CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 0

Samsung Galaxy Tab A Plus Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

[Copy link]
Post time 21-4-2015 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Samsung Galaxy Tab A Plus Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Pada bulan Mac yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan keluarga tablet baru dinamakan sebagai Galaxy Tab A. Kini, mungkin salah satu variasi daripadanya bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Melalui halaman Sirim, ia dilihat Samsung telah menerima pengesahan untuk model SM-P350 yang mana merupakan model Galaxy Tab A Plus.
Galaxy Tab A Plus ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 410, memori 2GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB. Samsung turut dijangka akan menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama tablet ini.
Buat masa ini, harga jualannya dan bilakah Samsung akan melancarkan ia ke pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, maka pelancaran rasminya mungkin tidak lama lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068287 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list