CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18328|Reply: 89

Awal Ashaari Dedah Cerita Barang Dicuri Ketika Kemalangan

  [Copy link]
Post time 15-4-2015 08:12 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Awal Ashaari

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara Awal Ashaari mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang akibat dicuri ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka pada 29 Mac lalu.

Awal, 34 , berkata, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu.

Dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

"Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.






"Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil.

“Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,”  katanya kepada mStar Online.

Awal ditemui pada majlis sambutan  tiga dekad majalah Media Hiburan, '30 Living Legends Media Hiburan' di Hotel Pullman, di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan yang berlaku, kereta yang dinaiki  Awal  dan dipandu rakannya rosak terus akibat terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan.

Kemalangan itu berlaku ketika Awal yang menumpang kereta rakannya itu dalam perjalanan bagi mengacarakan rancangan Melodi, TV3.

Dalam pada itu, Awal berkata dia masih lagi trauma apabila berada di dalam kereta kerana teringat kejadian yang menimpa.

"Selepas apa yang telah berlaku saya anggap apabila kita memandu, ia diibaratkan seperti kita bergadai nyawa di jalan raya.

"Malang tidak berbau. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan kemalangan. Jadi kita perlu lebih berhati-hati. Saya juga mengambil pendekatan untuk tidak memandu kereta sports sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya.

Sementara itu, mengenai majlis sambutan tiga dekad media hiburan, seramai 30 artis menerima pengiktirafan  '30 Living Legends Media Hiburan' daripada majalah tersebut sebagai tanda penghargaan mencipta fenomena di dalam industri hiburan tempatan.

Antara artis yang menerima pengiktirafan tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Amy Search, Amelina, Faizal Hussein, Ziana Zain, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Noraniza Idris.
Single Polls, Total 80 Users voted
96.25% (77)
3.75% (3)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 08:18 AM | Show all posts
macam yang video ummah alza rembat handbag orang accident hari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 08:37 AM | Show all posts
hahaha.. yg polls tu kelakar la weh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 08:39 AM | Show all posts
kasut hilang ka terpelanting... x kan la org nk c uri
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 08:43 AM | Show all posts
hurm..anggap je la dugaan tu Awal...bersyukurla..
kasut je hilang, yang lelain ada lagi kan?wallet tak hilang pun walau awak pengsan kan??

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 08:49 AM | Show all posts
o0rg tau kasut dia mahalllll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2015 08:59 AM | Show all posts
ntah  tecampak kat mana2 ntah...tuduh org curik....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:03 AM | Show all posts
ni munuduh membabi buta....heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 09:08 AM | Show all posts
tah2 kasut tu sendiri tertanggal masa org selamatkan dia dari kereta. lain la ko pakai kasut besi siap bermangga gari kat kaki ko. tah pape punya tuduhan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:14 AM | Show all posts
Keadaan kereta teruk kan. Die tercampak kuar dari keta ke? Silap2 kasut tu tercampak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:23 AM | Show all posts
vangang gile yang mencuri tuh ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:29 AM | Show all posts
Kalau jenis ambik kesempatan, bukan nak fikir yg dia tau ambik aje.
Buat reti sendiri ataupun jual buat untung.
Selagi perangai macam tu tak ubah maka sampai bila2 tak akan berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:30 AM | Show all posts
Nyawa hang dah di hujung tanduk, lagi mahu cerita pasai kasut yang tak berapa sen ka? (relatif kepada nyawalah)
Sungguhlah hang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
suka2 replied at 15-4-2015 09:08 AM
tah2 kasut tu sendiri tertanggal masa org selamatkan dia dari kereta. lain la ko pakai kasut besi si ...

HAHAHHAHAS!! Part kasut besi bergari..hahahahas..kenot stop laughing!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:42 AM | Show all posts
bersyukurlah masih brnyawa lg....
nk di pikirkan kasut ape lah sgt berbanding ngn nyawa melayang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:43 AM | Show all posts
yelah..rasanya kot2 kasut tu terpelanting..bkn dicuri..
sbb kwn dia yg drive tu x pengsan pun kan..mesti dia alert klu ada yg cuba2 nak mencuri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 09:45 AM | Show all posts
awal ... lebih baik lps nih kau berhenti terus jer drp naik apa2 kenderaan ... jln kaki jerr sbb apa ... takut klu terjadi lg kemalangan yg serupa ... tak kan ader lg org yg nk dtg selamatkan kau! sbb apa .. drg takut klu hilang apa2 nnti dituduh mencuri plk ...

kadang2 impak drp kemalangan yg kuat baju yg dipakai di badan pun blh tercabut! apa plk lah lagi sepasang kasut! adakah kita nak assume org curik baju dibadan kita time eksiden?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:46 AM | Show all posts
kasut kau ribu2.. jual kat bundle untung
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:53 AM | Show all posts
mungkin org tak curi. tertanggal / teringgal kt spital kot. biasala bila dhh tukar baju spital sebelum ke wad. tah tah ada kat wad kecemasan tu. sbb dlm gmbar ko tutup muka tu nmpak ada lg kasut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:54 AM | Show all posts
manehnya replied at 15-4-2015 08:39 AM
kasut hilang ka terpelanting... x kan la org nk c uri

aku pn rse kasut die terpelanting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.379452 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list