CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 0

Kim Swee harap Malaysia diundi dalam kumpulan A

[Copy link]
Post time 13-4-2015 11:01 AM | Show all posts |Read mode


Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee berharap pasukannya diundi dalam Kumpulan A acara bola sepak pada Sukan SEA 2015 di Singapura.
                Beliau berkata pasukan Kumpulan A hanya perlu beraksi empat perlawanan berbanding lima perlawanan dalam kumpulan B, pada temasya tersebut yang akan berlangsung Jun ini.

Sebanyak 11 pasukan bakal mengetahui nasib mereka menerusi undian acara bola sepak Sukan SEA 2015 yang akan diadakan Rabu ini.

"Saya bukan memilih pasukan mana yang kita lawan. Kalau kita dapat kurang perlawanan, itu lebih bagus," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pusat fasa ketiga skuad berkenaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.

"Seperti yang kita semua tahu, perlawanan pada Sukan SEA cukup padat kerana setiap pasukan hanya mempunyai rehat sehari seperti mana yang kita lalui pada Sukan SEA 2013 (di Myanmar)," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee mengingatkan 30 pemain yang dipanggil untuk sesi latihan pusat kali ini, supaya menunjukkan komitmen tinggi kerana hanya 20 pemain terbaik akan terpilih menggalas cabaran negara pada temasya sukan dwi-tahunan itu.

Kim Swee menegaskan pemain yang gagal memberi tumpuan, selain berdepan kecederaan, mungkin digugurkan sebelum beliau menamakan senarai muktamad 20 pemain beberapa hari sebelum skuad berkenaan berlepas ke Singapura.

"Saya hanya mempunyai lebih kurang sebulan setengah untuk menilai aksi mereka dalam Liga (Malaysia) sebelum latihan fasa akhir pada 3 Mei, jadi mereka perlu menunjukkan komitmen yang tinggi," katanya.

Kim Swee berkata pemain daripada beberapa pasukan hanya akan melaporkan diri esok, kerana terlibat dengan perlawanan Liga Perdana malam ini, termasuk masalah kecederaan yang dialami Mohamad Arif Fadzillah Abu Bakar dari kelab T-Team.

Beliau berkata skuad B-23 negara akan beraksi pada perlawanan persahabatan tertutup menentang pasukan Liga Selangor, MK Land pada Rabu ini di Wisma FAM bagi menguji keserasian antara pemain.
   






                                                                                                                                               

sumber:www.stadiumastro.com


            
        
   
                       


   
            


        
   

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.085839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list