CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1808|Reply: 0

Carrillo berikan kelebihan buat Kelantan

[Copy link]
Post time 8-4-2015 09:29 AM | Show all posts |Read mode


Skuad The Red Warriors membawa pulang satu gol kelebihan menerusi jaringan Erwin Carillo di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

                Kedua-dua pengendali pasukan Ismail Zakaria dan Azraai Khor merombak kesebelasan utama mereka untuk cabaran perlawanan sukur akhir pertama Piala FA.

Kedua-dua pasukan saling membalas serangan sejak wisel ditiupkan oleh pengadil perlawanan. Marko Perovic melakukan rembatan daripada sepakan percuma namun berjaya ditampan oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat.

Selepas beberapa percubaan, pemain import Kelantan dari Colombia Erwin Carillo berjaya membuka jaringan pada minit ke-45 namun Nemanja Vidakovic berjaya menyempurnakan hantaran silang Fahrul Razi sekaligus menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, sekali lagi Marko Perovic melakukan beberapa rembatan jarak jauh tetapi hanya melepasi palang gol Kelantan.

Di Stadium Darul Makmur pula, Pahang menang selesa ke atas Pulau Pinang menerusi jaringan Hafiz Kamal pada minit ke-9 dan lima minit kemudian Dickson Nwakaeme menjaringkan gol kedua Skuad Tok Gajah.

Pertembungan di Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium Perak dan Terengganu yang berkesudahan seri 1-1 menerusi jaringan pertahanan Perak Azmizi Azmi pada minit ke-45 dan penyerang Terengganu menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan.

sumber:www.stadiumastro.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.177098 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list