CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1574|Reply: 0

Malaysia raih kemenangan pertama

[Copy link]
Post time 9-4-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode


        Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24, selepas menewaskan India 3-2 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.   
    Kemenangan tipis tersebut sekali gus melonjakkan semangat anak buah Tan Beng Hai untuk menharungi perlawanan seterusnya, selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Pada perlawanan tertangguh selama satu jam ekoran hujan lebat itu, Faizal Saari meletakkan Malaysia di hadapan apabila menjaringkan gol pada minit ke-17 menerusi pukulan sudut penalti.

Kedudukan itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila India menjaringkan gol penyamaan menerusi Rupinder Singh pada minit ke-20, juga melalui pukulan sudut penalti.

Terikat 1-1, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan hasilnya Muhammad Haziq Samsul menceriakan 5,000 penyokong negara yang menyaksikan perlawanan itu apabila menyumbat masuk gol kedua Malaysia pada minit ke-35.

Walaupun ketinggalan satu gol, ia tidak mematahkan semangat anak buah Paul Van Ass dan Rupinder sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

Namun, Mohd Shahrun Nabil Abdullah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia selang tujuh minit kemudian.

Malaysia perlu memenangi baki dua perlawanan iaitu menentang Korea Selatan dan Kanada untuk berada di kedudukan terbaik pada kejohanan tersebut.

Skuad negara sebelum ini, tumpas 2-4 kepada New Zealand pada perlawanan pertama dan 2-3 kepada juara dunia Australia.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Beng Hai berkata beliau berpuas hati dengan rentak permainan skuad negara malam ini.

"Kesemua pemain mempamerkan persembahan terbaik mereka malam ini," katanya.

Mengenai pertemuan menentang Korea Selatan esok, Beng Hai berkata beliau tidak dapat menjangkakan corak permainan pasukan lawan, namun berharap anak buahnya dapat menampilkan prestasi yang lebih baik.

Sementara itu, pada perlawanan berlangsung di venue sama petang tadi, Australia meraih kemenangan ketiga apabila mengalahkan Korea Selatan 5-2, manakala New Zealand menewaskan Kanada 5-0.

sumber:www.amanz.my
   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058545 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list