CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 0

Matthew Davies perkuat pertahanan Tok Gajah

[Copy link]
Post time 9-4-2015 10:34 AM | Show all posts |Read mode


Pemain muda daripada Australia Matthew Davies menjadi tonggak baharu pasukan bola sepak Pahang untuk mengukuhkan posisi pertahanan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia.
                Davies, 20, berkata keputusan untuk menyertai pasukan Tok Gajah dibuat setelah mendapatkan nasihat dari bekas pemain Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Dividson dan Anthony Milicic.

Katanya Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Pemain kelahiran Perth, Australia itu berkata beliau lebih teruja untuk bermain selepas menyaksikan Pahang menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.

Ketua Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan memberitahu Davies akan memulakan latihan dengan rakan sepasukan hari ini, bagi mencari keserasian sebelum membuat penampilan sulung pada perlawanan akan datang.

"Kita berharap Davies akan memberi impak maksimum dan memperbaiki kelemahan pasukan Pahang dalam menghadapi saingan liga," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Pulau Pinang di sini, semalam.

Mengulas prestasi anak buahnya pada perlawanan itu, Zainal Abidin  berkata pasukan telah menunjukkan disiplin lebih baik dan tidak banyak mengulangi kesilapan pada babak akhir perlawanan.

"Walaupun  banyak melepaskan peluang untuk menambah jaringan tapi yang penting dapat mempertahankan gawang daripada dibolosi.

"Ini amat penting yang memberi kelebihan untuk kami menghadapi perlawanan kedua di tempat lawan dan memberi satu motivasi buat pasukan," katanya.   

Juara bertahan Pahang menceriakan penyokong tuan rumah apabila menundukkan pendahulu Liga Perdana Pulau Pinang 2-0 menerusi jaringan Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-9 dan Dickson Nwakaeme minit ke-14 di Stadium Darul Makmur malam tadi.
   






                                                                                                                                               
kredit:www.amanz.my

                                                                                                            






            
        
   
                       


   
            


        
   

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048646 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list