CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2105|Reply: 0

Kelantan sambar dua penyerang import baharu

[Copy link]
Post time 17-4-2015 09:26 AM | Show all posts |Read mode


Skuad Liga Super Kelantan mendapatkan khidmat dua penyerang import baharu bagi menghidupkan semula jentera serangan pasukan itu dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Mereka ialah pemain kebangsaan Nigeria bawah 23 tahun, Austin Amutu dan Gilmar Jose Dis Santos Filho dari Brazil.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata mereka telah menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) bagi dua penyerang baharu itu hari ini.

"Pemilihan yang dibuat oleh pengurus (Azman Ibrahim) dan jurulatih (Mohd Azraai Khor Abdullah) ini diharap akan mengubah kekuatan pasukan," katanya dalam entri laman sosial Facebooknya hari ini.

Annuar berkata dua pemain berkenaan akan diturunkan pada pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, Johor, Sabtu ini.

"Mereka akan berganding dengan Erwin Carillo (dari Colombia) dan akan mula beraksi menentang JDT Sabtu ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Azraai Khor ketika dihubungi berkata kedua-dua pemain import berkenaan sememangnya diperlukan untuk menguatkan lagi barisan serangan pasukan itu.

"Saya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan bagi menentukan siapa (pemain import) yang akan disingkirkan daripada pasukan ini," katanya.

Barisan pemain import sedia ada dalam skuad berkenaan adalah Emmanuel Kenmogne dari Cameroon, Isaac Pupo (Liberia), Jonathan McKain (Australia) dan Erwin Carillo dari Colombia.

Selepas tujuh perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan hanya menjaringkan lima gol dan kini berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan dan satu seri.
Gambar: Laman Facebook Tan Sri Annuar Musa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.462718 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list