CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1917|Reply: 0

FAM DISARAN BINCANG AWAL JADUAL MUSIM DEPAN

[Copy link]
Post time 17-4-2015 09:30 AM | Show all posts |Read mode

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran mengadakan mesyuarat lebih awal dengan semua pihak berkepentingan sebelum menyusun jadual perlawanan Liga Malaysia musim depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata langkah itu wajar demi memelihara kualiti liga serta memberi masa yang cukup kepada skuad kebangsaan untuk membuat persiapan bagi menghadapi sesuatu pertandingan.

"Ketika ini, masa untuk skuad kebangsaan melakukan persiapan adalah terlampau singkat dan jadual Liga Malaysia juga terlalu padat sehingga mengakibat pemain mengalami keletihan," kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu kepada pemberita di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian ketika mengulas kenyataan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh yang berharap diberi masa yang secukup untuk kem latihan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, Jun ini.

Baginda juga turut berpandangan perlawanan Liga Malaysia juga wajar diadakan pada bulan Ramadan seperti dilakukan oleh negara luar termasuk Arab Saudi.

   
"Kalau kita lihat, perlawanan berjalan seperti biasa di negara Islam lain. Kemungkinan perlawanan boleh diadakan pada 10.30 malam selepas waktu solat tarawikh dan ini tidak akan jejaskan program liga kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) akan memiliki penjaga gol baharu selepas Mohd Anis Faron Ahmad kini dilepaskan dari persatuan itu.

Menurutnya, Mohd Anis Faron kini berstatus bebas dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu disiplin melibatkan pemain.

"Dia (Mohd Anis Faron) tidak ada kaitan lagi dengan pembangunan bola sepak Johor. Dia dilepaskan, tidak terikat dengan kontrak dan bebas untuk ke (kelab) mana yang dia mahu kerana saya hanya berminat mahu menyimpan pemain yang komited dan penuh disiplin," tegas Tunku Ismail.

Mohd Anis Faron, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang, dua hari lepas, atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang bertugas selepas perlawanan Liga Super dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, 3 April lepas.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061257 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list