KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selain menyatakan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berseorangan.
Dalam catatan di laman Instagram miliknya, Che Ta mengakui ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya.
"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.
"Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami," katanya.
Laman Instagram milik Che Ta yang menyatakan sokongan terbuka kepada Che Det - Gambar Instagram Che Ta
Pada Isnin, Dr Mahathir mengeluh di dalam blognya chedet.cc bahawa dia keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kata Dr Mahathir, soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang negarawan yang telah mengharungi pelbagai cabaran sehingga terkenal di mata dunia.
Antara catatan terbaharu di laman Instagramnya juga menyatakan secara terbuka rasa kagumnya kepada Dr Mahathir selain menyatakan bekas Perdana Menteri tidak pernah keseorangan.
"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam laman Instagram berkenaan.
Laman Instagram milik Siti Nurhaliza yang menyatakan sokongan terbuka kepada Che Det - Gambar Instagram Siti Nurhaliza
Tinjauan Astro AWANI mendapati, sehingga kini, catatan berkenaan mendapat lebin 17 ribu 'like' dan mendapat hampir 700 pendapat.
Kebanyakan pendapat berkenaan menyokong Siti selain menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir sendiri.
Sebelum ini, Dr Mahathir memaklumkan, Najib bakal menjadi penentu bagi masa depan UMNO.
Kata Dr Mahathir, seandainya UMNO kalah kelak, ia dilihat satu situasi yang tidak dapat dipulihkan semula.
Bagaimanapun Dr Mahathir turut mengakui bukan mudah untuknya menulis catatan itu namun diteruskan demi bangsa dan negara.
Post time 15-4-2015 08:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dato ct respek, syg n sanjung tun det n tun ct hasmah dr dulu kan idola kot..ramai lg yg menyayangi n beada dibelakang mu wahai tun det..tp bkn ke dato ct baik jgk dgn ahkak pink..dh la berbesan dgn dato hishamuddin..
Tun M tak perlu mintak simpati sesiapa.... Tun ada ramai fanatik. Tapi zaman dah berubah, dulu masa Tun nak Tun Abdullah letak jawatan, satu Malaysia setuju lagipun Pak Lah bukan tandingan Tun... Tapi sekarang Tun nak Najib letak jawatan mungkin susah sikit.. Najib pun besar pengaruh dan banyak pengikut. wait and see sajalah... hope Tun sihat selalu.