CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1539|Reply: 0

Google Nexus 4 Kini Mula Menerima Kemas Kini Android 5.1

[Copy link]
Post time 16-4-2015 10:32 AM | Show all posts |Read mode


Peranti ini mungkin sudah berusia hampir tiga tahun tetapi nampaknya masih menerima sokongan rasmi dari Google. Hari ini Google mula melakukan kemas kini Android 5.1 buat pengguna Nexus 4. Buat masa ini kami difahamkan kemas kini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Utara dan Eropah. Pengguna tempatan masih perlu menanti buat masa ini.
Ketika dilancarkan pada November 2012, Nexus 4 hadir dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Walaupun peranti ini kini boleh diklasifikasikan sebagai peranti kelas pertengahan, ia masih mampu menerima kemas kini terkini.
Sementara itu masih banyak peranti utama dari pengeluar lain masih tersekat dengan Android 4.4.4 Kit Kat. Jika anda pengguna Nexus 4 ini pastinya berita yang menggembirakan. Peranti mungkin sudah dikira antik tetapi sistem operasi tetap terkini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073283 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list