CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1417|Reply: 0

Matthew Davies sertai skuad B23 negara

[Copy link]
Post time 13-4-2015 11:06 AM | Show all posts |Read mode


Pertahanan baru Pahang Matthew Davies menerima berita baik apabila namanya telah tersenarai dalam 30 pemain skuad Bawah 23 tahun negara.

                Menurut laporan akhbar Utusan, pengendali B23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee telah pun menyenaraikan nama pemain itu Jumaat lalu sebelum diserah kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Namun Kim Swee berkata, seperti pemain lain kemampuan Davies juga harus dinilai terlebih dahulu terutamanya prestasi pemain itu bersama Pahang dan bagaimana dia mampu bersaing dengan pemain pertahanan lain.

Antara pemain lain yang akan merebut slot bek kanan adalah Che Rashid Che Halim dan Mohd. Ariff Farhan Mohd Isa.

Sesi pertama latihan akan bermula hari ini di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia akan memulakan saingan Sukan SEA di Singapura pada 29 Mei nanti namun sebelum berangkat Ong Kim Swee perlu menapis 10 pemain terlebih dahulu.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053760 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list