CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51429|Reply: 157

Edisi TAMAT:Pedang Setiawan Tamat Selepas 25 Tahun Dijual!

[Copy link]
Post time 9-4-2015 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Pedang Setiawan tamat selepas 25 tahun dijual
Komik Pedang Setiawan karya Mah Wing Shing menemui episod akhir setelah diterbitkan dalam 667 episod sejak 25 tahun lalu. -Foto TRP



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 8 April:

Pasti ramai yang pernah ‘tergila-gilakan’ komik berunsur kisah alam pendekar dari Hong Kong yang diterbitkan dalam siri episod ketika di zaman remaja pada tahun 90-an.

Sebut sahaja komik, Raja Rimba, Alam Perwira, Dewata Raya dan lain-lain lagi pasti ramai yang mengimbau saat mula-mula komik berkenaan diterbitkan, salah satunya ialah komik Pedang Setiawan yang pernah diadaptasikan ke layar perak.

Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya, apakah kesudahan jalan cerita komik Pedang Setiawan karya Mah Wing Shing yang tamat pada episod 667 setelah 25 tahun berada di pasaran.

Jurucakap kepada Unit Editorial Real Network Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Chia mengesahkan bahawa, komik Pedang Setiawan telah ditamatkan pada bulan April 2015 untuk versi Bahasa Malaysia.

“Komik ini telah tamat namun, jalan cerita terakhirnya masih lagi menjadi rahsia kerana buat masa ini, kesudahan jalan ceritanya hanya disiarkan dalam pameran manuskrip kesudahan Pedang Setiawan di Hong Kong.

“Mungkin dalam masa terdekat ini, ia juga akan diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu dan Cina,” katanya ketika dihubungi .

Menurutnya, komik tersebut diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited. Isu pertama komik itu diterbitkan di Hong Kong pada tahun 1989 dengan nama Fung Wan (Angin dan Awan) manakala, keluaran versi Bahasa Malaysia yang pertama pula diterbitkan sekitar awal 90-an dan ianya dinamakan sebagai Pedang Setiawan.

“Pedang Setiawan merupakan antara komik yang diminati ramai pada awal 90-an dan ianya diterbitkan seminggu sekali pada mulanya. Kemudiannya ditukar dua minggu sekali dan sebulan sekali. Di awal pembabitan Mah Wing Shing dalam bidang ini, bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memperkenalkan watak-watak utama Pedang Setiawan iaitu Penjejak Awan dan Penjejak Badai.

“Sejak keluaran isu pertama, berlakunya beberapa perkembangan baik dari segi gaya dan strok lukisannya serta perkembangan penceritaan watak utamanya sehinggalah kepada gambar-gambarnya yang dilukis dengan begitu berseni sekali,” katanya.

Mengulas lanjut, Chia berkata, komik Pedang Setiawan digilai ramai kerana Mah Wing Shing bijak menonjolkan beberapa perkembangan watak-watak dengan munculnya beberapa watak pahlawan generasi kedua yang lebih memberi fokus kepada Penjejak Angkasa (anak Penjejak Awan) dan Yi Feng (anak Penjejak Badai) dalam keluaran komik Fung Wan generasi kedua yang telah ditukarkan nama kepada Tin Ha (Di Bawah Langit).

“Gandingan watak-watak tersebut sebenarnya menghasilkan satu jalan cerita yang lebih baik dalam menonjolkan hubungan kekeluargaan yang kadangkala ada pasang surutnya. Contohnya hubungan Yi Feng yang tidak berapa akrab dengan bapanya, Penjejak Badai kerana Yi Feng telah dibesarkan oleh bapa angkatnya di sebuah kasino, manakala Penjejak Angkasa pula sering dibayangi oleh bapanya, Penjejak Awan.

“Sudah lebih 25 tahun komik Pedang Setiawan ini dijual di pasaran dan atas populariti yang begitu mengagumkan, komik itu telah mendapat keuntungan melalui penjualan hak cipta seperti penjualan figura watak-wataknya dan replika senjata, cerita seperti Storm Riders (1998) dan Storm Warriors (2009) serta permainan video dan penghasilan animasi,” katanya.



TRP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
shin suka komek Lingkaran Terkunci.. pon seangkatan dgn Pedang Setiawan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai, ingatkan dah lama habis. Tahniah la.

Aku baca Alam Perwira jah masa sekolah rendah dulu. Milik kazen. Ada masa rasa macam baca soft porn jah komik Hong Kong ni.

Bila manga start popular di Malaysia, merundum habis jualan komik Hong Kong.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bella pon x lahir lagi waktu nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:01 AM | Show all posts
Aku tabik translator dia. Cina ke Melayu? Nama2 yang dia translate dalam BM semua ada ummmpp. Kalau bagi DBP translate sure hilang impak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:04 AM | Show all posts
ohhhh ingatkan dah lama habis
iols dulu layan Dewata Raya dan Jengking Merah je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa sedih pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:19 AM | Show all posts
yg aku layan : jejak wira, lingkaran terkunci, pendekar laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 08:24 AM | Show all posts
saden replied at 9-4-2015 08:01 AM
Aku tabik translator dia. Cina ke Melayu? Nama2 yang dia translate dalam BM semua ada ummmpp. Kalau  ...

ada yg melayu kot. teringat dlm komik pendekar laut, waktu orga mati, ada watak ckp "dia telah pun pergi menemui Illahi"
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Spidey tak suka baca sebab ada unsur2 ganas dan adegan tak masuk akal. Spidey zaman remaja cuma gemari komik Doraemon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 08:36 AM | Show all posts
Siapa yang layan tu memang tersusun la kat dalam bilik kadang kat ujung katil al maklumlah buat bacaan sebelum tidur
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendekar bujang lapok
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:36 AM | Show all posts
nikaido replied at 9-4-2015 08:24 AM
ada yg melayu kot. teringat dlm komik pendekar laut, waktu orga mati, ada watak ckp "dia telah pun ...

LOL!!!
Kekdg translation tu melampau2 sgt dan lawak haha
The only komik HK yg pernah baca sepenuhnya, Pustaka langit. Sebab dia ada jilid tebal tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:37 AM | Show all posts
chazey replied at 9-4-2015 07:54 AM
Ai, ingatkan dah lama habis. Tahniah la.

Aku baca Alam Perwira jah masa sekolah rendah dulu. Mili ...

sangatlah betul! Scene2 tu yg jadi segan nak baca haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:39 AM | Show all posts
pedang setiawan, raja rimba, jejak wira, alam perwira, lingkaran terkunci... how nostalgic...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 9-4-2015 07:54 AM
Ai, ingatkan dah lama habis. Tahniah la.

Aku baca Alam Perwira jah masa sekolah rendah dulu. Mili ...

Sememangnya dik chazey... si ji fak tu..belom akil baligh lagi sudah expert mencelop...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tred utk set set the 80's...BBNU...veteran perang dok diam diam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat sgt pedang setiawan. Lagi best pendekar laut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:46 AM | Show all posts
koleksi pedang setiawan ku habis kena buang. Dulu x pernah miss beli komik ni. Alam Perwira, Raja Rimba, Dewata Raya. Keluar citer Storm Rider siap gi tgk movie kat panggung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:48 AM | Show all posts
baru habis? apa ending nya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.337808 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list