CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 0

Ura-Ura Mediatek Akan Menghasilkan Pemproses 10 Teras Akhir Tahun Ini

[Copy link]
Post time 20-4-2015 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Mediatek ialah pengeluar pemproses yang sering kita kaitkan dengan peranti berkelas rendah dah murah. Tetapi sejak akhir-akhir ini pemproses mereka mula digunakan oleh pengeluar ternama seperti Sony, HTC dan Samsung.  Mereka juga pengeluar pertama yang berjaya menghasilkan pemproses lapan teras sebenar dengan kelapan-lapan teras berfungsi pada kelajuan yang sama. Ini berbeza dengan pemproses big.Little lapan teras seperti Snapdragon 810. Mediatek nampaknya ingin menghapuskan perspesi bahawa pemproses mereka hanya untuk peranti kelas bawahan sejak kebelakangan ini.


Kini terdapat ura-ura Mediatek akan menghasilkan pemproses dengan 10 teras (deca-core)dengan kod panggilan Helio X20. Ia adalah kesinambungan kepada pemproses Helio X10 2.2 GHz lapan teras yang kini digunakan pada HTC One M9+. Helio X20 dikatakan mampu mencatatkan markah setinggi 70 000 untuk penanda aras Antutu. Buat masa ini markah penanda aras tertinggi pernah kami lihat adalah 61000 yang dicatatkan oleh Exynos 7420 Samsung Galaxy S6. Kesemua sepuluh teras X20 dilaporkan berfungsi pada kelajuan yang sama. Persoalannya sekarang ialah adakah kita memerlukan peranti dengan deca-core? Adakah jangka hayat peranti akan terjejas dengan pengguna peranti yang sangat berkuasa? Ini semuanya akan terjawab di hujung tahun ini sekiranya Mediatek benar-benar menghasilkan pemproses Helio X20.

SUMBER RUJUKAN: GIZMO CHINA
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048498 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list