CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 0

PEMAIN BEREGU NEGARA HARUS DIBERIKAN TUMPUAN

[Copy link]
Post time 21-4-2015 09:17 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin perlu mengubah fokus mereka kepada barisan pemain beregu pula selepas sekian lama memberi tumpuan kepada pemain perseorangan.
Sejak penggantungan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pemain perseorangan lain yang dibarisi Liew Darren, Chong Wei Feng masih gagal menunjukkan sebarang peningkatan tatkala masing-masing telah mencecah umur 27 tahun.

Namun dimana perseorangan negara gagal, pemain beregu pula bangkit mempamerkan peningkatan.

Walaupun beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran ketika ini belum lagi mencapai tahap terbaik namun aksi mereka dalam beberapa kejohanan amatlah membanggakan.

Ketika pemain perseorangan tersungkur satu demi satu seawal pusingan kelayakan lagi, pemain beregu negara nyata tidak mengecewakan terutama sekali ketika aksi di China Masters baru-baru ini.

Tiga beregu campuran negara berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Walaubagaimanapun, gandingan Chan Peng Soon-Goh Yiu Ling berjaya mara ke separuh akhir namun terkandas apabila berdepan pilihan utama Liu Cheng-Bao Yixin.

Beregu wanita negara gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei turut mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan pasangan dari China Tang Jinhua-Zhong Qianxin.



sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.096078 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list