CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 0

T-Team kukuhkan kedudukan di persada liga

[Copy link]
Post time 20-4-2015 10:40 AM | Show all posts |Read mode


Wakil kelab Terengganu, T-Team mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana selepas mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Keputusan itu menyaksikan mereka terus kekal di persada liga dengan kutipan 17 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Dua gol skuad 'The Titans' dijaringkan oleh pemain import, Farhod Tadjiyev pada minit ke-10 dan Sadriddin Abdullaev pada minit ke-47.

Terdahulu, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pengadil, Khairul Rizal Ismail melayangkan kad merah kepada Abdullaev pada minit ke-76 kerana mengasari pemain pasukan pelawat.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah meleburkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang musim ini dengan kemenangan tipis 1-0, hasil jaringan Eamon Zayed pada minit ke-27.

Kejayaan itu membolehkan Sabah memintas Pulau Pinang di tangga kedua liga.

Di Stadium Darul Aman, pasukan Kedah turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini menerusi kemenangan 2-1.

Chidi Edeh terlebih dahulu meletakkan skuad 'Helang Merah' di hadapan seawal minit ke-11 perlawanan sebelum Jean Marc Alexandre menyamakan kedudukan untuk NS Matrix pada minit ke-75.

Pemain import dari Albania, Liridon Krasniqi memastikan tiga mata penuh untuk Kedah menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-82.

Wakil kelab Pahang, Kuantan FA pula meraih kemenangan kedua musim ini setelah mengalahkan SPA Putrajaya FC 1-0, hasil sepakan penalti pemain import, Milan Purovic pada masa kecederaan babak kedua perlawanan di Stadium Darul Makmur.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas seri 1-1 menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Merdeka.

Hattaphon Bun An meletakkan skuad 'The Hawks' di hadapan pada minit ke-18 sebelum pemain Kuala Lumpur, Muhd Zameer Zainun tertampan bola ke dalam gol sendiri pada minit ke-28.

Dua pasukan kelab, PKNS FC dan DRB Hicom FC turut berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.



sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.093564 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list