CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1803|Reply: 0

Malaysia bertemu Spurs 27 Mei ini

[Copy link]
Post time 8-4-2015 09:24 AM | Show all posts |Read mode


Perlawanan persahabatan antara pasukan Pilihan Malaysia menentang Tottenham Hotspur akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 27 Mei ini.
                Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan kehadiran ke Malaysia, hari ini dan perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam.

Bercakap dalam sidang media hari ini, jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata perlawanan itu merupakan platform terakhir untuk membentuk pasukan ke kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia yang akan bermula pada 11 Jun ini.

Setakat ini, beliau masih belum memutuskan kesebelasan utama pasukan Pilihan Malaysia dan memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk membentuk pasukan itu.
   
"Kesebelasan utama belum diputuskan lagi, kemungkinan yang cedera masa Suzuki Cup macam Junior Eldstal, Azzamudin Akil dan beberapa pemain lagi saya akan panggil untuk menentang Spurs (Tottenham). Saya mahu kekalkan yang terbaik," katanya.

Dollah berkata tugas yang digalas bukan mudah memandangkan perlawanan terakhir Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris adalah pada 24 Mei, dan mereka dijangka masih berada dalam prestasi terbaik.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata undian kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia akan diadakan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) pada 14 Mei ini.

Katanya pasukan kebangsaan dijangka memulakan latihan selepas separuh akhir Piala FA pada 17 Mei, namun pemain pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan melapor diri selepas 24 Mei.

"Kita (FAM) akan adakan beberapa mesyuarat antara pasukan kebangsaan dan pasukan negeri untuk memberi ruang seberapa yang boleh kepada pasukan kebangsaan untuk mengadakan latihan. Jadual liga kita terlalu ketat," katanya.

Harga tiket bagi menyaksikan perlawanan Pilihan Malaysia menentang Tottenham Hotspur bermula serendah RM58 untuk tempat duduk bebas, RM428 tempat duduk VIP dan RM328 tempat duduk grandstand.

Kunjungan kali ini merupakan kali kedua Tottenham ke Malaysia dalam tempoh 36 tahun sejak kunjungan pertama pada 1979.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.090337 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list