CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2090|Reply: 1

M'sia tuan rumah Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

[Copy link]
Post time 10-4-2015 08:23 AM | Show all posts |Read mode


        Malaysia diberi hak menjadi tuan rumah Kejohanan Skuasy Wanita Dunia untuk tiga edisi akan datang, bermula edisi ke-32 yang akan berlangsung dari 11 hingga 18 Dis ini.   
    Pengarah Urusan Hallmark Events Group, Simon Arnold ketika mengumumkan perkara itu, berkata Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) membuat keputusan itu kerana Malaysia mempunyai pengalaman luas menganjurkan kejohanan seumpama itu, selain mempunyai dua pemain terbaik dunia, pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David dan pemain kelapan dunia Low Wee Wern.

Malaysia telah menganjurkan tiga edisi Kejohanan Dunia sebelum ini, iaitu pada 1996, 2004 dan 2013.

"Mereka (Malaysia) mempunyai tradisi kukuh dalam skuasy dan penganjuran Kejohanan Dunia untuk tempoh tiga tahun akan datang akan membina legasi ini," kata Arnold dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh WSA.

"Tambahan pula, generasi seterusnya (pemain Malaysia) dilihat berada dalam kedudukan mantap berikutan kejayaan skuad remaja lelaki dan perempuan meraih pingat emas pada Kejohanan Berpasukan Remaja Asia baru-baru ini," kata Arnold.

Kejohanan Dunia itu akan menampilkan 23 pemain berada pada kedudukan teratas dalam Ranking Dunia WSA dan lapan pemain layak ke Pusingan Kelayakan Kejohanan Dunia itu, yang akan diadakan sebelum acara itu berlangsung.

Nicol mencipta sejarah baru-baru ini, dengan menduduki tempat teratas ranking dunia selama 106 bulan, sekali gus menjadi pemain nombor satu paling lama menduduki ranking dunia itu.

Beliau sudah pasti menjadi pilihan untuk melebarkan rekod meraih gelaran dunia yang telah dimenanginya sebanyak lapan kali, di gelanggang sendiri pada akhir tahun ini.

Untuk rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu telah lapan kali merangkul gelaran dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2014.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 10:01 AM | Show all posts
juara ladies dalam tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.269212 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list