CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 0

JDT perbaiki kedudukan, Kelantan makin merudum

[Copy link]
Post time 20-4-2015 10:34 AM | Show all posts |Read mode


Johor Darul Takzim (JDT) melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas berjaya menundukan Kelantan 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Pasukan pelawat terlebih dahulu berada didepan seawal minit ke 9 menerusi jaringan Iwuji Augustine Amamchi selepas mendapat hantaran import Brazil Gilmar Jose da Silva Filho.

Kelantan mendapat peluang menggandakan jaringan menerusi Gilmar namun jaringanya dibatalkan pengadil kerana berkedudukan ofsaid.

Sebaik perlawanan diteruskan, JDT mula memperkemaskan permainan dan mula melancar serangan berbahaya.

Gandingan Patito, Safiq Rahim, Hariss Harun dan Amri Yahyah mula menampakkan bisa dan akhirnya import Singapura Hariss Harun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 18 sebelum Alhaji Kamara meledak gol kedua JDT 3 minit selepas itu.

Amri Yahyah melengkapkan malam penuh malang buat The Red Warrior apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan.

Skuad kendalian Azraai Khor jelas hilang rentak walaupun beraksi baik 10 minit pertama perlawanan, pemain seakan-akan tersentak dan hilang tumpuan sebaik jaringan Gilmar dibatalkan.

Barisan pertahanan kerap kali longgar dan mudah ditembusi JDT dan kehilangan tonggak import Jonathan McKain yang mengalami kecederaan jelas memburukan lagi keadaan.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan jatuh ke tangga ke 10 hanya 2 mata dibezakan dengan ATM yang berada di zon penyingkiran bersama Sime Darby.


Keputusan lain:

Sarawak 1-1 ATM

Selangor 4-0 Lions XII

Sime Darby 1-3 PDRM

Terengganu 1-3 Felda Utd


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.922073 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list