CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 10

[Tempatan] pelajar thafiz di pergunakan oleh ajaran sesat.

[Copy link]
Post time 24-4-2015 10:33 AM | Show all posts |Read mode



WANG yang dikutip daripada sindiket mengutip derma.

Seremban: Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.

Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.

Sumber memberitahu Harian Metro, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.

“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari. Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


: http://www.hmetro.com.my/node/45930#....EUalr51h.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 10:35 AM | Show all posts
ni maybe sindikit pejuang islam sesat kat porum
bawa imej busuk je
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 10:37 AM | Show all posts
musuh islam ada dimana mana...

semakin hari semakin membiak....online

ada yang berani sampai ajak member2 dia jangan percaya hadis yang wa tepek....



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 11:02 AM | Show all posts
sindiket tu.. ialah pusat tahfiz tu sendiri ler, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 11:03 AM | Show all posts
dino replied at 24-4-2015 10:35 AM
ni maybe sindikit pejuang islam sesat kat porum
bawa imej busuk je

haha..kat forem cri,ada pejuang islam taw. Siao berbini lgi.haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 11:26 AM | Show all posts
kat tpt aku pusat tahfiz buka gerai kat pasar mlm jual goreng2 biasa je tp laku
dan aku mmg pembeli setia rangka ayam dia huhu
camtu baru betul nk cari pendapatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2015 11:52 AM | Show all posts
ai kesian kt bebudak tu diperalatkan utk mengaut keuntungan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 12:02 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 24-4-2015 11:26 AM
kat tpt aku pusat tahfiz buka gerai kat pasar mlm jual goreng2 biasa je tp laku
dan aku mmg pembeli ...

patutnya mmg kena buat mcm ni utk dapatkan duit halal...
ni di suruhnya budak2 kutip sedekah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
JAINS sila tiru JAIK
depa p buat operasi kat area peminta sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 02:22 PM | Show all posts
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. ----> dah lama tak baca paper Metroporno ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Parent tak  amek tau ke ape ank buat n bljr kt tahfiz tu. Ke anta pastu lantaklah ko buat ape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.545431 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list