adira bila diusik dengan Faliq.

"Mestilah aku balik kampung. Aku nak balik mana lagi. Mak ayah aku kat kampung. Kenapa?" Adira tersenyum manis.

"Aku bosanlah duduk KL ni. Aku teringin sangat nak tengok suasana kampung, ada sawah padi, kebun buah, air sungai, pantai ke..tenang jiwa.." Leya pejam mata perlahan, cuba membayangkan suasana kampung yang damai.

"Weh! Mulalah tu! Berangan!" Bahu Leya ditepuk kuat. Adira sengih lagi menampakkan sebaris gigi putih.

Leya buka mata, senyuman masih kekal di bibir. "Boleh tak aku ikut kau?"

"Hmm..mak ayah kau tak marah ke? Takkan kau tak ada plan nak vacation kat mana-mana? Selalunya, bila cuti je kau dan famili kau bercuti ke Europe." Adira senyum lagi. Yalah..Leya yang dilahirkan dalam keluarga kaya, bercuti pun ke luar negara.  Setakat dalam Malaysia ni, mereka tak pandang agaknya. Apa lagi nak melihat suasana kampung.

"Sebab tulah aku bercuti kat kampung. Aku dah bosan la. Asyik-asyik ummi aku ajak ke Europe, tak pun ke Australia. Bosan tahap meroyan dah ni!" Leya mencebik lagi.

Adira hanya geleng. Kalaulah dia ditempat Leya, teruja sakan dia hendak ke sana. Macam Leya pula, nak merasa bercuti di kampung. Sungguh manusia ini tidak pernah puas hati dengan apa yang ada.

"Boleh tak ni?" Tanya Leya lagi, Adira dilihat masih diam membisu. Hanya senyuman saja terukir di bibir.

"Boleh..aku takut, kau tu tak biasa kat kampung nanti. Banyak nyamuk, tak ada aircond, mandi pun pakai telaga saja. Kau tahan ke semua tu?" Sengaja Adira berkata begitu, mana tahu Leya sudah awal-awal mengalah.

"Eh..ok apa! Aku dah biasa la dengan semua tu. Kalau kau setuju, nanti aku beritahu kau bila aku nak ke kampung kau tu. Aku update kau nanti ek?" Leya peluk Adira, teruja sungguh mendengar persetujuan Adira. Sudah lama dia ingin melihat suasana kampung. Keluarganya memang asal Kuala Lumpur dan sekali sekala mereka akan ke Kashmir, rumah nenek sebelah ayah.

"Ok..nanti, kau jangan pula komplen?" Adira turut senyum.

"Ok! Aku promise! Eii! Tak sabar nak ke kampung kau!" Leya sudah terbayang-bayang air sungai yang tenang, sawah padi yang menghijau, kebun buah yang masak ranum. Itu yang diberitahu Adira minggu lepas.

"Amboi, tak ajak aku pun!"

Adira dan Leya serentak menoleh ke muka pintu. Sheera sudah menapak ke arah mereka.

"Alah..kau tu sibuk dengan urusan pertunangan kau. Mana ada masa nak ikut kita orang ke kampung ni." Leya mengusik.

"Yalah..jangan lupa bawa ole-ole dari sana nanti bila balik KL. Aku pun nak juga rasa buah-buahan dan makanan dari sana. Keropok lekor dan kuih lain tu. Satu lagi, korang mesti datang majlis pertunangan aku. Lepas tulah korang nak balik kampung pun." Balas Sheera pula.

"Yalah.." Leya mengangguk.

Sheera mula menapak keluar dari bilik Leya selepas berpesan pada mereka, hari pertunangannya nanti dengan Hazim. Adira juga turut minta diri. Leya sudah baring di atas katil sambil memandang siling. Dia pandang kalendar. Sebulan setengah lagi, Sheera akan bertunang.

"Haih..Sheera dah nak bertunang, Adira pulak..dah mengaku suka kat mamat poyo tu. Aku?" Leya peluk bantal. Ligat otaknya memikirkan siapalah lelaki yang bakal menjadi imamnya nanti. Seorang pun tidak ada setakat ini. Entah kenapa hatinya tidak terpaut sedikitpun pada mana-mana pelajar lelaki di kampus itu. Bukan tidak ada yang cuba menguratnya. Lagipun, dia sendiri tidak hiraukan akan hal itu.

