CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 4

[Tempatan] DBKL pasang CCTV pantau pembuangan sampah

[Copy link]
Post time 18-4-2015 07:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sebagai langkah membasmi pembuangan sampah secara haram di sekitar bandar raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mudah alih. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berkata keputusan itu adalah hasil perbincangan dalam mesyuarat baru-baru ini.

"Di Kuala Lumpur sekarang ini banyak berlaku pembinaan dan juga pengubahsuaian, maka akan ada pembuangan sampah secara haram di kawasan tanah awam dan juga tanah persendirian. "Untuk mengesan aktiviti pembuangan sampah ini, ia agar sukar kerana mereka selalunya akan membuang sampah sekitar tengah malam hingga 3 pagi...sebab itu kita kena pasang 'portable' CCTV untuk kesan siapa yang membuang sampah," katanya.

Ahmad Phesal berkata demikian kepada media selepas melepaskan peserta 'Treasure Hunt' anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, hari ini. Turut hadir, Presiden MATTA, Hamzah Rahmat. Ahmad Phesal berkata, perancangan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan tertumpu di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku pembuangan sampah secara haram.

Sebanyak 56 kereta dengan setiap kereta disertai antara tiga dan empat peserta menyertai pengembaraan dua hari bermula hari ini sehingga esok dan perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, Selangor dan seterusnya ke Ipoh, Perak. Sementara itu, mengenai pertandingan anjuran MATTA buat pertama kali itu, Ahmad Phesal berharap peserta dapat menjejaki Kuala Lumpur dengan lebih terperinci kerana banyak tempat menarik dan makanan lazat terdapat di bandar raya ini.

"Kita sendiri tidak menyedari bahawa KL ini cantik sebenarnya. Kalau kita pergi secara 'detail', kita akan dapati pelbagai makanan di lokasi tertentu, bangunan-bangunan menarik serta penduduknya dapat kita fahami dan ini juga satu daripada cara mempromosikan warisan yang ada di negara ini. "Di KL pun, kita dah mula memperbanyakkan gerai dan restoran dan ini kita masukkan ke dalam 'food trail' mengikut kelompok makanan-makanan yang sesuai untuk diperkenalkan kepada pelancong asing," katanya. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Silly. Sediakan tong sampah banyak banyak. Habis tu sampah nak buang kat mana, silly. Aku kumpul sampah dalam keta, balik rumah baru buang. Kalau korang sediakan tong sampah banyak banyak tak perlulah aku simpan sampah dalam kereta.

Bila mengadu pasal perkhidmatan korang, korang dengan lagaknya cakap itu kerja penduduk (tax payer). Itu hari sah kena maki ngan tax payer baru senyap. Cakap pun penuh lagak.

Bandaraya lebih kecil ie seremban melaka semua lagi efisien boleh check and bayar saman Online. Semakan saman online seremban/melaka update immediately. Korang punya baru nak up melalui myeg. Update saman may take up to 14 days. Before this bayar saman manual di HQ lepas satu tahun pun tak update. Nasib simpan semua resit bayaran.
Bila orang tegur perkhidmatan, korang kata normallah kerja or perkhidmatan kami cam ni. Penduduk tolonglah pantau and report. Eiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 09:32 PM | Show all posts
munchkin replied at 18-4-2015 09:28 PM
Silly. Sediakan tong sampah banyak banyak. Habis tu sampah nak buang kat mana, silly. Aku kumpul sam ...

la..apsal semua negeri lu kena saman...??

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:07 PM | Show all posts
lavagym replied at 18-4-2015 09:32 PM
la..apsal semua negeri lu kena saman...??

kupon habis waktu. jadi kena saman. kita bayar jelah. sistem derang tu up to date. dbkl punya hampeh. nak bayar saman kena gi hq. pejabat cawangan kalau takde slip saman tak leh. menyusahkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:28 PM | Show all posts
Pelancong luar dan tempatan lebih selesa jika tempat pejalan kaki di lebar kan dan di buat sebaik mungkin(rata) dan juga termasuk perbanyakan trafik light untuk melintas jalan. Letakan bin yang teguh dan bersih  di setiap beberapa  meter di kawasan tumpuan orang ramai.

Ni di Malaysia bin pun di buat dari palstic murah senget sana sini dan kotor. Orang nak buang sampah pun geli tengok tong sampah tu.

Kata isle menjaga kebersihan? Tang mana isle nye yang ditunjukan oleh pemimpin isle?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.128309 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list