CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3386|Reply: 30

[Tempatan] Prasarana Iktiraf Aktiviti ‘Busking’ – Sediakan Tempat Di LRT

[Copy link]
Post time 16-4-2015 08:01 AM | Show all posts |Read mode
                                Apr 15, 2015               
195
Gambar hiasan













KUALA LUMPUR – ‘Busking’ atau muzik jalanan semakin mendapat perhatian termasuk oleh sektor-sektor korporat yang melihat aktiviti itu bukan lagi berimejkan meminta sedekah, tetapi sebagai satu daya penarik alaf baharu.

Terbaru, syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mahu memperkenalkan program ‘Busking in Transit’ di stesen-stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghiburkan penggunanya.

“Program ‘Busking in Transit’ membuka ruang khas di stesen-stesen LRT untuk kumpulan-kumpulan ‘buskers’ membuat persembahan sambil mendapat sumbangan daripada peminat mereka. Kesemua sumbangan akan disimpan sepenuhnya oleh kumpulan-kumpulan buskers ini.

“Sebagai permulaan, Rapid KL telah mengenalpasti tiga stesen LRT iaitu Masjid Jamek, Hang Tuah dan KL Sentral sebelum diperluaskan ke stesen-stesen lain termasuk monorel dan hab-hab bas yang sesuai,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media hari ini.

  

Menurut kenyataan itu, program ‘Busking in Transit’ turut bertujuan meningkatkan keceriaan di stesen-stesen LRT bagi menggalakkan lebih ramai warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Mereka yang berminat menyertai program ‘Busking in Transit’ ini boleh menghubungi Rapid KL melalui e-mel busking@rapidkl.com.my,” kata kenyataan itu.
Ketua kumpulan Caliph Buskers, Khairul Azmi Mohd. Saad berkata, kumpulannya mengalu-alukan langkah Prasarana dan Rapid KL memperkenalkan program ‘Busking in Transit’.

Menurutnya, pemuzik jalanan selama ini berhadapan cabaran untuk mendapatkan lokasi bagi menjalankan aktiviti ‘busking’ dan masalah itu kini diatasi melalui program berkenaan.

“Banyak tempat tidak memberi kebenaran kerana menganggap kami sebagai peminta sedekah.

“Pandangan mereka ini memang salah sama sekali. Kami amat berterima kasih kepada Rapid KL kerana memberi pengiktirafan kepada muzik ‘buskers’ ini,” katanya. – MYNEWSHUB.cc


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 08:08 AM | Show all posts
Asia got talent - Malaya out...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:13 AM | Show all posts
Kebanyakan Buskers ni anak2 muda yg mencari pendapatan dgn nyanyian , i rasa ok gak disediakan tempat2 utk mereka tu drp mereka merempit dan hisap dadah dan mintak sedekah lebih baik kita bantu yg mana patut, PRASARANA - KEEP UP THE GOOD JOB
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:30 AM | Show all posts
Sepatutnya Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan tempat untuk orang membaca ayat ayat suci Al Quran dan bukan tempat orang nyanyi nyayi.

Dengan ini bukan sahaja orang ramai yang lalu lalang dapat menderma sesambil berhibur malah mereka juga dapat menghayati ayat ayat suci Al Quran semasa mereka berada di Stesyen Stesyen LRT.

Maideen nampak seolah olah kerajaan ada agenda tersundri agar rakyat leka dengan menonton persempahan buskers di stesyen stesyen LRT. Mungkin mereka tak mahu rakyat marhaen sadar bahawa GST itu harom setelah terdengar bacaan ayat suci al Quran.

Apa apa pon inilah tanda akhir zaman!

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:47 AM | Show all posts
usaha yang baik untuk busker & pengangkutan awam

tp jgn asik dengar smpai trtinggal tren
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:45 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-4-2015 08:30 AM
Sepatutnya Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan tempat untuk orang membaca ayat ayat su ...

semenjak dua menjak ni I tengok post2 maideen dah macam pejuang islam CI dah.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2015 10:49 AM | Show all posts
kena panggil badrul muhayat nyani...bulan sudah gurhana...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:51 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-4-2015 08:30 AM
Sepatutnya Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan tempat untuk orang membaca ayat ayat su ...

