CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1707|Reply: 0

T-Team dinasihat kikis sikap terlalu yakin

[Copy link]
Post time 13-4-2015 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Pendahulu Liga Perdana, T-Team dinasihatkan supaya tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan pasukan lawan apabila bertemu UiTM FC, Jumaat depan.

                Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain perlu kikis sikap terlalu yakin kerana ia mampu menjerat diri.

"Keyakinan perlu ada tetapi perlulah beringat-ingat kerana pasukan kerdil boleh mengalahkan pasukan gergasi, begitu juga T-Team mungkin boleh dikejutkan UiTM FC jika leka," katanya.

Ketika ini, T-Team mendahului carta Liga Perdana dengan mengutip 14 mata bersama-sama Pulau Pinang dengan hanya perbezaan jaringan.

UiTM FC kini dilihat mampu memberikan tekanan berikutan berada pada kedudukan keempat ketika ini dengan mengumpul 12 mata, kurang satu mata di bawah Sabah yanag menghuni tangga ketiga liga.


sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list