Lampu ditutup. Dia perlu tidur. Tadi sudah berhempas pulas menelaah. Lusa, peperiksaan akhir akan bermula. Semoga dia boleh menjawab dengan baik nanti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2015 11:49 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-4-2015 09:01 AM

BAB 2



DUA MINGGU berlalu. Peperiksaan akhir pun sudah tamat. Leya dan rakan serumah yang lain mula sibuk mengemas rumah kerana mereka akan bercuti panjang sementara menunggu hari konvokesyen nanti. Adira akan pulang ke kampung. Sheera pula pulang ke Kuala Selangor. Leya, seperti biasa, dia akan pulang ke rumah orang tuanya.

"Dira, kau balik naik apa?" Leya tutup bonet kereta Honda Civic kelabunya setelah semua beg dimasukkan ke situ.

"Aku naik bas je. Nak naik kapalterbang, jauh sangat nak ke kampung aku. Tak ada orang nak ambik aku kat airport tu. Kau dah nak balik ke?" Adira jenguk barang-barang Leya yang sudah penuh satu kereta.

"Ya..ala, rumah aku dekat je. Kalau kau nak aku hantar, aku boleh hantar ke stesen Putra tu." Leya pelawa Adira.

"Tak apalah. Sepupu aku hantar nanti." Adira menolak dengan baik.

"Sheera pun ada orang jemput. Mak ayah dia datang nanti." Tambah Adira lagi sambil jenguk Sheera yang masih berada di ruang tamu.

"Hmmm....kalau macam tu, aku balik dulu ya. Jangan lupa pasal yang kita bincang hari tu. Kempunan aku nanti kalau tak dapat ke kampung kau. Nanti aku jemput kau kat stesen bas sehari  sebelum majlis tunang Sheera. Kita pergi sama-sama ya!" Leya peluk Adira dan kemudian melambai pada Sheera yang sudah tersenyum dari anjung rumah.

Kereta Honda Civicnya dipandu meninggalkan halaman rumah setingkat itu yang disewa sejak berada di tahun satu lagi. Sayu pula rasa hati hendak berpisah dengan rakan serumah yang sama-sama menghuni rumah itu sejak di tahun pertama pengajian. Dia pula terpaksa pindah ke rumah orang tuanya, tiap hari ummi berpesan padanya untuk berbuat demikian. Terpaksa juga dia menurut, tiada lagi alasan sesuai untuknya menolak kehendak keluarga yang inginkannya tinggal dengan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cite @Ipo yg baru ni... Buat perasaan ingin tahu tu membuak -buak
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:19 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 05:10 PM
actually dah ada stail macam ni...dua novel ipo sebelum ni
aku dia dn somtam
Beb! Akhirnya Aku D ...

nmpk gayanya reen ketinggalan komuter lg... reen tk sempat baca lg novel yg ipo ckp tu...

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:32 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 05:12 PM
owh..ko punya lokcin macam ni ke?
yang aku maksudkan kat sini..
macam ni

Errr... aku tak pernah makan, dengar pun tak pernah. Gambo tu aku cilok dari internet...

Tapi aku tengok serupa Yong Tau Foo je , ke lain sikit cara penyediaannya?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 08:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 10-4-2015 08:32 AM
Errr... aku tak pernah makan, dengar pun tak pernah. Gambo tu aku cilok dari internet...
...

lain..ni ikan semata2..mcm kepok lekor tapi yang ni digentel bulat2, direbus, digoreng dan dibakar..pastu cicah sos (pilih nak pedas ke biasa)


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 09:21 AM | Show all posts
Salam pagi Jumaat semua...Ipo nanti sambung lagi yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 10:42 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 22-10-2015 06:26 PM

delete
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 12:07 PM | Show all posts
Selama ini dia jadi 'Silent Reader' saja. Nak tergelak baca komen-komen forumer. Ada yang memberi membantu dan ada yang menghentam. Dia pula suka singgah di ruangan penulisan. Membaca karya-karya penulis dari Forum Cari terutama karya Aylanins. Cerita Forumer Ipo tak masuk citarasanya. Asyik cerita misteri dan bunuh. Otak dah bengang, baca cerita Ipo, lagi membengangkan otak. Dia kalau boleh nak santai-santai saja.


kutuk diri sendiri nampakkkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2015 01:11 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-4-2015 12:07 PM
kutuk diri sendiri nampakkkkk...

nanti banyak lagi nama korang akan masuk dalam citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 01:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 22-10-2015 06:27 PM

delete
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh bermula kisah mereka berdua...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 03:15 PM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 10:45 AM
FALIQ melihat-lihat gerai di medan selera. Bermacam lauk yang dijual di situ. Dia menggaru kepala. H ...

Aku ingatkan sate ikan itu sata... bukan ek?

Pernah makan sata kat Kemanan, sedap sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.083742 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list