View: 1669|Reply: 0
|
Optimal : Cangkerang Pintar Yang Mengawal Suhu Peranti
[Copy link]
|
|
Optimal : Cangkerang Pintar Yang Mengawal Suhu Peranti Bagi Penggunaa Bateri Optimum
Pernahkah anda terfikir mengapa hayat penggunaan bateri peranti pintar di Malaysia lebih rendah berbanding yang diiklankan pengeluar? Di makmal Amanz kami juga sedari hayat bateri yang diuji berkurangan sehingga 25% berbanding apa yang dilaporkan laman teknologi luar negara.
Dua faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah isyarat telefon Malaysia yang tidak stabil dan kerana suhu Malaysia yang panas. Tahukah anda bateri Li-ion yang digunakan di dalam peranti sebenarnya hanya berfungsi dengan baik pada suhu sekitar 22 darjah Celsius. Apabila cuaca panas ataupun peranti menjadi panas anda akan sedari bateri akan lebih pantas digunakan.
Menyedari masalah ini cangkerang Optimaldihasilkan oleh Amited. Ia adalah cangkerang pintar yang memantau suhu peranti anda secara automatik. Kipas terbina di dalam cangkerang akan menyejukkan peranti apabila ianya panas dan memanaskan peranti sebelum ianya beku. Ini dilakukan dengan penggunaan sistem kipas dan pemanas terbina Optimal. Cangkerang ini juga menggunakan bahan penebat yang mengurangkan permukaan peranti dari terdedah kepada panas dan sejuk.
Optimal ditambat kepada peranti menggunakan Bluetooth dan dikawal menggunakan aplikasi pintar. Oleh itu bukan sahaja bateri peranti anda dapat bertahan lebih lama tetapi kerosakan akibat cuaca melampau dapat dielakkan. Optimal akan dihasilkan untuk peranti iPhone serta HTC, Samsung dan Nexus terkini.
Sumber Rujukan: Amited
kredit:www.amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|