CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kisah Pyanhabib (Osman Tikus) Yang Menolak Anugerah Di Depan TPM

[Copy link]
Post time 9-4-2015 12:41 PM | Show all posts
terima kasih bukak thread ni. terus aku tengok cite ni. best rupanya.

"saya bujang. maksud saya nama saya bujang" ensemnye la m.nasir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 12:59 PM | Show all posts
citer dulu ada kualiti dr skrg.. Best betul tgk pelakon2 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 01:10 PM | Show all posts
dlu citer best2..byk pngajaran..skrg byk yg entah apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 01:22 PM | Show all posts
banyak3 nama disebut saya kenal M Nasir je,   
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 01:28 PM | Show all posts
boleh remake balik cite kembara seniman jalanan ni ^^
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 02:18 PM | Show all posts
Filem dulu kalau sedih mmg sedih (cth: Tiada Esok Bagimu), kalau seram mmg seram (cth:Misteri Rumah Tua), kalau aksi mmg aksi (cth: Bukit Kepong)....
mmg filem dulu byk yang berkualiti tp ada juga yang hauk...mcm filem skrg ada yg berkualiti dan byk yg hauk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 02:22 PM | Show all posts
Tapi yg beriya2 reject filem ninsaat akhir kat ffm tu dah kenapa?
pasal cetak rompak je ke?

Ke aku terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 9-4-2015 10:26 AM
LOL tolak tepi 3 bahlol ni. Dorg umpama David Teo skrg.

Tepat sekali!!! Setuju!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2015 03:20 PM | Show all posts
selalu nampak Pyanhabib dekat CM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 03:25 PM | Show all posts
Suatu petang di pejabat Finas



NASIR JANI
23 Mac 2014



FESTIVAL Filem Malaysia ke-6 berlangsung pada 14 Disember 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Salah satu dari filem-filem yang dipertandingkan ialah filem arahan aku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ) terbitan ZSA Film Production Sdn Bhd.

Kalau tidak silap aku filem KSJ dicalonkan untuk kesemua kategori. Filem yang dinobatkan filem terbaik tahun itu ialah filem Tsu Feh Sofiah arahan Rahim Razali.

Ketika festival itu berlangsung, aku sedang mengarah filem kedua Rozana Cinta 87. Filem ini terbitan syarikat Amir Communication Sdn Bhd. Syarikat ini dipunyai oleh Allahyarham Harun Hassan (lebih mesra dengan panggilan Pak Harun), bekas wartawan dan penulis novel.

Novel beliau berjudul Bukan Salah Ibu Mengandung pernah diadaptasikan oleh Jins Shamsuddin untuk filem arahan pertamanya tahun 1969.

Pada malam penyampaian anugerah festival filem itu, ketua juri membuat pengumuman pada saat-saat akhir di atas pentas yang mengejutkan aku dan semua yang terlibat dalam filem KSJ.

Semua pencalonan filem KSJ ditolak atas sebab pelakon utama filem arahan aku itu, M Nasir bukan rakyat negara ini. Ketika itu, M Nasir belum memohon kerakyatan untuk menjadi rakyat Malaysia.

Reaksi pertama dan spontan aku adalah marah. Kenapa pengumuman dibuat pada saat-saat akhir? Kenapa kami tidak diberitahu awal-awal lagi. Lagipun syarat berkenaan tidak pernah dimaklumkan dari awal kepada aku dan produser KSJ, Zarul AlBakri.

Kenapa syarat ini tidak dimaklumkan kepada semua produser yang ada filem mereka dipertandingkan?

Aku menganggap ini satu tindakan yang tidak adil. Semua yang terlibat dalam produksi KSJ berasa dianiaya oleh penganjur dan pihak yang bertanggungjawab dalam penjurian festival filem itu.

Terlalu banyak persoalan yang menghantui minda aku ketika itu. Aku boleh terima tindakan panel juri itu jika pencalonan untuk M Nasir sahaja dibatalkan kerana dia bukan rakyat negara ini ketika itu. M Nasir dicalonkan untuk anugerah pelakon lelaki terbaik, penataan muzik dan kalau tidak silap aku pencalonan untuk skrip asal terbaik.

Kenapa pencalonan-pencalonan lain yang tidak melibatkan M Nasir turut dibatalkan? Kenapa aku dan tenaga produksi yang lain menjadi mangsa?

Pencalonan untuk pengarah terbaik, fotografi terbaik, suntingan terbaik, penataan seni terbaik, screenplay terbaik dan pencalonan pelakon wanita terbaik serta pelakon pembantu wanita terbaik menjadi mangsa. Begitu juga pencalonan pelakon pembantu lelaki terbaik yang mencalonkan Pyan Habib turut dibatalkan.

Ironinya, Pyan Habib diumumkan pemenang anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik melalui filem Tsu Feh Sofia. Pyan naik ke pentas bukan untuk menerima tetapi untuk menolak award itu.

