CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1926|Reply: 0

ANUAR MANAN MASIH DIBELENGGU KECEDERAAN

[Copy link]
Post time 16-4-2015 11:10 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) sedang mempertimbangkan sama ada pelumba Anuar Manan dapat menyertai kejohanan Jelajah Ijen Pulau Bali di Indonesia pada 6 Mei nanti.
Ini kerana pelumba sensasi yang berasal dari Kuala Ibai di sini mengalami kecederaan di belakang semasa mewakili TSG menyertai kejohanan jelajah Thailand minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Farhan Abdul Wahab berkata Anuar antara lima pelumba yang disenaraikan untuk mewakili TSG pada kejohanan empat hari itu.

"Kami tengok kesihatan dia macam mana dulu sebabnya kami bimbang prestasinya akan menurun disebabkan kecederaan yang dialaminya itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata insiden itu berlaku pada hari terakhir kejohanan (6 April) kira-kira 150 meter ketika Anuar sedang memecut ke garisan penamat sebelum tiba-tiba pelumba dari Thailand terlanggar Anuar hingga menyebabkan beliau terjatuh.

Mohd Harris Salleh yang mengekori rapat di belakang Anuar juga turut terjatuh berikutan gagal mengelak hingga terlanggar basikal Anuar namun Mohd Harris tidak mengalami kecederaan yang serius.

Farhan berkata Anuar diberi rawatan di sebuah hospital di Thailand dan keadaannya kini stabil namun tangan kirinya mengalami sedikit masalah untuk diangkat.

Beliau berkata Anuar direhatkan selama seminggu sejak pulang dari Thailand pada 8 April dan beliau dijangka akan turun menjalani latihan ringan dalam masa terdekat ini, bergantung kepada tahap kesihatannya.

"Sekiranya Anuar tidak cergas dalam tempoh terdekat ini, nampaknya kami terpaksalah gantikan pelumba yang lain untuk kejohanan itu nanti," katanya.

Pelumba yang disenaraikan selain Anuar Manan ialah Mohamad Saufi Mat Senan, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, Mohd Shahrul Mat Amin dan pelumba import dari Singapura Goh Choon Huat.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.119899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list