CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 1

Annuar beri amaran pemain bintang akan disingkir

[Copy link]
Post time 21-4-2015 09:11 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak teragak-agak menyingkirkan beberapa pemain bintangnya yang tidak mempamerkan aksi sebenar dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sedang menilai beberapa pemain yang berada di bawah prestasi sebenar mereka sekalipun telah diberikan 'segala-galanya' dan pelbagai imbuhan.

"KAFA telah memberi segala-gala yang mereka mahu termasuk imbuhan yang tinggi.

"Apa yang akan menghalang saya daripada membuang pemain tempatan kalau sebelum ini saya pernah buang pemain import, malah jurulatih import itu sendiri?" katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Liga Bola Sepak Piala Tan Sri Annuar Musa di Padang Halban di sini, malam tadi.

Annuar berkata KAFA boleh membatalkan mana-mana kontrak pemain yang difikirkan tidak lagi memberi sumbangan berdasarkan beberapa klausa tertentu yang terdapat dalam kontrak yang ditandatangani pemain.

"Contohnya jika pemain itu menerima gaji RM50,000 sebulan, kita boleh beri amaran dengan buat potongan sebanyak 10 peratus jika tidak beraksi dengan cemerlang. Cukup tiga kali amaran kita boleh buang pemain itu.

"Perkara ini penting untuk dilaksanakan kerana kita telah melabur banyak untuk pasukan, namun hasil yang diterima kadang-kadang agak mengecewakan," katanya.

Beliau berkata Liga Malaysia telah banyak berubah selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan sistem empat pemain import yang boleh beraksi serentak dalam satu-satu perlawanan bermula musim ini.

"Ini menyebabkan persatuan yang kurang mempunyai dana akan jauh tersingkir kerana tak boleh pemain import yang berkualiti, contohnya Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang besar.

"Kita tak mampu nak melabur lebih daripada US$200,000 setahun untuk seorang pemain import. Kita terpaksa buat 'adjustment' untuk ambil dua pemain import baharu (Austin Amutu dan Gilmar Jose Dis Santos Filho) bagi terus mengekalkan pasukan untuk terus berada dalam liga," katanya.

Selepas lapan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan hanya menjaringkan enam gol dan kini berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan dan satu seri.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 09:45 AM | Show all posts
warning2 ni lambat. singkirkan je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.081694 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list