Menurut Pyan watak yang diperankannya dalam Tsu Feh Sofia terlalu kecil untuk membolehkannya memenangi award tersebut berbanding dengan watak Osman Tikus yang diperankannya dalam KSJ.

Pada keesokan harinya, tersiar dalam akhbar-akhbar berita jemaah juri mengatakan filem KSJ adalah karya plagiat dan bukan karya asli. Aku dituduh menciplak cerita KSJ pula!

Aku mengesyaki wujud satu usaha untuk sabotaj filem arahan aku itu. Apatah lagi ketika itu aku sedang sibuk dengan penggambaran Rozana Cinta 87. Penumpuan kerja mengarah aku terganggu dengan tidak cukup tidur dan ditambah dengan tekanan mengejar masa untuk menyudahkan penggambaran.

Aku berpendirian jemaah juri tidak konsisten dalam menjalankan pengadilan. Mereka membatalkan semua pencalonan KSJ kerana isu M Nasir bukan warga Malaysia, tetapi filem Suara Kekasih terbitan Amir Communication yang turut sama dipertandingkan tidak pula dibatalkan penyertaan, sedangkan pengarahnya Ida Farida, warganegara Indonesia! Kenapa juri bersikap double standard?

Mengenai isu ciplak yang dibangkitkan sehari selepas malam anugerah itu menambahkan lagi kecelaruan juri-juri untuk menjustifikasikan tindakan mereka membatalkan pencalonan KSJ.

Untuk mendapat kepastian tuduhan ciplak itu, aku bertanya M Nasir apa yang terjadi sebelum dia berjumpa dan meminta aku menulis screenplay dan mengarah KSJ.

Menurut M Nasir, dia ada meminta Hamzah Hussain untuk menulis screenplay filem KSJ berdasarkan skrip dan idea asalnya sebelum berjumpa dengan aku. Hamzah ialah penulis veteran - skrip filem, novel, cerpen dan juga seorang penyelidik filem yang
berpengetahuan luas tentang sejarah dan perkembangan filem Melayu dari zaman Shaw Brothers dan Cathay Keris.

Mengikut M Nasir, dia tidak berpuas hati dan menolak screenplay yang dihasilkan oleh Hamzah. Aku rasa ini terjadi kerana ketiadaan keserasian idea orang lama dengan idea generasi muda. Kebanyakan kami ketika itu rata-ratanya berusia lewat dua puluhan dan awal tiga puluhan.

Cerita asal KSJ mengisahkan perjuangan seorang anak muda dari kampung datang ke bandar untuk menjadi penyanyi. Selepas mengharungi berbagai kesulitan dan dugaan, akhirnya dia berjaya mencapai impiannya.  

Aku menghasilkan screenplay KSJ berdasarkan skrip asal M Nasir yang tidak ada langsung menyentuh tentang isu cetak rompak.

Isu cetak rompak menjadi sebahagian dari naratif KSJ setelah aku, M Nasir, Ito dan Zarul Albakri berbincang dan setuju untuk isu itu dijadikan subplot filem KSJ.

Jadi di mana logiknya yang pihak juri mengatakan aku menciplak? Kami tidak memandang rendah ketokohan Hamzah. Tapi kami yakin dan pasti Hamzah tidak berupaya untuk membawa isu cetak rompak dalam screenplay yang dihasilkannya itu.

Aku tidak pernah meminta daripada M Nasir untuk membaca screenplay tulisan Hamzah itu. M Nasir juga tidak pernah menunjukkan kepada aku screenplay tersebut. Kami juga mendapat maklumat Hamzah merupakan salah seorang juri Festival Filem Malaysia ke-6 pada tahun itu.

Untuk pengetahuan - Hamzah Hussain meninggal dunia pada 21 April 2007 ketika berusia 80 tahun. Al-fatihah untuk rohnya.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk bertemu dan meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah Finas ketika itu, Zain Hamzah (Datuk). Ditemani pengurus produksi Rozana Cinta 87, aku ke pejabat Finas yang ketika itu terletak di Jalan Ampang bersebelahan bangunan kedutaan Perancis sekarang.

Kami tiba lebih kurang jam 2.30 petang. Aku mahukan penjelasan kenapa KSJ dibatalkan kesemua pencalonannya pada saat akhir dan kenapa aku dituduh menciplak cerita KSJ. Mana bukti KSJ adalah hasil karya plagiat atau ciplak.

Aku kecewa apabila Finas ketika itu gagal memberi penjelasan dengan alasan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Aku akui perasaan ketika itu bercampur baur antara marah, sakit hati dan geram. Aku memaki hamun, meluru keluar dan ketika itu seorang pegawai cuba masuk campur, dia cuba memukul aku dengan sebuah fail berkulit keras. Aku berjaya menepis dan menolaknya ke dinding. Kemarahan aku telah sampai peringkat maksimum.

