View: 3387|Reply: 30
|
[Tempatan]
Prasarana Iktiraf Aktiviti ‘Busking’ – Sediakan Tempat Di LRT
[Copy link]
|
|
Apr 15, 2015
195
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – ‘Busking’ atau muzik jalanan semakin mendapat perhatian termasuk oleh sektor-sektor korporat yang melihat aktiviti itu bukan lagi berimejkan meminta sedekah, tetapi sebagai satu daya penarik alaf baharu.
Terbaru, syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mahu memperkenalkan program ‘Busking in Transit’ di stesen-stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghiburkan penggunanya.
“Program ‘Busking in Transit’ membuka ruang khas di stesen-stesen LRT untuk kumpulan-kumpulan ‘buskers’ membuat persembahan sambil mendapat sumbangan daripada peminat mereka. Kesemua sumbangan akan disimpan sepenuhnya oleh kumpulan-kumpulan buskers ini.
“Sebagai permulaan, Rapid KL telah mengenalpasti tiga stesen LRT iaitu Masjid Jamek, Hang Tuah dan KL Sentral sebelum diperluaskan ke stesen-stesen lain termasuk monorel dan hab-hab bas yang sesuai,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut kenyataan itu, program ‘Busking in Transit’ turut bertujuan meningkatkan keceriaan di stesen-stesen LRT bagi menggalakkan lebih ramai warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
“Mereka yang berminat menyertai program ‘Busking in Transit’ ini boleh menghubungi Rapid KL melalui e-mel busking@rapidkl.com.my,” kata kenyataan itu.
Ketua kumpulan Caliph Buskers, Khairul Azmi Mohd. Saad berkata, kumpulannya mengalu-alukan langkah Prasarana dan Rapid KL memperkenalkan program ‘Busking in Transit’.
Menurutnya, pemuzik jalanan selama ini berhadapan cabaran untuk mendapatkan lokasi bagi menjalankan aktiviti ‘busking’ dan masalah itu kini diatasi melalui program berkenaan.
“Banyak tempat tidak memberi kebenaran kerana menganggap kami sebagai peminta sedekah.
“Pandangan mereka ini memang salah sama sekali. Kami amat berterima kasih kepada Rapid KL kerana memberi pengiktirafan kepada muzik ‘buskers’ ini,” katanya. – MYNEWSHUB.cc
|
|
|
|
|
|
|
|
Asia got talent - Malaya out... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan Buskers ni anak2 muda yg mencari pendapatan dgn nyanyian , i rasa ok gak disediakan tempat2 utk mereka tu drp mereka merempit dan hisap dadah dan mintak sedekah lebih baik kita bantu yg mana patut, PRASARANA - KEEP UP THE GOOD JOB |
|
|
|
|
|
|
|
usaha yang baik untuk busker & pengangkutan awam
tp jgn asik dengar smpai trtinggal tren |
|
|
|
|
|
|
|
semenjak dua menjak ni I tengok post2 maideen dah macam pejuang islam CI dah.......
|
|
|
|
|
|
|
|
kena panggil badrul muhayat nyani...bulan sudah gurhana... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dengar org baca Quran pergilah masjid. Buat apa pergi lepak LRT?
|
|
|
|
|
|
|
|
bro... nasyid pun boleh dibuskerkan... cabaran bagi pendakwah muda menggunakan element nasyid busker...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamdalah........
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan lepak kat LRT tapi tengah tunggu tren pi Masjid Jamek.......
|
|
|
|
|
|
|
|
hiburan je memanjang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Timur Tengah? Tuh berapa kos nak bayar tu? Duit rakyat lagi ke nak kena cover?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rapid KL telah mengenalpasti tiga stesen LRT iaitu Masjid Jamek, Hang Tuah dan KL Sentral sebelum diperluaskan ke stesen-stesen lain
kat stesen KLCC kan dah lama ada awat dia tak mention. ka dia pun tak tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
I nak request lagu 'Selimut Putih' rasa2 dorang hafal tak lirik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau depa nyanyi lagu selimut putih I tengah nak naik ketapi, I rasa I tak naik, takut sampai ajal tang tu jugak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|