CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 0

TRW bakal tampilkan import baharu berdepan JDT

[Copy link]
Post time 15-4-2015 08:34 AM | Show all posts |Read mode


Kelantan bakal menurunkan barisan pemain import baharu pada pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, Sabtu ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa membayangkan The Red Warriors (TRW) akan tampil dengan wajah baharu pada pertemuan itu, menerusi catatannya dalam laman sosial Facebook milik beliau.

Annuar berkata setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia semakin sukar untuk kekal pada kedudukan teratas memandangkan sukan bola sepak di negara ini semakin kompetitif.

"Ternyata sangat payah nak kekal 'top' (teratas) sepanjang masa, melabur besar tetapi hasil tidak seberapa...bayar gaji mahal tetapi prestasi tidak setimpal, bola sepak kini sangat kompetitif bukan sahaja kepada pemain tetapi juga pada pengurusan," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, Kelantan sedang menguji tiga pemain import untuk disenaraikan dalam pasukan berkenaan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Tiga pemain berkenaan ialah Gilmar Jose Dos Santos Filho dari Brazil serta Keiven Sami Goncalves Fernandes dan Bertino Joao Cabral Barbosa, kedua-duanya  dari Portugal.

Kelantan kini memiliki empat pemain import iaitu Emmanuel Kenmogne dari Cameroon, Isaac Pupo (Liberia), Jonathan McKain (Australia) dan Erwin Carillo (Colombia).

TRW kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.153814 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list