CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7442|Reply: 2

Skuter Eclimo ES-11 skuter buatan Malaysia

[Copy link]
Post time 13-4-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 13-4-2015 08:51 AM


MELAKA 1 April - Kesedaran dalam penggunaan teknologi hijau terus meningkat dengan kemunculan isu pemanasan global dan juga perubahan iklim dunia.


Teknologi hijau mengambil kira terhadap kepentingan pemeliharaan persekitaran dengan penggunaan teknologi ini dilihat dapat menjamin pengekalan alam semula jadi serta keselamatan dan kehidupan yang sentiasa bersih dan sihat.
Sumber tenaga seperti angin, air, solar dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi merangkumi teknologi hijau.







Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem dalam usaha memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dengan meminimumkan kesan negatif akibat aktiviti manusia.
Penggunaan teknologi ini adalah lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada serta rendah karbon iaitu menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.

Penggunaan skuter elektrik adalah sebahagian daripada inisiatif amalan hijau yang dilihat mampu mengurangkan kos bahan api termasuk pencemaran udara dan bunyi.
Haba yang terhasil pada motor elektrik adalah sangat kurang berbanding enjin pembakaran dalaman motosikal yang menggunakan bahan api seperti petrol.

Eclimo Sdn. Bhd., adalah antara syarikat tempatan yang ditubuhkan pada Jun 2008 terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang teknologi kuasa mesra alam terutama untuk sektor pengangkutan.

Skuter elektrik jenama Eclimo, model ES-11 adalah produk yang direka untuk mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu utama dunia ketika ini.

Ia juga memperkenalkan Direct Drive Technology yang menjadikan pengalaman menunggang dan menggunakan skuter elektrik sangat selesa dan memberi kecekapan kepada mekanisma pengurusan penggunaan tenaga elektrik.

Skuter elektrik ini bergantung 100 peratus kepada tenaga elektrik menerusi penggunaan ba-teri yang boleh dicas semula.

Penggunaannya bersifat mesra alam berikutan tiada karbon dioksida atau asap yang dibebaskan serta menjadikan skuter elektrik alternatif terbaik bagi penjimatan kos terhadap bahan api fosil.

Berdasarkan penggunaan 100 ki-lometer sehari selama setahun, skuter elektrik ini mampu menjimatkan pelepasan sebanyak 2,580 kilogram karbon dioksida ke udara.

Berbanding penggunaan motosikal yang menggunakan petrol karbon dioksida dikeluarkan anggaran satu liter adalah sebanyak 2.3 kilogram.
Baru-baru ini, di Melaka Taming Sari Berhad telah memperkenalkan penggunaan skuter elektrik untuk kegunaan pelancong di Tapak Wa-risan Dunia, Banda Hilir bermula awal bulan Mac.

Program pelancongan mesra alam pertama di Malaysia itu ditawarkan kepada pengunjung menerusi Program Penyewaan Skuter Elektrik Eclimo ES11 di Menara Ta-ming Sari.

Projek perintis penyewaan skuter elektrik di lokasi pelancongan itu melibatkan kerjasama tiga pihak antara Menara Taming Sari Berhad (MTSB) bersama OC Technology Sdn. Bhd., dan Eclimo Sdn. Bhd.

Perkhidmatan itu mula ditawarkan kepada pengunjung untuk kegunaan para pelancong melawat kawasan bersejarah dan produk-produk pelancongan menarik yang terdapat di negeri ini.

Pelancarannya dirasmikan Ahli Parlimen Jasin merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Menara Ta-ming Sari Berhad, Datuk Ahmad Hamzah di pekarangan pusat pelancongan itu, baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif OC Technology Sdn. Bhd., Saiful Bahri Samuel berkata, Melaka adalah negeri pertama bagi pengenalan penggunaan produk secara komersial dalam sektor pelancongan selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melestarikan amalan hijau dan teknologi hijau.

Menurut beliau, bagi peringkat permulaan, skuter elektrik Eclimo itu ditempatkan di Menara Ta-ming Sari dan pihak OC Technology me-rancang untuk memperluaskan program penyewaan skuter elektrik tersebut di lokasi-lokasi pelancongan lain di negeri ini.

“Ia akan memudahkan para pelancong tempatan mahupun luar negara bergerak ke tempat-tempat pelancongan di sekitar bandar Me-laka dengan kadar sewa yang berpatutan.

“Skuter berkenaan menggunakan bateri Lithium Ion bercirikan mesra alam dan boleh dikitar semula, ba-teri itu boleh dicas penuh dalam tempoh 3 jam 30 minit.

“Bateri yang digunakan itu boleh dicaj pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan menggunakan plug tiga pin yang memudahkan penggunanya,” katanya.

Katanya, kelajuan maksimum skuter elektrik Eclimo ES-11 ini mencapai 100 kilometer sejam.

Penyelenggaraan skuter ini sangat mudah, murah dan paling minimum pihak kilang memberi jaminan tiga tahun untuk bateri dan lima tahun untuk motor elektrik.

“Teknologi pembinaannya yang berkonsepkan fesyen, kemudahan memakai serta meminimumkan kos penggunaan menjadikan skuter ini sebuah motosikal yang bergaya, terkini dan amat mudah diselenggara,” katanya.


Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.7GwTIbDQ.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2015 08:50 AM | Show all posts
Tapi nampak murah laa... harap2 harganya memang murah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 08:22 PM | Show all posts
Nusantara77: Tapi nampak murah laa... harap2 harganya memang murah...


ingatkan kalau guna letrik..lagi mahal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058132 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list