CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2692|Reply: 1

Xiaomi Memperkenalkan Mi4i Secara Rasmi

[Copy link]
Post time 24-4-2015 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Xiaomi Memperkenalkan Mi4i Secara Rasmi – Hadir Dengan Rekaan Polikarbonat, Snapdragon 615, Kamera 13-Megapixel
Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar daripada mereka, dimana ia hadir dengam rekaan berasaskan polikarbonat, dan membawakan binaan berasaskanunibody, dinamakan sebagai Xiaomi Mi4i.
Xiaomi Mi4i hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dan Xiaomi mengatakan ia membawakan rekaan yang kompak dan paparan yang lebih luas berbanding peranti lain. Peranti ini juga lebih nipis daripada Mi4 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas untuk pasaran China.
Disamping itu, binaan polikarbonat ini juga turut dilengkapi dengan sokongan anti-kotor, dimana kerangka belakangnya boleh dibersihkan dengan mudah daripada pelbagai kotoran.
Untuk bahagian bateri pula, Xiaomi membuat penambah-baikkan dengan menawarakn bateri berkapasiti 3120mAh padanya – paling bersaiz besar berbanding peranti 5-inci yang lain. Untuk teknologi bateri ini, pihak Xiaomi mengatakan mereka bekerjasama dengan pihak Sony dan juga Samsung yang sedia melabur wang yang tinggi dalam teknologi berkenaan.
Xiaomi mengatakan pengguna boleh menggunakan peranti Mi4i ini selama 1.5 hari untuk penggunaan biasa, selain boleh mengecas sehingga 40% dalam masa sejam.
Untuk paparan resolusi pula, Xiaomi Mi4i membawakan paparan 1080p, dan membawakan PPI pada kadar 441, sekaligus menjadikan teks dan paparan padanya lebih jelas. Untuk paparan pula, Xiaomi menggunakan panel daripada pihak Sharp.
Untuk rakaman gambar pula, Xiaomi Mi4i membawakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Seperti biasa pelbagai ciri-ciri khusus disertakan, termasuk rakaman HDR dan juga kebolehan mencantikkan wajah ketika rakaman selfie.
Untuk pemprosesan, Xiaomi Mi4i menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615 generasi kedua, dan juga memori 2GB RAM.
Menjana peranti Mi4i ini dari segi perisian pula adalah MIUI6 berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop – sekaligus menjadikan Xiaomi Mi4i peranti pertama Xiaomi berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop.
Xiaomi Mi4i turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dimana kedua-dua slot menyokong rangkaian 4G LTE.
Xiaomi Mi4i akan dijual di India bermula minggu hadapan pada harga Rs12999 (sekitar RM750). Ia bakal hadir ke pasaran Malaysia sekitar bulan Mei kelak.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 07:57 AM | Show all posts
terbaik!!! xsbr!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.461608 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list