Aku terus keluar untuk bertemu dengan pengurus produksi aku yang menunggu di luar pintu masuk utama. Aku ternampak batu-bata di atas rumput di depan pintu utama. Aku terfikir lebih baik aku pecahkan pintu kaca utama Finas itu daripada aku pecahkan muka-muka mereka. Aku ambil sebiji batu, tetapi pengurus produksi menghalang dengan memegang dan memeluk aku dari belakang. Kami terjatuh tetapi aku berjaya lepaskan diri. Dengan sebiji batu di tangan kanan aku terus melontar ke pintu
kaca itu, prang... berderai dan berkecai serpihan ke lantai.

Pengurus produksi menarik aku masuk ke dalam kereta. Kami balik ke pejabat Pak Harun meneruskan penggambaran Rozana Cinta 87 untuk hari itu.

Keesokan harinya tersiar di akhbar kejadian itu. Finas buat laporan polis. Maka bermulalah sejarah pertembungan antara aku dengan Finas.



- Sinar Harian -





Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 03:37 PM | Show all posts
aku baru jumpa artikel tu..hehe nak tepek

anyway...last skali tu osman tikus mati sebab apa
tak nampak la....huh
tgk kat youtube gelap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 03:52 PM | Show all posts
hzln replied at 9-4-2015 10:44 AM
nasir jani bakal mengarah tombiruo

Filem Ketiga beliau...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 03:59 PM | Show all posts
hzln replied at 9-4-2015 10:44 AM
nasir jani bakal mengarah tombiruo

iyer ker @hzln kalau macam tu bagus lahh..



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 04:07 PM | Show all posts
kalau korang nak jumpa pyan habib pergilah event buku alternatif dia selalu ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 04:13 PM | Show all posts
bookehkahkoh replied at 9-4-2015 04:07 PM
kalau korang nak jumpa pyan habib pergilah event buku alternatif dia selalu ada

Pesta Buku Antarabangsa pun ada.. setiap tahun pyanhabib ada datang
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 06:05 PM | Show all posts
Duta lover replied at 9-4-2015 03:37 PM
aku baru jumpa artikel tu..hehe nak tepek

anyway...last skali tu osman tikus mati sebab apa

osman tikus mati sebab terkena bom buatan sendiri, malam masa konsert jebat tu, osman tikus pinjam moto kawan dia org jual burger(imuda bawak watak ni), osman tikus pergi gudang tempat keset(zaman tu pakai keset lagi) cetak rompak di hasilkan dia nak bom gudang tu.. tapi terkena kat dia pulak, gudang tu tak meletup pun.. slow2 dia bwk moto kawan dia tu gi umah tinggal yg dia dgn jebat duduk(sejak jebat famous jebat tak tinggal kat umag kosong tu), meniggal kat situ, siang nyer rumah tu dia robohkan dgn jentolak. jebat pun carik osman tikus ni kat runtuhan ruamh tu jumpa osman tikus kat runtuhan papan dah meninggal..

cerita ni menarik aku berberkali2 gak tgk, aku suka cerita ni lain dari yg lain, tapi sbb dulu yer visual masih lom kreatif lagi tu nmpak pelik jer.. pyan habib mmg org kelainan upaya (oku) dia pekak dan bisu ikutkan, tapi sebb pyan habib ni pandai baca bahasa bibir dia tgk bibir org dan faham org tu ckp aper, sbb tu dia bercakap pelik bunyi nyer sbb lidah dia pendik.. dan sebab tu kali kita dgr cerita kembara seniman jalanan ni, m.nasir ckp dgn dia depan2 muka, sbb pyan habib baca gerak bibir m.nasir, bukan dia dgr pun.. bukan sbb dia buat2 untuk menjayakan watak tu..  mmg pyan habib ni ada give la.. kat cerita rock 00 pun ada pyan habib jadi abg kedai runcit tempat amy mat piah beli air batu, cara cakap sama gak..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 06:23 PM | Show all posts
shaheizy sam dah habis kontrak dgn mig kan
harap lepas ni ambik skrip dan cerita2 yg bagus je
sayang bakat tuh dibazirkan dgn cerita2 sampah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 06:28 PM | Show all posts
loveocean replied at 9-4-2015 06:05 PM
osman tikus mati sebab terkena bom buatan sendiri, malam masa konsert jebat tu, osman tikus pinjam ...

Ok, sedih gile ending.nagisss

Thanks wehhh.
yg kat youtube tu x tunjuk habis
Baiknya osman tikus
nak bomkan kilang cetak rompak si mata sepet.

Eh mmg for real pyann habib tu oku ke?
ke just dlm watak ni


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cube sape2 tepek gbr pyann Habib yg skrg Ni...xdpt cam lngsg...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pyann habib bukan selalu dgn Hisham Rais bila ada program, beliau bersajak la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.073105 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list