CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1770|Reply: 0

RASHID SELESA DI SPORTS AFFAIRS

[Copy link]
Post time 23-4-2015 09:40 AM | Show all posts |Read mode


Bekas ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek punya misi besar bersama badan badminton profesional, Sports Affairs, apabila mahu lahirkan bintang masa depan Malaysia.
Nadi Arena sebelum ini melaporkan Sports Affairs sebagai destinasi Rashid dan seorang lagi bekas jurulatih negara Rosman Razak selepas mereka menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tinjauan krew Nadi Arena ke kem latihan pusat Sports Affairs di Cheras menyaksikan Rashid selesa dengan suasana lebih fleksibel berbanding skuad kebangsaan.

Rashid bagaimanapun menegaskan dia berada di Sports Affairs bukan sekadar berpeluk tubuh meskipun belum ada program yang tertumpu kepada pencapaian prestasi tinggi.

Selain memantau latihan perseorangan profesional seperti Ariff Latiff dan Tan Chun Seang, Rashid akan menyelia program pembangunan Sports Affairs.

Rosman yang membimbing beregu wanita Vivian Hoo dan Woon Khe Wei sehingga memenangi emas di Sukan Sea 2013 dan Komanwel 2014 kini mengetuai skuad beregu Sports Affairs.

Bekas pemain kebangsaan dalam Sports Affairs

1.Arif Latiff
2.Tan Chun Seang
3.Hoon Thien How & Lim Khim Wah - beregu

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059234 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list