CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antara

Gangguan Selepas Berkahwin

  [Copy link]
 Author| Post time 22-10-2018 10:03 PM | Show all posts
Edited by antara at 23-10-2018 04:49 PM

BERUBAT DI MACHAP.

                Assalammualaikum semua, sori lama tak bersiaran. Badan asyik tak sihat. Semua kerja pun tak menjadi. Alkisahnya, selepas saya berhenti kerja tu tak lama kaki saya patah kaki. So, menanggung kesakitan ya ampunnnn... patah waktu mandi kat swimming pool hotel. Nak dijadikan kisah, hotel tu tempat ex gepren husbnd kje. Hahahah memang takde lah kita nak minta ganti apa2 ke kan walaupun ramai yang suruh pergi minta.Which is ex gepren yang kita ada citer sebelum ni beliau buat something kat bekas suami beliau. Wallahualam...

Selepas tu, baik je kaki..dapat berita ayah saya hidapi kanser paru-paru stage 4 (advance cancer) dan doc bagitau dia tak mampu bertahan sampai 3 bulan pun..dan saya nk minta jasa baik semua pembaca hadiahkan Al Fatihah pada ayah saya, Abdul Malek Shrifuddin (sesiapa yang kenal saya dalam dunia nyata diam2 ea  huhuhu) ayah saya meninggalkan kami pada 29.9.2018

Sebenarnya, punca berubat di Machap ni pun adalah nak ubatkan kanser ayah. Setelah pergi baru tahu rupanya ada beberapa pengamal perubatan yang agak terkenal disana.Saya pergi ke tempat Cik Am yang agak popular dengan ‘doktor batin’ atau doktor pembedahan batin. Katanya dah ramai yang elok pergi sana. Contoh kaki saya yang patah tu, dia akan buat pembedahan batin dan gantikan sebatang tulang baru.Katanya, bila xray doktor akan pelik sebab tulang tu tiada kesan patah macam yang sepatutnya. Wallahualam....

Tapi kesian ayah, terpaksa menunggu lama untuk dapatkan rawatan. Mula2 pergi, ayah kata memang ada lega,ayah yang pada mulanya tak boleh makan dah bole makan.Sebab perut dia yang mengeras tu (ketumbuhan menekan usus di antara buah pinggang dan bawah hempedu ea..ke apa gtu).

Ehh panjang pulak intro, isi tak seberapa huhu. Ok la sikit je cerita kat Machap tu pun. Cuma ya lah...dengan ayah yang sakit ni, sedikit sebanyak ada kene mengena dengan sakit yang saya alami.
Di samping ubatkan ayah tu, saya dengan suami masuk nama la sekali nak berubat kan. Ok,dia ada sediakan banyak tilam. Nama kita dipanggil je, kita baring kat mana2 tilam kosong dan tido.hahha tido ok...nanti sampai giliran kau, dia akan kejut dan tanya. Dalam waktu tunggu tu, suami saya dah gelisah. Mata dia dah merah,tiba2 macam nak mengamuk lah apa. I is redha...biasa kalau berubat memang macamni lah dia.
Tiba masanya, Cik Am pun tanya saya apa masalah segala2. Ok waktu tu saya dah 3 bulan tak datang uzur. Hati memang dah hepi lah ni..lepas tu saya ajak suami pergi scan. Dan bila scan....doc pun kira2 lah..sepatutnya bby dah nampak lah kan dah 3 bulan. Ini kantung bby pun takde..dalam tu kosong, rahim mengembang. Keras rasa.Lepas makan mengah, eh memang aku terasa yang aku ni mengandung. Boleh terasa nyut nyut kat rahim ni kadang.
Siapa aje tak kecewa kan. Doktor cakap, kalau takde kantung bby..sepatutnya mesti ada darah period sebab sebelum ni saya takde masalah period. Semua on time. Jadi doktor tu nasihatkan supaya saya pergi jumpa ustaz dan dapatkan rawatan alternatif. Doktor bagi ubat ‘turun darah’.

Jadinya,aku pun cerita lah serba sedikit masalah pada si Am ni. Waktu tu dia kata “rahim kau ni ada yang duduk. Habis kantung telur kene makan. Biar aku buat...”

Dalam keadaan saya terbaring tu, dia seolah2 dia buat prosedur membelah dan menjahit. Tapi yang peliknya, sebelah kiri kaki yang dia kata dia tengah proses tu, terasa sejuk dan kebas. Dia tak bagi bergerak. So saya diam, dia suruh tido dan berzikir. Tak lama tu, dia datang dan buat apa tah kat saya lagi. Dia seolah2 tengah sentap sesuatu supaya keluar dari rahim saya. Yang peliknya, rahim saya yang senak terasa penuh selama ni..boleh terasa macam ada benda yang cuba dikeluarkan. Sedangkan si Am tu tarik angin je. Sentuh saya pun tak.
“kita zikir sama2 ya...baca Surah Ikhlas...” saya pun baca...sampai berpeluh2 dia cuba buang benda tu dari melekat kat rahim saya. Akhirnya dia berjaya tarik. Fuhhh...lega..memang terasa lapang rahim. Dia kata benda tu dah bersarang, beranak pinak kat rahim. Lepas tu tiba2 je dia cakap.

“Rumah kau ni jenis taman ke, kedudukan rumah bla..bla...”
Ehhh macamna ea dia tau..tapi saya layankan je. Dia kata dia ‘pergi’ ke rumah saya untuk dapatkan punca. Punya lah gelap kata dia rumah saya, bukan gelap tak berlampu. Tapi gelap sebab dipenuhi benda2 tak elok. Dia kata ada 1 paling besar, jin india. Dia tanya samada sederet rumah saya ada org India tinggal. Saya cakap, jiran saya India dan dia memang alim..kuat sembahyang.

Dan saya ada bagitau dia pasal suami saya waktu tido boleh pulak mengilai suara perempuan. Tu si Am cakap, dia dah agak suami saya ada gangguan sebabnya dia nampak suami saya memang gelisah sejak dari datang. Katanya, ada yang mengikut kami. Tapi tak boleh masuk, dia menunggu kami balik kat simpang tol hiway.
Pagitu habis rawatan jam 3 pagi. Gila lah...kesian kat ayah...nasib dapat baring kat tilam...so, dia jadualkan untuk datang rawatan lagi dan diberi bebera papantang lah..contoh jangan makan itu, ini kononya baru lepas operate.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2018 11:39 AM | Show all posts
antara replied at 22-10-2018 10:03 PM
BERUBAT DI MACHAP.
                Assalammualaikum semua, sori lama tak bersiaran. Badan asyik tak ...

innalillah.. takziah atas kehilangan..

now dah cemana? ada sambungan lg ke pas berubat tu?


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TT please sambung cerita TT.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 18-4-2015 09:30 PM
aku ingat lagi...hari tu hari khamis...minggu yang sama..

suami balik keje awal..tengok wayang ka ...

Alahai.. kesiannya tt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 27-7-2015 10:02 AM
KISAH KAKAK DI ASRAMA...

hari ni teringat pasal kisah kakak kat asrama..mari namakan dia D...

Sekolah mana ye? Akak dok Kluang.. X byk sekolah yg ada asrama dan budak India duduk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061536 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list