CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2228|Reply: 1

Shahrin puas hati ATM kutip satu mata di Kuching

[Copy link]
Post time 20-4-2015 10:32 AM | Show all posts |Read mode


Pemangku ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Shahrin Abd Majid @ Saiyadi berpuas hati dengan kejayaan pasukannya mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri di sini, malam tadi.
“Keputusan ini adalah permulaan yang baik buat kami setelah tewas dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Shahrin kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Beliau yang mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih ATM daripada B. Sathianathan berkata kejayaan malam tadi akan menjadi pembakar semangat untuk pasukannya bangkit meneruskan saingan dalam Liga Super musim ini.

“Kejayaan mencuri satu mata menentang pasukan seperti Sarawak dan bermain pula di Kuching bukanlah tugas yang mudah tetapi pemain-pemain saya berjaya melakukannya.

“Ini adalah permulaan yang baik dan kami ada 14 perlawanan lagi untuk dilalui dan diharap selepas ini kami akan terus mencipta kemenangan,” kata beliau sambil menambah semangat pemain pasukan bertambah baik dan memberangsangkan.

Mengenai tugas yang disandarkan di bahunya, Shahrin yang merupakan bekas pemain kebangsaan berkata: “Ia merupakan tugas yang sangat berat, namun saya akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk kami terus menjadi antara pasukan terbaik dalam Liga Super musim ini.”

Pengurusan ATM membuat keputusan merehatkan B. Sathianathan selepas kekalahan berturut-turut termasuk kepada JDT dan Selangor dan melantik Shahrin sebagai jurulatih interim (pemangku jurulatih) dan perlawanan menentang Sarawak merupakan tugas pertama beliau sebagai pembimbing utama pasukan ATM.

Sementara itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata pasukannya sepatutnya mencipta kemenangan mutlak jika pengadil perlawanan Samsudin Ibrahim tidak begitu mudah menghadiahkan sepak penalti kepada ATM.

“Kami jelas menguasai perlawanan tetapi terlalu banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Sarawak mendahului pada minit ke-63 hasil tandukan Ryan Griffiths yang menyambut bola tendangan bebas Ashri Chuchu, manakala ATM menyamakan jaringan pada minit ke-68 hasil sepak penalti yang disempurnakan Jerry Nelson Palacios Suazo.

Dalam perlawanan itu, Sarawak turun tanpa dua pemain tonggak utama iaitu pemain importnya Ivan Fatic dan Rames Lai Ban Huat yan masing-masing digantung satu dan dua perlawanan.

Sarawak kekal di tangga kelapan Liga Super dengan sembilan mata manakala ATM di tangga ke-11 dengan lima mata.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 03:14 PM | Show all posts
Bukan masalah Prestasi Sarawak FA tapi ditambah dengan keputusan pengadil yang tidak tepat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.052984 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list