CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6847|Reply: 1

KARIER ZULFAHMI DALAM DRIVE M7 SIC 50-50

[Copy link]
Post time 24-4-2015 08:41 AM | Show all posts |Read mode


Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali menyifatkan peluang pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin dalam pasukan Drive M7 SIC sebagai '50-50'.
Prestasi hambar Zulfahmi dalam tiga pusingan awal perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Dunia musim ini mendapat perhatian ramai khususnya peminat sukan permotoran tempatan.

Mengakui terlalu banyak memberi peluang kepada pelumba berpengalaman itu, Razlan berkata Zulfahmi mempunyai masa sehingga Ogos ini untuk memperbaiki prestasi dalam pasukan.

"Tiada alasan lagi kenapa dia tidak boleh perbaiki prestasi. Minggu depan mereka (Zulfahmi dan Jakub Kornfeil) akan berlumba di Litar Jerez, Sepanyol. Zulfahmi sepatutnya mendapat 'mata' daripada pusingan pertama. Ogos ini kita akan 'semak semula' prestasi Zulfahmi.

"Sekarang keadaan nampaknya tidak berapa bagus. Kalau kita lihat sesi kelayakan dalam tiga perlumbaan awal ini Zulfahmi meraih petak 'luar daripada 20' yang mana saya tidak boleh terima," katanya kepada pemberita selepas 'Berbasikal Bersama Media' di Litar Sepang di sini, hari ini.

Razlan berkata masalah Zulfahmi adalah sukar mengawal keyakinan diri yang menyebabkan pelumba itu gagal memberi saingan sengit semasa perlumbaan.

"Pasukan memberitahu saya Zulfahmi adalalah pelumba yang laju tetapi dia ada masalah keyakinan diri.

Zulfahmi perlu berfikiran terbuka...jika masalah yang dihadapinya mengganggu perlumbaan...dia perlu beritahu pasukan. Zulfahmi sendiri tahu beliau menghadapi masalah tetapi beliau terlalu yakin boleh menyelesaikan sendiri," katanya.

Razlan berkata berbeza dengan rakan sepasukan Zulfahmi iaitu Jakub Kornfeil dari Republik Czech yang menunjukkan prestasi terpuji walaupun memulakan saingan pada kedudukan 20 ke atas.   

"Jakub (Kornfeil) juga mempunyai masalah dengan jentera dan gagal meraih petak terbaik pada sesi kelayakan...sekurang-kurangya Jakub dapat 'mata'. Beliau segera memperbaiki prestasi selepas kurang menyerlah dalam perlumbaan pertama," katanya..

Setakat ini, Zulfahmi gagal meraih sebarang mata apabila sekadar menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-28 di Qatar kemudian menghuni tempat ke-20, kedua-duanya di Amerika Syarikat dan Argentina.

Kornfeil pula berhasil mengutip tujuh mata daripada tiga perlumbaan yang sama iaitu kedudukan ke-17 di Qatar, ke-11 di Amerika Syarikat dan ke-14 di Argentina.


kredit:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 05:13 PM | Show all posts
memang hambar pun prestasi zulfahmi ni...


please...wake up..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058026 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list