Nak dengar org baca Quran pergilah masjid. Buat apa pergi lepak LRT?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 11:15 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-4-2015 08:30 AM
Sepatutnya Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan tempat untuk orang membaca ayat ayat su ...

bro... nasyid pun boleh dibuskerkan... cabaran bagi pendakwah muda menggunakan element nasyid busker...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:19 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 16-4-2015 10:45 AM
semenjak dua menjak ni I tengok post2 maideen dah macam pejuang islam CI dah.......

Hamdalah........
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:20 AM | Show all posts
sam_survivor replied at 16-4-2015 10:51 AM
Nak dengar org baca Quran pergilah masjid. Buat apa pergi lepak LRT?

Bukan lepak kat LRT tapi tengah tunggu tren pi Masjid Jamek.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:28 AM | Show all posts
cipOt_cedOt replied at 16-4-2015 11:15 AM
bro... nasyid pun boleh dibuskerkan... cabaran bagi pendakwah muda menggunakan element nasyid busk ...

Ini cadangan yang baik asalkan kumpulan nasyid itu tidak mrnggunakan alat alat bertali seperi gitar, ukulele, piano (kecuali piano digital), biola dan double bass yang jelas dan nyata harom.

Melalui nasyid kita dapat mengingatkan ummah tentang siksa kubur ka, azab nuraka ka, niat jahat Yahudi dan Nasroni bersama Amrika terhadap ummah ka dsbnya.

Lebih afdol kalau kumpulan nasyid itu didatangkan dari Timor Tengah.....

Semoga cadangan Cipot ini dipertimbangkan oleh Prasarana....

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Good......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:56 AM | Show all posts
hiburan je memanjang.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:57 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-4-2015 11:28 AM
Ini cadangan yang baik asalkan kumpulan nasyid itu tidak mrnggunakan alat alat bertali seperi gita ...

Timur Tengah? Tuh berapa kos nak bayar tu? Duit rakyat lagi ke nak kena cover?

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:30 PM | Show all posts
sam_survivor replied at 16-4-2015 11:57 AM
Timur Tengah? Tuh berapa kos nak bayar tu? Duit rakyat lagi ke nak kena cover?

Mungkin pada bperingkat awal Prasarana boleh memanggil buskers  Jawa perasan arab dari Tanjung karang ka atau Sabak Bernam ka dsbnya.

Bila kutipan dari busking itu meningkat baru dipanggil buskers dari Yemen....

wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 12:39 PM | Show all posts
Maideen. replied at 16-4-2015 12:30 PM
Mungkin pada bperingkat awal Prasarana boleh memanggil buskers  Jawa perasan arab dari Tanjung kar ...

Bila I baca busking tu I pun terkejut, ingatkan depa nak galakkan maksiat

Tapi bila you cadang aktiviti keagamaan macam tu, baca quran ka, tahlil ka di LRT tu, baca yassin malam jemahat, I rasa sesuai la. Klu kita dengar pun dapat pahala.

Nak lagi baguih kita panggil ustaz apa yang home video aktiviti famili tu? Panggil dia soal jawab agama masa tunggu train. sambil sambil dengar nasyid.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 02:25 PM | Show all posts
Rapid KL telah mengenalpasti tiga stesen LRT iaitu Masjid Jamek, Hang Tuah dan KL Sentral sebelum diperluaskan ke stesen-stesen lain

kat stesen KLCC kan dah lama ada awat dia tak mention. ka dia pun tak tau...


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 02:26 PM | Show all posts
truly replied at 16-4-2015 12:39 PM
Bila I baca busking tu I pun terkejut, ingatkan depa nak galakkan maksiat

Tapi bila you cada ...

I nak request lagu 'Selimut Putih' rasa2 dorang hafal tak lirik...




Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 02:33 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-4-2015 02:26 PM
I nak request lagu 'Selimut Putih' rasa2 dorang hafal tak lirik...

Kalau depa nyanyi lagu selimut putih I tengah nak naik ketapi, I rasa I tak naik, takut sampai ajal tang tu jugak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.398796 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list