CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 0

Mental Bos Gaurus kena kuat - Karathu

[Copy link]
Post time 22-4-2015 09:20 AM | Show all posts |Read mode


Jurulatih Perak, Datuk M. Karathu menggesa anak buahnya mempersiapkan kekuatan mental dalam pertembungan suku akhir dengan Terengganu malam ini andai berhasrat melangkah jauh dalam Piala FA musim ini.
Pengendali berpengalaman luas itu mengenal pasti mental goyah barisan mudanya musim ini yang membawa kepada permainan lebih meyakinkan di laman lawan berbanding di Stadium Perak.

Karathu sedar sesetengah pemain bergelut untuk menggalas harapan tinggi pemain di laman sendiri, lebih-lebih lagi melibatkan detik kalah mati seperti malam ini.

"Apabila mereka bermain di tempat sendiri mereka akan rasa tekanan sebab buat salah penyokong akan menghukum mereka. Saya harap mereka boleh mengatasi masalah mental ini, kami perlu bermain dalam perlawanan yang lebih bagus dan tunjukkan prestasi yang lebih baik.

"Malam ini kami perlu bersedia daripada segi mental serta mempamerkan karektor dan semangat juang tinggi," jelas Karathu yang mahu mengulangi pencapaian memenangi Piala FA ketika melatih Perak 25 tahun yang lepas.

Perak pincang tanpa kelibat tonggak utama seperti Thiago Junior Aquino yang digantung sementara Mohd Nasir Basharuddin dan Fikri Sudin pula dilanda kecederaan. Karathu turut berharap seorang lagi tonggak import, Namkung Woong sempat cergas untuk memantapkan pasukannya.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.553883 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list