CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1519|Reply: 0

Posisi bek kanan menanti Davies - Kim Swee

[Copy link]
Post time 10-4-2015 08:18 AM | Show all posts |Read mode


Pemain baharu Pahang, Matthew Davies berpeluang mengisi posisi bek kanan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk menghadapi saingan pada Sukan SEA di Singapura, Jun ini.
                Jurulatih B-23 negara Datuk Ong Kim Swee berkata beliau akan menilai prestasi pemain kelahiran Australia berusia 20 tahun itu, yang akan membuat penampilan sulung bersama skuad Tok Gajah pada Sabtu ini.

"Setahu saya Matt Davies bermain dengan pasukan Perth Glory dan mempunyai 16 penampilan. Kalau tunjuk prestasi yang baik, ia akan menguntungkan pasukan Bawah 23 dan pasukan negara pada masa akan datang," katanya ketika ditemui selepas pelancaran web portal dan buku panduan Sukan SEA Singapura 2015, di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Kim Swee berkata pada masa ini, skuad bimbingannya mempunyai dua pemain beraksi di benteng pertahanan kanan iaitu Muhammad Ariff Farhan Md Isa dan Che Rashid Che Halim, yang disenaraikan untuk menjalani latihan skuad B-23.

"Kita ada Ariff Farhan dan Che Rashid untuk posisi itu dan kehadiran Matt Davies mungkin boleh beri impak kepada pasukan untuk memperkuatkan barisan pertahanan," katanya.

Semalam, pasukan Pahang memperkenalkan Davies sebagai pemain baharu untuk memantapkan lagi skuad berkenaan dalam saingan Liga Malaysia.

Davies yang mendapat kerakyatan Malaysia minggu lepas, merupakan pemain berdarah campuran Australia-Sabah.

Bapanya merupakan warganegara Australia, manakala ibunya berasal dari Sabah.

Ini membolehkan beliau mendapat kerakyatan negara ini dan memiliki status pemain tempatan seperti Brendan Gan (Kelantan) dan Junior Eldstal (JDT I).

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.149002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list